Saturday 25 August 2018

Pulau Kapas, Terengganu : Sebuah Escape Hujung Minggu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dalam menziarahi negara asing, negara sendiri dilupa jangan. Apatah lagi negara sendiri juga ada indahnya. Maka, ke Pulau Kapas aku merayap. 

1.0) Pendahuluan

Pulau di Malaysia tidak kurang indahnya. Aku sangkakan, kalau nak menikmati keindahan pulau Malaysia, aku kene ke kepulauan Borneo. Rupanya, pulau-pulau di semenanjung juga tidak kurang cantik nya. Malahan, Pulau Kapas yang terletak di Marang ini, dikatakan paling light jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Both of other island tu lagi cantik.
 
Bukit Singa, Pulau Kapas, Marang, Terengganu, Malaysia.
 Pulau Kapas ni pun dah cukup cantik. Secara peribadi, aku rasa keindahan Pulau Kapas ni adalah pada air dan struktur di bahagian pantai nya. Boleh la nak merasa gambar yang macam boat terapung tu, sebab air dia jernih giler sampai nampak bayang-bayang boat di dasar laut.

Sebab ia adalah pulau kecil sahaja. Aku cadangkan 1hari pun dah cukup. Ada je resort di Pulau tu, kalau nak bermalam. 


2.0) Background Perjalanan.

Date: 21-July-18. Merayap ke Pulau Kapas tu, sehari je. Tapi perjalanan pergi balik dari Shah Alam yang menjadikan trip aku ni lebih kurang 3hari, 2malam. 
Bajet: MYR500. Murah je. Yang mahal tu sebab transport dr Shah Alam ke Marang.


3.0) Itinerary:

Musafir bermula (20-July-18> Jumaat)
Mula bergerak driving dari Shah Alam ke Marang. Overnight di Hotel Pelangi, Marang. Dalam 100m dengan jeti Marang.

Hari Pertama (21-July-18> Sabtu)
Naik boat dari jeti Marang ke Pulau Kapas. Dalam 20minit saja.
Aktiviti:
10.00am - Hiking Bukit Singa.
2.00pm - Lunch.
3.30pm - Snorkeling.
6.00pm - Naik boat balik ke Jeti Marang.

2nd day (22-July-18> Ahad)
Merayap ke Kuala Terengganu kejap. Then, drive balik ke Shah Alam. Isnin kerja.


4.0) Perjalananku:

Perjalanan aku bermula selepas solat Jumaat dari Shah Alam. Sebagai info, sebenarnya, aku tumpang kawan aku yang nak balik ke Besut, Terengganu. Jadi aku minta dia drop by aku kat Marang, sebelum dia meneruskan perjalanan ke Besut. Mujur plak, bila aku periksa forecast whether pun OK jugak time tu. Takde la au travel jauh ke sana, sekali hujan plak.. susah la nak snorkeling nanti.

Oleh kerana aku tumpang kawan aku, ada beberapa bajet yang dapat aku jimatkan la seperti kos untuk tol dan minyak sebab boleh divide sikit la.

Aku sampai ke Marang dalam jam 11.00malam. Banyak rehat dan singgah di Kuantan sambil santai-santai. Cuaca pun agak hujan malam tu, takde la aku nak pecut sangat. 

Aku bermalam di Hotel Pelangi yang terletak dalam 100m sahaja jalan kaki ke Jeti Marang. 
Harga: MYR90 untuk satu malam. Termasuk breakfast. Hotel aku booking pakai app awal-awal lagi dah. Biasa hotel, kene la booking awal kan. Yang pakej kat jeti tu boleh la macam ambil walk-in je.
 
Boleh tahan gak la hotel ni.

21-July-18> Sabtu
Sesudah aku breakfast, aku terus berjalan ke Jeti Marang. Sampai sana dalam jam 9.00pagi. Time tu dah ramai pun orang kat jeti tu. Seterusnya, boleh la refer ke deretan kedai dekat jeti tu yang menawarkan pakej aktiviti di sana. Pakej ni semua kalau takat pergi sorang, walk-in je la.. Memang ada je trip ke sana tu. Kalau takat 10orang pun, boleh je nak walk-in. Aku menggunakan pakej dari Syarikat MGH. Orang kata nama asal dia, Makcik Gemuk Holding. Macam kasar je nama panggilan tu. 

 Pakej yang ada berbeza harga mengikut aktiviti yang ada. Boleh refer di kaunter sewaktu nak beli pakej tu. 

Pakej yang aku ambil adalah berharga MYR70. Dalam pakej ni ada:
- Boat pergi balik ke Pulau.
- Hiking trip. Dia bawa ke separah jalan of hiking.
- Snorkeling.
- Lunch Box. Kalau ambil buffe, mahal sikit.

Cadangan aku: 
Just ambil pakej - tiket pergi balik dan lunch box sahaja. 
Sebabnya:
> Aku rasa perjalanan nak ke hiking Bukit Singa tu melalui jalan yang cantik dan boleh layan.
> Aku tak prefer snorkeling pun. Coral kat sana aku tak rasa cantik.
> Sebagai alternative, baik main kayak. Lebih puas dapat menikmati air nya yang superb jernih.
> Ada timing dia untuk setiap aktiviti. So, ada timing yang juz macam menunggu je. Baik aku arrange dan enjoy sendiri tanpa terikat schedule dia.

