Perjalanan Ke Ho Chi Minh (HCM) ini merupakan pengembaraan pertama untuk aku ke luar negara, juga kali pertama ke destinasi bukan Islam sebagai gaya hidup utama. Walaupun aku kerap dan biasa berjalan ala-ala traveller ni, tapi cabaran ni banyak membuka mata tentang travelling.
Sebenarnya, Ho Chi Minh ni adalah sebuah destinasi perlancongan biasa untuk rakyat Malaysia. Malah, menjadi perkara biasa untuk melihat kumpulan lawatan yg style "Rombongan Cik Kiah" di sana. Antara sebab utama nya adalah kerana tempat shopping yg murah dan mudah untuk barangan fabrik dan pakaian. Dan gaya tawar menawar yg brutal serta murah giler boleh diperolehi.
Namun, HCM juga meriah dengan daya tarikan sejarah dan alam sekitar nya. Perjalanan aku ke sana merangkumi 4hari 3 malam. Alhamdulillah, perancangan kami lengkap untuk menerokai HCM yang terletak di bahagian Selatan Vietnam dan dahulunya tempat ini dikenali sebagai Saigon.
View dari tingkat tinggi. |
2.0 Review Peribadi;
Untuk makluman, aku ni jenis yang travel bukan sekadar untuk shopping. Aku lebih enjoy dalam menikmati pengalaman dan perjalanan di tempat yg berbeza dari Malaysia. Oleh kerana ini adalah pertama kali aku mengembara ke tempat bukan Islam, banyak bende yg aku belajar. Antara cabarannya pasti lah berkenaan dengan makanan halal dan tempat solat.
Aku punya was-was, sampai nak beli air mineral pun fikir 2kali.
"Is it halal?"
"Tempat production air tu ada share dengan minuman tak halal tak?"
"Air 100plus tu sama ke status nya macam kt Malaysia?"
"Air twister tu plak?"
Itu dah satu hal. Tak kira lagi pasal tandas yg tiada pili air. Keadaan masjid dan komuniti muslim dicelahan masyarakat bukan Islam. Dan sebagai nya.
3.0 Itinerari;
Seperti yang aku mentioned di atas, kembara kami merangkumi 4hari 3malam. Lebih sesuai untuk orang bujang travel la kot. Sebab kalau ada bawak budak2, mungkin akan ambil masa lebih sikit untuk persiapan. Berikut aku dahulukan dengan tentatif general sepanjang berada di sana.
Hari pertama; (touchdown)
1. Independace Palace/ Reunification Palace;
2. Saigon Central Mosque.
3. Saigon Central Post Office.
4. Notre Dame Catherdral;
5. Ho Chi Minh City Museum
6. Pasar malam sekitar Ben Thanh Market.
Hari kedua;
7. Cu Chi Tunnels
8. War Remnants Museum
9. Saigon Skydeck.
10. Ho Chi Minh City Hall, melalui HCM square.
Hari ketiga;
11. Backyard Restaurant di Perkampungan Melayu Champa.
12. Mekong Delta Trip
13. Gedung Kain
Hari Keempat;
14. Ben Thant Market. All out dan wrap up untuk shopping.
Balik Malaysia.
4.0 Total Bajet: (lebih kurang)
RM2500 termasuk ticket flight beli awal + Hotel + Tour Guide + Makan + Shopping.
Currency MYR dengan Dong, agak besar, jadi rakyat Malaysia seronok berbelanja di sana. Banyak bende boleh beli.
***************************************************************************
Pendapat peribadi mengenasi suatu perjalanan;
Hari pertama:
Flight kami dari KLIA2 adalah jam 7.00pagi. Sempat la kami bersolat subuh di surau area departure hall tu. Pemilihan kami juga adalah pada sebelah awal pagi, sebab kami memang plan nak sampai, terus berjalan. Kira nya, jimat la budget 1 malam hotel kan. Semakin banyak malam aku stay di hotel, semakin bertambah la bajet aku gaya nyer..
