Sunday 19 August 2018

Kembara Siem Reap, Cambodia : Menerokai Angkor Wat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, kali ni aku diberi peluang dan kesempatan untuk travel oversea ke Siem Reap, Cambodia. Sebuah bandar yang cukup sinonim dengan Angkor Wat. Rasanya, Angkor Wat itu digunakan sebaik mungkin untuk memacu ekonomi perlancongan tempatan.
Dalam Angkor Wat


1.0) Pendahuluan:

Bandar Siem Reap ini adalah sebuah bandar yg menyaksikan pertempuran penduduk tempatan Cambodia menentang Thailand. Jadi mereka sangat bangga kerana menang menentang Siam dulu. Siem Reap itu sendiri bermaksud (Siam Lose - in war) . Dulu tempat ni juga merupakan tempat pentadbiran Khmer. Maka banyak la tinggalan temple di bandar ni. Sampai penat la nak merayap. Bandar ni lebih kepada tempat arkeologi.
View dari dalam flight menghampiri Siem Reap.


2.0) Travel Background:
Date: 5-May-18 hingga 9-May-18 (5hari 4malam)
Cuaca: Lebih kurang macam Malaysia je. Panas dan hujan renyai-renyai.
Currency: RM3.90 = USD1. Matawang tempatan, Riel - sekadar sebagai duit kecil atau balance.
Budget: Dalam RM1500. Termasuk tiket flight , hotel, tour guide-tuktuk, entrance fee dan makan serta sedikit cenderahati.
Travel type: 2 orang lelaki bujang. 
Hotel: La Da Kiri Boutique Hotel.
Dicadangkan untuk tempah hotel di sekitar Angkor Night Market. Kerana situ adalah kawasan tumpuan activiti Siem Reap dan kemudahan akses serta makanan halal. 
Cabin Crew Air Asia join wefie. 

Beware - Kat sana, makanan halal dia dan tempat pesta disko ni, agak dekat-dekat jugak la.


3.0) Itinerari Cadangan:

Untuk itinerary ni, aku akan bagi yang cadangan saja. Bukan actual perjalanan aku. Berdasarkan pemerhatian aku di sana, rasanya 5hari travel di Siem Reap adalah terlalu lama. Ditambah dengan kos di sana yang mahal aikbat currency MYR terhadap USD, menyebabkan aku cadangkan, kalau nak ke sana, 3 atau 4 hari cukup la. Malah, tak hairan pun kalau ada orang buat travel weekend je ke Siem Reap ni.

Yang belakang tu adalah entrance untuk Angkor Wat.

Aku dapati ada juga beberapa tempat yang aku pergi, tapi rasa macam tak best mana pun dan tak berbaloi untuk dilawati. Jadi, itinerary ini adalah sebuah cadangan merujuk kepada observation aku di sana.

Hari Pertama (Town Tour)
1) Senteur d’Angkor
2) Artisan d’Angkor
3) Silk Farm
4) Killing Field
5) Phrase The Cambodian Circus (USD18) - Recommended

Hari Kedua (Temple Tour):
1) Angkor Wat-  (USD37)
2) Angkor Tham 
3) Bayon Temple
4) Elephant Terrace
5) Ta Keo Temple
6) Ta Prohm
7) Banteay Kdei 
8) Sunset at Phnom Bakhang

Hari Ketiga (Lake Tour)
1) Tonle Sap Lake (USD18)
2) Kampung Phluk
3) Lotus Farm (USD0.5)

Lain-lain tempat lawatan pelancong;
Royal Palace
Culture Village (USD20)
War Museum Cambodia (USD5)
Phnom Kulen National Park Trip


4.0) Perjalananku.
Untuk bahagian ni baru la aku taipkan actualy perjalanan aku. Sebagai rujukan. Tapi rasanya nak refer pada itinerary cadangan tu pun dah OK.

First day (5-May-18)
Seperti biasa, aku memulakan kembara aku sesudah subuh dari KLIA2. Maka, awal pagi aku dah boleh start merayap di bumi Cambodia. Sesampai nya di sana, lepak-lepak kejap, driver tuk-tuk aku pun sampai. Berdasarkan beberapa pembacaan aku di FB, dapat la aku mencari tour guide yang Muslim dan boleh cakap BM. Senang nak communicate dan senang nak mencari makanan halal.
Baru touch down di Airport Siem Reap. Airport nya setingkat saja.

