Sunday 15 May 2016

Pendakian : Bukit Saga, Ampang

1.0 ) Pendahuluan
Kaki tengah gatal beriadah. Habis semua bukit kt area Klang Valley diselidik dengan niat nak nak daki. Next, Bukit Saga. Ia adalah antara bukit yg mudah dikunjungi tanpa bajet banyak dan tanpa perancangan kompleks.
Antara shot yg nampak view KL.

2.0) Review peribadi.
Bukit Saga ini lebih sinonim kepada aktivit rekreasi yg menyediakan cabaran stamina jarak jauh. Disamping merasai pengasingan daripada dunia luar dengan berada dalam hutan. Juz feel it.

Agak kurang view yg bersifat saujana mata memandang. Sebabnya, puncak bukit ni adalah dalam hutan jugak dengan banyak pokok besar. Macam aku cakap tadi, ia lebih kepada merasai berada di dalam hutan. Namun, view dalam hutan dia memang cantik dan tidak mengecewakan. Dengan tak kene panas terik pulak lagi. Memang sesuai la nak bawak family kenal alam sekitar mahupun berehat sambil menduga stamina.

Di samping itu, tempat ini mempunyai keunikkan nya yang tersendiri.

1) Prasarana rehat di puncak temasuk dispenser air, hammock,  dumbbells,  besi utk work out dsb.

2) Air terjun. Ya ada air terjun. Tapi kene trekking lagi 1jam setengah baru sampai dengan merentasi dalam 5 bukit jugak la.

Actually air terjun dia biasa je. Tak besar sangat. Tapi dapat la rasa sejuk dan nyaman dari percikkan air terjun dia tu.

Stamina teruji

3.0) Tentatif.
Perjalanan ke sini hanya pakai waze je. Kawasan ni berada dalam housing area. Aku masuk hari tu pun, memalui MRR2, exit Bukit Kuari kot nama nya. Dekat area Ampang tu saja.

Hiking di Bukit Saga ni mengambil masa selama 1 jam. Memang mencabar stamina sebab banyak bukit nak kene panjat. Suasana dalam hutan yg menyebabkan aku tak dapat melihat puncak, jadi ia sentiasa membuatkan aku rasa macam dah dekat je puncak nya.. so, paksa jugak diri panjat berjalan termengah-mengah. Sedar sedar, dah sejam berjalan rupanya.
Perjalanan awal bermula dengan laluan ni.. ini pun dah setinggi bangunan 8 tingkat.

Antara trek pendakian Hutan Kanopi. lantai dia cerah je.
Jumpa bahagian landai ni, memang berehat sekejap la.

Sampai kat atas tu, macam pelik pulak rasa. Siapa la yang rajin dan kental dalam berusaha membina prasarana kt puncak tu Ntah macam mana diorang bina semua tu pun pelik gak. Diorang pikul beg simen setiap hari bawak naik atas ni ke hape.
Di puncak bukit. Pelbagai kemudahan ada kat atas ni.

Selesai berehat dan bergambar aku pilih untuk teruskan perjalanan ke arah air terjun nya pulak. Yang ni yang penat giloo.. Macam aku cakap kat atas, merentasi 5 buah bukit. Rasa nak give up pun ada bila duk mengira bilangan bukit yg kitorang dah daki. huhuhu. tapi bila dengar bunyi deruan air terjun dia, lega sikit rasa. Haha.
Mengira turun naik bukit nak ke air terjun plak.
Semput

Yang belakang warna putih cerah tu air terjun nya. Lighting tak cantik. haha.

Ringkasan perjalanan aku untuk Bukit Saga ini adalah seperti berikut.
8.00pagi - Mula mendaki/ trekking.
9.00pagi - Sampai puncak yg ada Hammock tu. Rehat dalam setengah jam.
9.30pagi - Baru start jalan ke air terjun pulak.
11.00pagi - Sampai ke air terjun.
11.30tgh hari - Mula bergerak pulang.
1.30 pagi sampai kat parking kereta. Balik ni berlari dah la pulak. Tu pasal 2 jam je dah sampai. Sebab dah kenal bentuk muka bumi nya. Sampai kat kereta tu dah dengar azan zuhur pun.
Menikmati alam sekitar

4.0) Kesimpulan.
Tempat ni memang mencabar stamina, kalau niat nak kuatkan jasmani melalui interaksi dengan alam sekitar, tempat ni memang berbaloi.