9.00am (waktu tempatan)
Touch down di Tan Son Nhat International Airport. Pengalaman pertama yang aku terima ke luar negara adalah berkenaan dengan buku Passport aku. Oleh kerana ini adalah first time aku keluar negara, maka 1st time jugak la buku Passport aku tu akan dicop. Maka aku gigih la selakkan buku tu page 1st nya. Biasa la kan, kene la cop kat page depan sekali. Sekali orang kat Imigresen Vietnam tu, selak ke page 5 dan cop kt situ. Hangin plak aku tengok nyer. Baru niat nak memiliki passport yg kemas dengan susunan mengikut turutan untuk kene cop. Sekali dan kene kacau. First time nak dapat cop plak tu. Hurmm.. Rupanya semua imegresen buat perangai macam tu.. hahaha. Nobb.
Setiba di sana, aku ambil service Vinasun Taxi. Ini adalah pengetahun penting dan terkandung dalam kebanyakkan sumber yg aku baca berkenaan dengan transport dari Airport ke HCM. Wajib untuk keluar dari Arrival Hall tu dan baru cari Taxi Vinasun. Vinasun. Ingat!! Vinasun. Hanya taxi ni yg dikira legal di sana dengan harga munasabah. Jangan ambil taxi lain. Nanti kene charge kaw-kaw nyer.
Antara pemandangan seawal ketibaan di HCM. |
Perjalanan dari Airport ke HCM ambil masa dalam 40 minit dengan kos dalam RM35 (subject to currency). Driver taxi tu tak reti cakap Omputih dan hanya menerima matawang Vietnam Dong sebagai transaksi. Mula masuk taxi tu, nak la jugak aku beramah-mesra. Maklum la pergi tempat orang, kene la belajar sesuaikan diri, tengok driver tu muka ketat je, terus tak jadi nak borak.. haha. Sepanjang perjalanan, banyak la kedai-kedai tepi jalan dengan tulisan Vietnam. Dan sekali lagi aku feeling orang asing, bila aku tak paham sebutir apa pun yg ditulis di papan-papan tanda sepanjang perjalanan. Untuk komunikasi destinasi, kami screenshoot semua gambar dan nama kedai yg kami dah google. Kemudian tunjuk pada driver taxi tu. Cara nak survive kat tempat orang kan....
10.00am,
Kami sampai ke Hotel yg kami book. Disebabkan kami sampai awal pagi, kami tak boleh nak check-in lagi. Tapi pihak hotel beri kebenaran untuk kami tinggalkan backpack kami di lobi hotel sambil kami pergi merayap di sekitar bandar. Diingatkan untuk ambil kad hotel tu, dan simpan dalam poket, kalau jadi apa2, tunjuk je kad hotel tu. Banyak membantu nanti. Menjadi kebiasaan di sana untuk pengunjung tinggalkan passport di hotel tu. Macam pelik jugak awalnya nak bagi passport kt orang kan. Tapi, aku bagi jugak la, sebab diorang mintak cara baik, dan diorang sangat nasihatkan untuk tinggalkan passport dengan mereka. Maybe safety concern kot. Lagi satu, ambil map HCM di hotel tu. Nampak sikit feeling macam traveller nyer.
11.30am.
Baru nak biasakan badan dengan cuaca dan time zone berbeza ni. Destinasi yg aku senaraikan di bawah ini adalah di sekitar HCM dengan jarak boleh dicapai dengan jalan kaki saja. Sebab tu penting nya kene ada maps tadi. Maka semua destinasi ni aku senaraikan lebih kurang je la timing nya di mana aku terokai dalam sepetang pertama aku di HCM. Pastikan kaki dan kasut mempunyai kemampuan untuk berjalan banyak pada hari tu.
Suasana di HCM. |
3.1) Independence Palace, also known as Reunification Palace
Macam istana Kemerdekaan mereka. Simbol kebanggaan masyarakat tempatan setelah merdeka dari penjajahan.