Berikut aku sertakan senarai contact Muslim Tour Guide di sana.  
Nasri: +855 96 998 7679.
Haty Ly : +855 98 80 1787.
Sa lim : +855 78 996 840
Safy  : +855 855 918 918 
Tour guide a.k.a Tuktuk driver dah sampai. Sarikin namanya.

Harga average dalam USD15 per day. Pandai-pandai la bincang untuk dapatkan harga terbaik.

Sesudah aku touchdow, destinasi pertama yang aku lawati adalah:

1.1) War Museum of Cambodia;
Tempat ni dicadangakn oleh tour guide sebab tempat ni berada dalam laluan dari Airport untuk ke bandar Siem Reap. Tapi aku tak cadangakan pun untuk ke sana. Kerana, harga masuk dah agak mahal, then, takde orang entertain pun. Aku ada terbaca, yang orang kat situ, memang prefer layan orang muka western je. Kalau muka Malaysia atau Nusantara ni, diorang tak pandang pun.
Merayap di dalam War Museum. Takde guide pun teman dalam ni.

Maka, feel aku merayap kat sana, rasa macam masuk suatu tanah lapang yang disusun di dalam nya besi-besi buruk kereta kebal. Bergambar je la kat situ buat penyejuk hati.
Susunan kereta kebal lama dalam museum tu.

Then, waktu nak balik tu, ada la aku nampak couple Mat Salih masuk muzium tu jugak. Dan staff sana escort.

1.2) Senteur D'Angkor
Tempat ni terletak berdekatan juga dengan muzium tadi. Ia macam sebuah banglo yang di dalam nya diusahakan penghasilan product cenderamata. terdapat beberapa lagi rangkaian bisnes lain yang dibawah Brand ni. Yang aku pergi ni, lebih kepada pembuatan haruman, herba dan sabun menggunakan nature source of Cambodia.

Yang best nya, masuk adalah percuma, staff di sini datang entertain pengunjung tanpa mengira asal usul, dan pengunjung tidak dipaksa untuk membeli product yang dihasilkan dan dijual mereka. Biasanya, kalau dah dapat layanan macam tu, rasa ralat plak kalau tak beli apa. Walaupun product dia agak mahal jugak la.

Selesai di Senteru D'Angkor, tour guide membawa aku untuk membeli simkad Cambodia, untuk kegunaan internet di luar hotel. Katanya, kalau beli di Airport, agak mahal, berbanding beli di kedai sekitar bandar. Dan orang yang jual simkad tu pun siap boleh cakap BM tu.

Selesai urusan simkad, guide aku membawa aku ke sebuah kedai agent di mana kami selesaikan beberapa tempahan, iaitu untuk ke Cambodia Culture Village, Phrase Circus dan Kulem Mountain trip.  Sebab tu, kene prepare itinerary awal-awal supaya senang nak beli pakej di sana tu.

Kemudian kami check-in hotel dulu. Rehat dan segarkan diri.

Hotel: La Da Kiri Boutique Hotel.
Dicadangkan untuk tempah hotel di sekitar Angkor Night Market. Kerana situ adalah kawasan tumpuan activiti Siem Reap dan kemudahan akses serta makanan halal. Dekat dengan Pasar Malam, PUB Street dsb serta dekat juga dengan Perkampungan Muslim.
Hotel. Macam haram je dia punya dinding bilik air. Kaca besar macam tu.


1.3) Cambodia Culture Village.
Apa yang ada di sini? Pameran museum masyarakat tempatan, beberapa persembahan kebudayaan masyarakat Cambodia dan beberapa design rumah.
Bersedia nak masuk ke Culture Village.

Jujurnya, aku rasa macam kurang menarik tempat ni. Persembahan kebudayaan nya pun banyak cakap dalam bahasa Khmer, dan lebih kurang macam pergi merayap ke Taman Mini Malaysia. Beza nya, budaya kat Taman Mini Malaysia tu rasa dekat je dengan jiwa kita, tapi kat sana, tak berapa la. Huhu.
Yang belakang tu adalah rumah-rumah tradisional Kemboja.

