Tuesday, 3 May 2016

Pendakian : Bukit Tabur East, Taman Melawati

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera.

Hidup agak pendek untuk dilalui tanpa melihat dunia luar dan keindahan ciptaan Allah. Maka kesempatan hujung minggu aku gunakan untuk menerokai keindahan alam sekitar.

Dan kali ini, pendakian Bukit Tabur menjadi pilihan.

Pendakian Bukit Tabur sewajarnya dirasakan satu bentuk interaksi dengan alam sekitar melalui pembahagian pemandangan antara tadahan/tampungan bekalan air kepada kesibukan kota KL di satu bahagian lagi. Ia umpama menyedarkan saling kait antara kedua dua nya.
Cantik permandangan belakang tu. Model depan pun segak jugak.

Pengalaman mendaki Bukit Tabur East adalah satu aktiviti yang lasak dan agak mencabar. Antara penyumbang nya adalah disebabkan oleh bentuk muka bumi bukit itu sendiri yang berbatu dan curam. Banyak kawasan yg curam dia tu dah macam 60 degree. Mujur jugak aku pakai seluar panjang yg banyak melindungi lutut aku dari batu batu yang tajam dan banyak.

Ini adalah view awal yang memukau aku dan kebanyakkan pendaki.
Walau bahaya macam mana pun, segala terasa puas bila sampai di puncak nya. View kat atas puncak tu memang cantik. Malah sepanjang perjalanan juga mata aku telah direhatkan dengan pemandangan yg sejauh mata melihat di samping dengan hutan yg hijau terbentang di depan mata. Track mendaki menyajikan pemandangan Empangan Klang Gate di sebelah kiri dan pemandangan Kota Raya KL di sebelah kanan. Walaupun rasa sedikit stress dan penat sebab mencari peak hujung nya yg mcm beberapa kali turun naik bukit.

Pandangan sebelah kiri iaitu Empangan Klang Gate kot.

Penjelajahan aku bermula dengan solat subuh di sebuah Masjid berwarna biru di kaki bukit. Actually, bukit ni berada dalam kawasan Taman Melawati, so, memang senang untuk beraktiviti yg bersifat Syariah Compliance. Mencari bukit ini pun bukan susah sangat. Waze je pun dah boleh jumpa tempat nya. Land mark jalan masuk dia adalah paip air besar.

Sebenarnya aku rasa agak terlalu awal aku mulakan pendakian masa tu. Asalnya aku ingat panjat Bukit Tabur ni macam panjat Bukit Broga, nak kene panjat awal pagi sebab bagi mengelakkan suasana panas terik kat puncak. Tapi actually, kalau naik lambat sikit dalam jam 7.00 pagi dan sedikit cerah tu, kira OK je. Risau pulak rasa nak panjat batu-batu tajam tu dalam keadaan gelap. 



Perjalanan aku mendaki dalam 2jam jugak la. Termasuk dengan perangai aku yang suka ambil gambar sana sini, sedikit melambatkan pendakian aku. Jadi kat bawah ni aku share sikit gambar-gambar dalam pendakian kali ni.

Berehat sebentar sambil merenung KLCC.

Sebelah kanan menyajikan pandangan KL

 Bongkah kat belakang tu yang menjadi puncak nya.

Kawasan pendakian menuju ke puncak ni je yang rasa macam jammed sikit. Sebab laluan yang sama untuk turun. dan time turun tu pun, bukan boleh berlari terjun turun. Curam tu. Bila sampai bawah tu, aku pun rasa pelik, macam mana aku boleh tak rasa risau nak turun tanpa ada alat safety sangat pun. Hurmmm.

Memang menduga kekuatan tangan dan muscle untuk panjat ni. Mujur dan ada tali.

View at the top. Memang superb.

Antara kesilapan aku ketika pendakian aku hari tu, adalah aku tak bawak air pun. Sampai atas tu, Fuh, kering tekak, mula la menagih simpati hikers lain utk dapatkan air sikit. Hurmm..

Kesimpulan nya, Bukit Tabur menjanjikan satu cabaran fizikal dan mental tapi menjamin suatu definisi kepuasan dalam sajian pemandangan nya. Sungguhpun mencabar, ia masih dilihat sebagai level beginner utk golongan yg baru nak belajar erti cabaran.

Selamat Mendaki!!

-Firdaus-

No comments:

Post a Comment