Yang belakang aku tu la Independence Palace. |
Satu pengalaman sengal aku adalah, bila aku keluarkan monopod aku untuk selfie. Aku keluarkan monopod tu pulak di tepi jalan yg sangat sesak. Sekali, semua manusia yang lalu lalang tu pandang pelik dengan tindakkan aku bersama monopod tu? Walaupun biasa je orang selfie pakai monopod kat Malaysia, tapi bila di sana, semua orang duk pandang pelik ke aku, rasa awkward giler la.. terus simpan monopod tu sampai balik Malaysia.
Waktu selfie ni la aku dipandang pelik. huhu. |
View dalam istana tu. |
View di dalam istana jugak nih. |
View keluar dari dalam istana. |
3.2) Saigon Central Mosque.
Plan asal aku nak ke War Remnants Museum sebab tempat ni berada dekat je dengan kawasan Reunification Palace tu, tapi waktu aku sampai sana, musium tu tutup sebab waktu tengah hari. Dah alang time tu, perut aku pun merintih kelaparan, first time la aku menapak mencari kedai makan halal. Pencarian aku di internet memperkenalkan aku kepada sebuah kedai makan yg memang bertentangan dengan Saigon Central Mosque ni. Maka, bersolat Jama' la kami di masjid ni. Dan yang best juga, tandas di masjid ni ada paip.
Waktu nak pergi tandas tu, nampak AJK masjid tu sedang berbincang dalam bilik. Tengok pemakaian AJK masjid (muslimah) tu, agak mengejutkan aku. Aku rasa AJK la kot. Dengan gaya free hair dan t-shirt biasa. Minded sebagai Malaysia yg negara Islam ni, terus fikir- "dressing macam ni pun jadi AJK masjid?" Bila fikir balik, mungkin itu la landskap pengamalan di sana. Pengamalan Islam di celahan masyarakat bukan Islam. Berdoa la kita agar syiar Islam semakin mekar di sana.
Tapi sayang, sebab aku tak ambil gambar kt Masjid warna hijau nih.
Restoran halal opposite dengan Masjid. |
3.3) Saigon Central Post Office.
Kami sambung merayap di bandar HCM ni berbekalkan peta yg kami ambil di Hotel tadi. Siap dah bertanda tempat perlancongan di peta tu, maka sangat membantu dalam membawa kami ke Pejabat Pos ni. Ya, ia hanya lah Pejabat Pos. Tapi kreatif nya orang sana, mereka ubah suai Pejabat Pos ni sebagai satu produk perlancongan. Ramai orang kat sini dengan aktiviti kat pejabat pos macam kat Malaysia juga. Bayar bil dan macam-macam la. Packing barangan niaga online je aku tak nampak hari tu. Di samping itu, pengunjung boleh membeli Poskad di sini siap dengan setem sekaligus hantar ke tanah air. Kira macam acah-acah merantau lama sangat la kan. Walaupun tahu, aku sampai Malaysia lagi awal dr poskad tu.
View dari luar Pejabat Pos. |
View dari dalam. Senang nak beli dan pos kan surat serta merta. |
Kat dalam tu, memang siap buat macam kedai sourvenier. |
Tempat ni convenient la untuk menulis poskad dan hantar terus. Siap ada bilik special untuk menulis. Bangunan juga cantik dengan rekabentuk klasik penjajah.
3.4) Notre Dame Catherdral;
Tempat ni macam gereja la kot. Depan je dengan Saigon Central Post Office. Tapi aku tak masuk pun. Tengok dari luar je. Rekaan dari luar dia pun dah nampak gah. No wonder la tempat ni dipilih sebagai produk perlancongan kota HCM ni juga.