Ada jadual persembahan nya, dalam setiap 2jam sampai ke malam. Tapi sebab aku rasa bosan, aku skip beberapa persembahan dan keluar awal.
Superman kepala kecik.

1.4) Phrase Cambodia Circus.

Ini yang best. Circus nya takde melibatkan haiwan langsung. Sekadar persembahan macam teater yang menggunakan aksi circus. Ada la aksi orang lompat pusing-pusing, main api dan sebagainya. Best nya sebab tempat dia tu macam kecil je, rasa dekat je nampak orang tu lompat-lompat depan mata aku.
Sedia nak masuk ke dalam circus. View dalam circus tu takde.

Persembahan nya sejam saja. Tapi puas hati. Bermula jam 8.00malam. Tapi 7.30malam dah kene masuk circus bumbung tajam dia tu. Aku ambil harga tiket paling murah. Tu pun dah USD18. Jadi, tiket aku ni adalah free-seated. Kalau masuk lewat, nanti dapat seat yang pelik.  Kalau nak yang betul-betul depan dan reserve seat tu, harga dia dalam USD30 lebih gak la.

Dikatakan, tempat tu adalah lebih kepada charity untuk kanak-kanak yang terbiar ni, dilatih untuk buat performance sebagai sumber dana kepada institusi tu.

Habis tengok circus yang awesome ni, kami balik hotel dan makan dinner. 


2nd Day (6-May-18)

Untuk hari kedua - One day Tour Temple Package
Kami mulakan aktiviti seawal 5pagi. Siap je subuh, terus gerak. Tour Guide bawa kami ke tempat membeli tiket untuk masuk ke Angkor Wat. Kosnya adalah USD37. Mahal kan. Mungkin kerana banyak sangat temple yang perlu diselenggara oleh pihak berwajib di sana. Maka, mereka memerlukan kos yang tinggi dan dikutip dari entrance fee pelancong ke sana. Tapi tu la.. Agak mahal kot bagi Malaysian. Dah nak dekat MYR150 gak la untuk sehari
Kene buat pass yang tayang muka tu untuk masuk semua kompleks temple tu.

2.1) Angkor Wat
Jarak dalam 30minit perjalanan dari tempat beli tiket tu, nak ke Angkor Wat ni. Ini adalah monumen utama untuk Komplek Temple ni. Ramai orang berebut nak ambil gambar waktu sunrise. 
Menyeberang sungai ke Angkor Wat. Berkejar nak tengok sunrise tu.

Untuk shot yang awesome macam dalam gambar-gambar google tu, pengunjung perlu cross tasik keliling temple tu, masuk ke dalam Main Entrance Angkor Wat. pergi ke belah kanan berdekatan dengan kolam cetek. Kat situ, pasti nya sudah ramai orang menanti dengan kamera DSLR jauh lebih awesome dari kamera hp aku. Beberapa detik je yang cantik. Lepas je matahari dah naik tinggi, gambar pun dah biasa-biasa je. Waktu tu, baru la orang akan merayap ke dalam Angkor Wat tu.
Ramai nya la orang kat Angkor Wat tu.

Di dalam Angkor Wat itu, terdapat sebuah monumen paling tinggi yang dinamakan Bagan. Alang-alang dah sampai Angkor Wat tu, boleh la beratur panjat masuk bende tu. Merasa la cabaran nak hiking temple tu.

Dikatakan juga, Bagan itu adalah tempat paling suci dan paling tinggi di Siem Reap, maka takde bangunan lain yang boleh dibina lebih tinggi dari tempat. Mungkin sebab tu la, airport mereka pun setingkat je.. dan luas jauh..
Yang kat belakang tu tengah beratur nak naik ke Bagan.

2.2) Angkor Halal Restaurant.
Actually, tempat ni adalah restoren, dan bukan temple. Tapi ini adalah satu-satunya restoran halal yang ada di sekitar Angkor Wat. Maka, ia menjadi tempat perhimpunan Malaysia Traveller untuk bersarapan. Ada je kedai makan atau cafe di dalam bangunan Angkor Wat tu, tapi tak confident la aku nak telan. Hhuhuhu.
Pintu masuk ke restauran.