Sesudah aku membeli pakej dan tiket di kaunter tu, maka beratur la aku kat jeti tu. Tengok ada orang macam buat family day dah ha ke Pulau Kapas tu ha. Aku pulak, boleh pergi sorang je. Haha. Dari jeti tu nak ke Pulau Kapas ambil masa dalam 20minit je. Keluar je dari kawasan kuala jeti tu, dah boleh nampak dah pulau Kapas nya tu. Boat yang aku naik tu pun bukan speed boat. Ia just boat besar yang macam feri tu, ada bumbung, tapi tak la besar sangat pun.
 
Selamat dah naik boat.
Sampai di pantai Pulau Kapas, aku diarahkan oleh orang boat tu untuk ke kaunter di kedai Makan MGH. Di situ, penjaga kedai tu akan advice schedule sesuai untuk aktiviti aku. Dia inform la yang kalau nak pergi hiking pukul berapa, lunch pukul berapa dan snorkeling plak pukul brape. 
Pantai nya. Kecil je tapi memadai la.

Untuk hiking, trip nya jam 10.00pagi. Aku dah sampai sana jam 9.30pagi. Dalam setengah jam tu aku duk termenung je la kat sana. Tu yang boring tu. Sebab tu aku cadangkan, baik pergi sendiri jalan kaki je hiking ke Bukit Singa tu. Perjalanan nak ke sana tu, ada je laluan macam tangga. Tapi berjalan jauh jugak la dalam sejam gak la, siap dengan kene berendam masuk air laut paras pinggang. Maka, prefer pakai selipar atau kasut croc tu je ke sana. 
View pantai Pulau Kapas.

Agak jauh dan mencabar jugak nak pergi sendiri. Tapi compare dengan sekadar termenung je kat tepi pantai tu, baik dipenuhi dengan keseronokkan. 

4.1) Hiking Bukit Singa. 

Ada boat yang akan bawa ke kawasan berhampiran Bukit Singa. Dari point dia bawa tu, tinggal lagi 20minit je nak jalan ke. Dalam jalan sekejap tu pun, memang terasa nak berendam jugak je ke dalam air tu. Sebab air dia memang cantik.
Cantik nya la air dia.

View dari atas Bukit Singa tu memang cantik. Ada plak tu satu side yang macam di tepi bongkah bukit, rasa macam dalam gambar-gambar google pun ada gak. 
Boleh nampak jernih dan dalam air nya kan. 

Habis hiking tu, aku kembali semula ke kedai Makan MGH tu. Sebab aku pakai pakej boat ke tempat hiking tu, maka aku sampai awal balik semula ke kedai tu. Dalam jam 12.00 aku dah sampai kat kedai tu semula. Maka, aku pun sambung la termenung tunggu nak lunch dan nak snorkeling plak pada sebelah petang jam 3.30petang. Boleh agak kan betapa bosan nya. 
Main air jugak.

Sebab tu aku terfikir, baik aku amek kayak kat situ, dah merayap main air puas-puas kat sana. Berbanding termenung je kat tepi pantai tu.

Mujur lunch nya boleh tahan OK jugak. Masak proper.

4.2) Snorkeling.

Ada satu boat ni bawak ke kawasan berdekatan dengan point untuk hiking tu, di situ boleh la snorkeling. Boleh la nampak coral nya dan beberapa ikan Nemo tu.

Tapi aku masih berpendapat, kayak lagi best kot kat sana. Hahha.

Sesudah snorkeling, boat hantar semula ke kedai makan MGH tadi dan tunggu la pulak untuk naik boat balik ke Jeti Marang. Yang ni tak lama dah la tunggu nya. Dalam 10minit macam tu je. Then, boat dah gerak balik ke Jeti Marang. 

22-July-18> Ahad

Untuk hari ni takde aktiviti pun. Sekadar aku check out hotel dan menuju ke Kualan Terengganu. Rupanya Terengganu pun dah ada sistem bas mesra rakyat. MyBas. Aku check di FB mereka untuk travel ke Kuala Terengganu. Kalau aku naik teksi atau Grab, kos nya adalah MYR20. Kalau aku naik MyBas plak, tambang nya hanya la MYR2.60. So, baik aku naik bas ni je.. Bukan aku ada rushing pun. 

Sampai di Kuala Terengganu, aku setakat merayap ke Pasar Payang dan merasa telur penyu. Tak sedap pun rupanya. Heran aku, apsal la orang makan bende tu. Buat nak merasa sekali tu, boleh la.

Dari Kuala Terengganu, kawan aku datang pick up dan terus balik Shah Alam. 



5.0) Kesimpulan
OK la pengalaman merayap ke Pulau Kapas. Dalam Malaysia je, boleh buat sebagai weekend escape. Tak perlu nak serabut untuk fikir pasal makanan halal ke hape. Semuanya mudah je untuk trip ni.


Sekian, terima kasih.
-Firdaus-








2 comments:

  1. Assalamualaikum nak tanye, kalau balik hari, ade tak tempat2 untuk relax2 kt tepi pantai yg sesuai untuk letak kanak2 dan baby in case diorg tertido ke, sbb plan nk balik hari je tp ade budak kecik, perlu tak untuk sewa chalet dr pg smpai ptg, if x sewa chalet, kemudahan nak mandi lepas main air, duduk /rehat ade disediakan ke untuk org yg day trip,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Di kawasan pantai tu ada je kawasan proper untuk bentang tikar dan budak-budak nak rehat. Ramai je orang bawa budak kecik ke sana.

      Actually, untuk ke Pulau Kapas tu, syarikat yg handle trip ke pulau tu sendiri ada restauran dan tandas di pulau tu. Macam saya hari tu, ambil boat MGH, di pulau sana, dia ada kedai makan, belakang kedai makan dia tu, ada surau dan tandas sekali. Semoga membantu.

      Delete