Cartedral yg kat belakang aku tu. |
3.5) Ho Chi Minh City Museum
Musium ni juga terletak dalam lingkungan jalan kaki sahaja dan dalam perjalanan kami berjalan balik ke hotel. Kami saja masuk sebab nampak macam tak ramai orang masuk musium ni, tidak mengecewakan sebab landskap hiasan dalaman nya memang cantik. Puas la kami nak bergambar dalam keadaan yng kurang sesak dengan orang ramai.
3.6) Pasar malam sekitar Ben Thanh Market.
Waktu kami sampai di Hotel, dah nak dekat masuk Maghrib dah pun. Ben thant market pun dah tutup sekaligus memberi laluan kepada Pasar Malam yg terletak di sekeliling Ben Thant untuk membuka pintu rezeki. Banyak jugak la kedai kat situ.
Area sini la aku jumpe kedai jual baju Superdry murah. |
Pada waktu ini lah, aku menyedari dengan jelas, yang peniaga kat sana ramai giler reti cakap melayu. Tawar menawar pun cakap Melayu. Dia panggil aku pun cakap Melayu "Abang, mari sini tengok baju. Macam-macam design ada," Dan bila dah masuk kedai diorang tu, memang susah la kau nak keluar dengan tangan kosong. Hahaha.. Kat situ pun, ramai giler orang Malaysia, dah takde la nak feeling macam excited jumpa orang Malaysia kat oversea. Sebab ramai sangat orang Malaysia kat situ. Tak kuasa dah nak excited bagai.
Di sebelah malam, kawan kau dah mula sibuk contact seorang local agent ni yang dia dapat info dari sedara mara dia yang dah visit HCM dulu. Disebabkan kawan aku sorang ni memang mahir dalam sesi tawar-menawar, maka aku serah ke dia je la. Maka dapat la seorang agent nama Yahaya (seorang Melayu Muslim Champa) yang akan guide travel kami keluar sikit dari HCM city.
Hari Kedua;
3.7) Cu Chi Tunnels
1jam perjalanan dari HCM city ke Cu Chi Tunnels ni dan kami ke sana dengan menaiki MPV yg disediakan oleh Tour Guide Muslim kami, Yahaya. Cu Chi Tunnels adalah tapak persembunyiaan masyarakat tempatan semasa perang dulu merangkap medan perang tu sendiri. Orang Vietnam dulu bersembunyi dalam tanah. Dan sistem bawah tanah tu agak kompleks dan panjang. Orang yang guide kami beritahu, tunnel tu ada dikorek sampai ke HCM dan semua itu dilakukan dengan menggunakan tulang 4 kerat. Tiada mesin digunakan. Nampak tak kegigihan dan survivor mereka dalam mempertahankan tanah air mereka.
Macam ni je keadaan tempat tu.. Tingallan perang kan.. |
Antara perangkap dalam laluan tunnel tu. |
Sistem pengudaraan untuk dapur nya. |
Pintu masuk dia. Muat-muat je aku masuk pun. |
Pengunjung diberi peluang untuk try masuk ke dalam Tunnel tu. Kecil je pintu masuk nyer. Lebar sikit je dari bahu aku. Orang western memang tak muat la kot nak masuk. Tapi laluan dalam tanah tu agak besar jugak la. Pintu masuk nya sahaja yang kecil. Aku dengan penuh rasa curious nya, mencuba semua tempat yang aku boleh masuk. Termasuk la berjalan dalam laluan Tunnel tu. Jauh jugak la laluan yang aku try tu. Laluan dalam tu tinggi dalam 1.2m je, maka aku perlu macam jalan menunduk di dalam tu. Time merayap dalam tu relax je rasa. Tapi bila panjat keluar dari Tunnel tu, rasa macam penat sangat jantung. Mungkin sebab tekanan udara berbeza dalam tempat tertutup macam tu.
Laluan yang disediakan untuk pengunjung lalui. |
M16 tu... Siap kene ada orang tahan kt belakang. Takut tercampak. |
Kereta kebal tinggalan perang. Gigih aku panjat masuk. |
Lunch sebentar. Yang kiri sekali tu la Yahaya, tour guide kami. |
3.8) War Remnants Museum
Balik dari Cu Chi Tunnel, kami rehat sekejap dan masih meneruskan obsesi untuk ke musium ni. Alang-alang dah sampai HCM, kene la tengok semua bende kan..