Menariknya, dengan sedikit keramahan di restauran tu, membolehkan kita berkenalan dengan ramai orang dan bertukar-tukar cerita pengalaman travel masing-masing.


2.3) Angkor Tham 
Lebih kepada pintu pagar cross sungai. Ramai la orang bergambar di pintu gerbang tu.
Atas jambatan. Yang gate tu la Angkor Tham nya.

Bergambar time orang sibuk nak drive seberang jalan.

2.4) Bayon Temple
Ini antara temple yang wajib dikunjungi. Trademark untuk temple ni adalah banyak bangunan berbentuk muka orang. Hampir keseluruhan temple tu dipenuhi oleh muka orang je pada setiap penjuru bangunan nya.
Banyak muka patung kat struktur ni.

Selepas temple ni, ada je aku lalu Elephant Tramp. Tapi aku tak rasa berminat pun nak melawat. Dari luar nampak la susunan beratus-ratus patung gajah kat luar nya.
View jauh sikit. Itu yang muka orang banyak kat temple tu.

2.5) Ta Keo Temple
Temple ni agak kurang dilawati. Tapi lokasinya adalah berhampiran saja dengan temple lain yg lebih mendapat perhatian ramai pelancong. Tapi aku suka melawat temple ni. Sebab dia macam kene hiking bangunan tu, dengan saiz anak tangga yang kecik tu. Memang menduga keberanian gak la.. Dan la saiz anak tangga tu dalam selebar tapak tangan je. Kene naik tinggi plak tu. Sayup je tengok ke bawah. Huhuhu.
Entrnce Ta Keo. Dari sini tak nampak sangat gayat nya.

Kat atas tu biasa je. Pengalaman panjat dan turun tu yang mengujakan.

2.6) Ta Prohm Temple
Ini juga adalah temple yang wajib dikunjungi. Trademark dia adalah sebab Lara Kroft buat shooting Tomb Rider kat situ. 
Feeling Tomb Rider.

Di samping itu juga, temple ni terkenal sebab banyak pokok tumbuh dalam stuktur binaan nya. Boleh jumpa la pokok besar sepemeluk menjalar dari dalam dinding  temple tu.

2.7) Banteay Kdei
Temple ni biasa je rasa nya. Aku masuk jugak la explore temple tu alang-alang dah sampai sana kan..

Habis merayap di Banteay Kdei tu, aku dah memang penat dah. Maka nya kami pun balik. Walaupun ada beberapa tempat lagi. Mungkin sebab macam dah penat kot menatap temple, jadi kami pun berehat di hotel pulak di sebelah petang nya.
Walau banyak ke Temple, Masjid tetap di hati. Dilupa jangan.

2.8) Lotus Farm
Selepas puas berehat di hotel, aku merayap ke Lotus Farm ni. Ia adalah sebuah tasik yang ditanam pokok teratai secara besar-besaran. Cantik jugak la view kat sini untuk tengok sunset. Bagi yang ada trypophobia tu, agak mencabar jugak la duk kat sini.. Sebab nak melihat lubang-lubang bunga teratai tu kan.
Depan tu semuanya pokok teratai.

Kalau rajin, boleh la pakai pass Angkor Wat tu ke bukit Phnom Bakhang. Ada temple kat atas tu dan temple tu tertakluk di bawah penggunaan pass Angkor Wat tu jugak.

2.9) Night Market (Angkor Night Market- Pub Street- Old Market)
Sesudah matahari terbenam, kami hanya bersantai di kawasan hotel saja. Kawasan di sekitar Night Market tu, agak meriah dengan kehidupan malam. Kebanyakkan lebih kepada style western la. Semua night market tu bersambung. Jadi kalau berjalan dari hujung ke hujung tu, tak terasa la penat sangat sebab macam tengok ada je pasar malam kat sana.
Ini di Pub Street. Huhuu
Seberang jalan je, dah sambung dengan Angkor Night Market.