Tadi gambar time nak naik. Ni time turun pulak.
Last pose.


Sekian, Terima kasih,
-Firdaus-

Tuesday 3 May 2016

Pendakian : Bukit Tabur East, Taman Melawati

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera.

Hidup agak pendek untuk dilalui tanpa melihat dunia luar dan keindahan ciptaan Allah. Maka kesempatan hujung minggu aku gunakan untuk menerokai keindahan alam sekitar.

Dan kali ini, pendakian Bukit Tabur menjadi pilihan.

Pendakian Bukit Tabur sewajarnya dirasakan satu bentuk interaksi dengan alam sekitar melalui pembahagian pemandangan antara tadahan/tampungan bekalan air kepada kesibukan kota KL di satu bahagian lagi. Ia umpama menyedarkan saling kait antara kedua dua nya.
Cantik permandangan belakang tu. Model depan pun segak jugak.

Pengalaman mendaki Bukit Tabur East adalah satu aktiviti yang lasak dan agak mencabar. Antara penyumbang nya adalah disebabkan oleh bentuk muka bumi bukit itu sendiri yang berbatu dan curam. Banyak kawasan yg curam dia tu dah macam 60 degree. Mujur jugak aku pakai seluar panjang yg banyak melindungi lutut aku dari batu batu yang tajam dan banyak.

Ini adalah view awal yang memukau aku dan kebanyakkan pendaki.
Walau bahaya macam mana pun, segala terasa puas bila sampai di puncak nya. View kat atas puncak tu memang cantik. Malah sepanjang perjalanan juga mata aku telah direhatkan dengan pemandangan yg sejauh mata melihat di samping dengan hutan yg hijau terbentang di depan mata. Track mendaki menyajikan pemandangan Empangan Klang Gate di sebelah kiri dan pemandangan Kota Raya KL di sebelah kanan. Walaupun rasa sedikit stress dan penat sebab mencari peak hujung nya yg mcm beberapa kali turun naik bukit.

Pandangan sebelah kiri iaitu Empangan Klang Gate kot.

Penjelajahan aku bermula dengan solat subuh di sebuah Masjid berwarna biru di kaki bukit. Actually, bukit ni berada dalam kawasan Taman Melawati, so, memang senang untuk beraktiviti yg bersifat Syariah Compliance. Mencari bukit ini pun bukan susah sangat. Waze je pun dah boleh jumpa tempat nya. Land mark jalan masuk dia adalah paip air besar.

Sebenarnya aku rasa agak terlalu awal aku mulakan pendakian masa tu. Asalnya aku ingat panjat Bukit Tabur ni macam panjat Bukit Broga, nak kene panjat awal pagi sebab bagi mengelakkan suasana panas terik kat puncak. Tapi actually, kalau naik lambat sikit dalam jam 7.00 pagi dan sedikit cerah tu, kira OK je. Risau pulak rasa nak panjat batu-batu tajam tu dalam keadaan gelap. 



Perjalanan aku mendaki dalam 2jam jugak la. Termasuk dengan perangai aku yang suka ambil gambar sana sini, sedikit melambatkan pendakian aku. Jadi kat bawah ni aku share sikit gambar-gambar dalam pendakian kali ni.

Berehat sebentar sambil merenung KLCC.

Sebelah kanan menyajikan pandangan KL

 Bongkah kat belakang tu yang menjadi puncak nya.

Kawasan pendakian menuju ke puncak ni je yang rasa macam jammed sikit. Sebab laluan yang sama untuk turun. dan time turun tu pun, bukan boleh berlari terjun turun. Curam tu. Bila sampai bawah tu, aku pun rasa pelik, macam mana aku boleh tak rasa risau nak turun tanpa ada alat safety sangat pun. Hurmmm.

Memang menduga kekuatan tangan dan muscle untuk panjat ni. Mujur dan ada tali.

View at the top. Memang superb.

Antara kesilapan aku ketika pendakian aku hari tu, adalah aku tak bawak air pun. Sampai atas tu, Fuh, kering tekak, mula la menagih simpati hikers lain utk dapatkan air sikit. Hurmm..

Kesimpulan nya, Bukit Tabur menjanjikan satu cabaran fizikal dan mental tapi menjamin suatu definisi kepuasan dalam sajian pemandangan nya. Sungguhpun mencabar, ia masih dilihat sebagai level beginner utk golongan yg baru nak belajar erti cabaran.

Selamat Mendaki!!

-Firdaus-