Yang pasti, keputusan aku untuk ke Museum ni adalah satu tindakan tepat. Museum ni menggabungkan antara seni dan sejarah. Ia menghimpun banyak gambar-gambar yang diambil semasa perang dan pasca perang, serta mewujudkan rasa sedih, takut kepada perang di samping menyayangi keamanan. Banyak gambar yang menunjukkan kesengsaraan perang. Perempuan bawa anak-anak kecil seberang sungai takat nampak kepala je. Gambar budak menangis sebab kene tinggal. Lagi ngeri tengok orang cacat akibat daripada perang dan jugak senjata kimia. Nampak la gambar kanak-kanak cacat, tulang belakang bengkok bagai. Huhu.
Muka happy masuk musium |
Di luar sekitar musium. Paparan tempat penyeksaan. |
Hayati lukisan sedih. |
Ha.. ni la gambaran dari luar musium tu. |
Ada banyak kenderaan perang dipamerkan di luar tu. |
3.9) Saigon Skydeck.
Daripada pembacaan aku, ramai jugak suggest untuk pergi tempat ni. Dan aku pun memang jenis yang suka untuk melihat pemandangan dari tempat tinggi. Maka Saigon Skydeck ni la caranya.
View bandar HCM dari skydeck ni. |
Waktu dah nak maghrib. |
View dalam cafe tu. |
Selfie sambil minum air mahal. |
Maka aku menyaksikan Sunset dari cafe ni sambil dihiburkan oleh Live Show yang penyanyi lelakinya buat suara Falseto bawak lagu Pink ft Nate Ruess - Just Give Me a Reason. Kau ghase......
3.10) Ho Chi Minh City Hall, melalui HCM square.
Turun dari Saigon Skydeck, kami merayap sekitar HCM melihat suasana malam ke kawasan yang agak kurang warga Malaysia. Lebih kepada gaya orang Vietnam. Malam- malam mereka lebih kurang macam kat Malaysia juga. Bawak anak jalan-jalan main kat tengah dataran tu.
HCM square. Panjang laluan tu. penat gak la menapak. Tapi enjoy. |
HCM Square ni adalah sebuah dataran yang panjang. Cukup panjang untuk kau rasa penat. Dataran dia panjang macam kalau kat Putrajaya tu, berjalan dari Masjid sampai la ke PICC kat hujung tu. Lapang je kat tengah tu untuk orang berjalan sampai la ke hujung tu di mana terletanya HCM City Hall. Di kiri dan kanan dataran ni ada banyak hotel dan kedai-kedai jenama mewah. Feeling macam kat area Bukit Bintang jugak la, dan tak ramai pun orang Malaysia lepak atau explore tempat tu. Cuma kami je la muka Malaysia kat situ, yang lain dah just local people je.
Di HCM City Hall ni ada macam mall jugak la. Mall dia takde la mewah sangat.. Tapi cukup besar untuk rasa sesat. Kedai nya lebih kurang macam Ben Thant juga, dengan saiz design kedai dan jenis barang-barang jualan nya. Yang beza nya adalah;
> Kat sini, peniaga agak degil dalam tawar menawar. Dia tak layan sangat orang minta tawar yg over ni. Sampai tahap, dia cakap - "Saya boleh bagi harga ni je. Kalau Encik nak, ambil. Kalau taknak pun takpe".
> Namun, harga permulaan yang ditawarkan oleh setiap kedai di sini, sudah sedia murah. Jadi kita dah boleh agak berapa harga standard setiap barang tu dan tak perlu gigih bagai nak goda peniaga tu untuk turunkan harga lagi dah, berbanding di Ben Thant yg pengunjung perlu agak dulu berapa harga barang tu kita nak mintak tawar.
Hari Ketiga;
3.11) Backyard Restaurant di Perkampungan Melayu Champa.
Bangun pagi ni, kawan aku merengek katanya teringin nak mencuba makanan original Vietnam dengan style tempatan. Style tempatan ni, makan secara sempoi di kaki lima jalan saja. Kami banyak nampak gaya ni sewaktu kami merayap mencari musium di kawasan HCM. Tapi pasti nya kami tak berani nak sebarangan makan kat kedai di situ oleh kerana status halal nya.
Maka kami suarakan keinginan hati ni kepada tour guide kami sebelum ke Mekong Delta Trip. Dan dia pun bawak kami ke sebuah perkampungan Melayu Champa Muslim di celahan bandar tu. Lebih kurang 20 minit perjalanan meninggalkan hotel kami naik kereta.
Kedai makan ni memang belakang rumah orang pun. Kecik je ruang dia. Saiz dalam kaki lima camtu je. Memadai la seperti apa yg kami impikan dengan kos dalam USD3. Dapur nya pun kecik je. Memadai la nak bakar ayam beberapa ketul. Menu juadah sarapan kami ala Vietnam tu memang simple je. Nasi kosong dengan cuka dalca, disertakan ayam panggang dan telur goreng. Biasa je la menu nya, tapi merasainya dalam version local. Tu yang uniknya.
Sewaktu kami menjamu selera tu, kira nampak la gaya hidup masyarakat Islam di sana. Tak hidup mewah pun, rumah pun kecik je. Dalam kawasan kelompok kediaman tu, kami tak nampak pun kereta. Hanya ada motosikal sahaja. Nampak juga la mereka gantung tulisan kalimah Allah dan ayat 1000 dinar depan pintu rumah. Tapi belakang rumah tempat kedai makan tu pun bersih dan kemas je.
3.12) Mekong Delta Trip
Untuk trip ke sini, memang dicadangkan untuk locate 1 hari suntuk. Sebab jarak perjalanan nya yang jauh, juga banyak aktiviti boleh dibuat di sana. Kami ke sana juga dengan menggunakan MPV yg disewa oleh Yahaya dan perjalanan nya adalah selama hampir 2 jam. So, jangan ngada-ngada nak naik teksi ke sana la yerk.
Flow aktiviti di sana adalah;
3.12.1) Kami dibawa merentas sungai Mekong yang dikatakan selebar hampir 3km dan sepanjang 4880 km melalui beberapa buah negara, sambil minum air kelapa ke sebuah pulau di tengah-tengah sungai ni. Lebar 3km, tak heran la ada pulau terbentuk kat tengah nya. Siap ada orang tinggal lagi kat pulau tu.
Pemandangan Sungai Mekong dari dalam boat kami tu. |
Ni la boat kami. Siap dengan kerusi bagai. Selesa. |
3.12.2) Makan buah-buahan tempatan seperti mangga, nenas, tembikai dan naga. Biasa je macam kat Malaysia. Aku plak orang Felda, so, biasa je kot makan bende tu semua.
3.12.3) Naik sampan kecil sambil pakai topi kon dia tu merentasi sungai dengan lanskap pokok nipah.
Waktu kami datang tu, air sungai cetek. Kesian ke makcik yang dayung sampan kami tu terpaksa tolak sampan kami. huhu. Dinasihatkan untuk bagi sedikit tips kepada makcik yg mendayung sampan tu.
Tunggu turn untuk naik sampan. |
Happy naik sampan sambil pakai topi. |
Sungai agak cetek. |
3.12.4) Melawat kilang penghasilan gula-gula kelapa. Boleh sambil tu rasa-rasa sikit kuih tu.
3.12.5) Shopping barangan kraf tangan masyarakat tempatan. Cantik-cantik barang dijual. Kemas plak tu. Sempat la aku beli beg kayu untuk mak aku. Waktu ni, tak digalakkan untuk minta tawar kaw-kaw. Sebab masyarakat situ bukan kaya pun. Mereka niaga pun untuk hidup, bukan nak bina Shopping Complex. Rasa serba salah plak kalau minta tawar banyak sangat. huhuhu.
Shopping kraf tangan. |
Laluan kedai jualan kraf di pulau tu. |
3.12.5) Dihantar pulang semula ke tebing sungai Mekong. Kira aktiviti di sungai Mekog tu dah settle la.. Seronok dia waktu naik sampan tu la kot.
Selesai aktviti kami di Delta Mekong, adalah hampir dengan waktu solat Jumaat. Ya, kami di sana pada waktu Jumaat. Maka Yahaya pun bawa la kami ke sebuah masjid. Mujur sangat sebab kami dapat tour guide Muslim yang tahu ke mana nak bawak kami dan handle traveller yg mementingkan syariah compliance macam kami nih. Maka, kami pun ke sebuah masjid. The one and only masjid di kawasan Delta Mekong tu. Penghuni muslim kat area tu agak kecil. Dalam lingkungan 20orang sahaja. Maka, mereka pun mengharapkan kedatangan ramai pelawat untuk membolehkan mereka bersolat Jumaat dengan kuantiti 40 jemaah. Kedatangan 3 orang tambahan iaitu kami, tidak banyak mengubah keadaan. Tiada solat jumaat jugak.
Apa yang kami lihat, bagaimana cara survivor masyarakat Muslim di situ. Kita dah biasa dengan azan yg berkumandang kuat dengan speaker. Tapi kat situ, hanya boleh azan dalam bilik saja. Ruang solat masjid tu pun bukan besar sangat, lebih kurang besar kelas sekolah saja.
Menunggu lunch. |
Demi mencari dana, masjid ni membuka restoran makanan halal di perkarangan masjid tu untuk pengunjung. Maka, kami pun melantak la di situ apatah lagi, memang sukar untuk mendapatkan kedai makanan halal di kawasan Delta Mekong tu. Komuniti Muslim nya jauh lebih kecil.
Selesai makan dan solat Jama' Zuhur dan Asar, baru la kami bertolak balik ke HCM.
13) Gedung Kain
Perjalanan balik, kami dibawa singgah ke Gedung kain. Kat sini lebih kepada menjual telekung, tudung dan kain. Dikatakan tudung retis pun banyak dibuat di sini. Tapi tak tau la betul ke tak. design brand dia memang sebijik la sama aku tengok.
Owh,aku tak amek gambar pun kat situ, tengok kawan-kawan aku excited pilih telekung utk dijadikan sebagai hadiah kepada family di Malaysia katanya.
Hari Keempat
3.14) Ben Thant Market
Maka hari terakhir ni aku locatekan untuk shopping saja. Mana baki duit yang ada tu bakal fully utilize pada hari ni di tempat berantu ni sahaja.
Memang shopping sahaja la kau hari tu.. sampai la nak kene check out dari hotel dan pulang ke Malaysia pada sebelah malam nyer. Sementara tunggu nak ke airport tu, beg dibenarkan tinggal di lobi hotel.
5.0 Kesimpulan.
HCM city adalah sangat sesuai untuk orang yang tamak dan nak merasai variasi pengalaman. Sebab di HCM, aku boleh shopping, tengok tinggalan sejarah, dan merasai keindahan alam. Memadai dengan cuti yg singkat saja dan nak explore semua tu. Bajet pun tak tinggi sangat sebab currency kira masih membolehkan kita berbelanja sakan di sana.
Indahnya melihat perjalanan dari persepsi yang berbeza dari Malaysia.
> Tempat bukan Islam, Masyarakat muslim sebagai minority.
> Perbezaan bahasa dan tulisan.
> Beza sosiobudaya masyarakat tempatan.
> Manipulasi sungai sebagai produk perlancongan.
> Usaha pembangunan negara. Sampaikan pejabat Pos pun jadi pusat perlancongan.
No comments:
Post a Comment