Makanan kat situ, agak meragukan. Aku cuma berani makan Ice Blended buah nya. Harga dalam USD1 each. Kalau conert, dalam MYR4, takde la murah sangat.. tapi kira OK la kan kalau nak merasa. Then, ais krem gulung yang dia cincang atas cool plate tu pun, femes gak kat sana.
Ha... makanan yang banyak kat sana. 

Kedai souvenir pun banyak kat sana. Cuma aku lebih berminat dengan baju Under Armour kat sana. Fufu la kot. Tapi kain dia memang lembut dan sedap dipakai. Range harga kat sana dalam USD10 untuk 3helai. Dikira murah la tu kan.. So, banyak jugak la aku beli baju sahaja.
Berurut ikan sekajap. Geli-geli je rasa time ikan tu gigit. 

Selain dari tarikan tu semua, Night market mereka juga ada banyak tempat urut. Kalau datang berkumpulan, dia approach sebagai urut kaki je la. Kalau datang sebagai solo traveller, dia offer urut lain plak. Huhuhu.

3rd Day (7-May-18)
Untuk hari ketiga ni, kawan aku dah terpaksa balik Malaysia disebabkan urusan kerja. Maka tinggal aku sorang je la merayap kat Siem Reap berbaki 3hari 2 malam. Dah tinggal sorang ni, macam bosan la plak nak merayap lama-lama.

Aku dah plan untuk ke Phnom Kulen National Park. Trip ni memakan masa dalam sehari jugak la. Tuk-tuk tak bawa travel sampai ke sini kerana jarak nya yang agak jauh, dalam 1jam perjalanan dari Siem Reap dan kene melalui kawasan pergunungan yang tak sesuai dilalui oleh tuktuk.  Sebab tu kene ambil travel agent lain. Trip ni merangkumi beberapa tempat yang lebih kepada keagamaan.

- 1000 Linggam.
- Kulem Mountain Temple
- Kulem Waterfall.
Kawasan pergunungan Kulem.

Waterfall tu yang macam OK sikit. Yang lain tu aku tak berapa berminat sangat pun. 
Ramai je orang mandi di Waterfall tu.

Sampai-sampai je ke hotel, hujan la plak. Memang terperap je la aku kat hotel sepetang tu. Malam baru kembali rancak. Tapi tu la.. bahaya gak la godaan merayap sorang-sorang kat Night Market dia. Siap kene tarik-tarik dah ha.. puas jugak la aku nak ngelak nya.

4th Day (8-May-18)
Another non-productive day. Aku sekadar merayap dekat-dekat je dan ke Pejabat Pos. Sebab dah jadi macam tabiat aku untuk kirim kan Poskad dar oversea ke kampung halaman aku. So, kira macam excited la dapat poskad dari oversea. Walaupun biasanya aku sampai Malaysia dulu dari poskad tu.

4.1) Killing Field.

Sebuah padang yang di situ ada satu menara kaca. Di dalam nya tersimpan banyak tengkorak dan tulang manusia. Juga terdapat beberapa pameran mengenai perjuangan masyrakat tempatan. Tu yang siap simpan tulang tu.
Dalam tower belakang tu la banyak tengkorak tu.
Ini la killing Field. Kecik je tempat nya.


=================================================

OK. Lepas tu aku memang takat balik hotel je terus. 
Actually, memang ada beberapa tempat lain lagi yang menarik. Tapi aku consider agak mahal. Contohnya lawatan ke Tonle Sap Lake tu. Hampir USD20 jugak. Aktiviti nya lebih kurang macam pusing-pusing tasik tu.

Kampung Phluk. Ini antara tempat menarik juga. Tapi sayang nya, waktu aku pergi tu, cuaca agak panas yang menyebabkan kawasan tu macam cetek air nya. Lantas tidak menjanjikan view cantik yang seperti dalam gambar-gambar google tu. Guide aku pun macam tak suggest untuk pergi situ. Kampung Phluk ni adalah tempat perkampungan atas air. River cruise nya akan membawa kita melihat view cantik perkampungan atas air yang meriah.

5th day (9-May-18)
Juga tak banyak aktiviti. Sekadar ke Silk Farm yang terletak dalam sejam jugak la perjalanan dari Hotel. Aku check-out dan terus bawa barang semua naik tuktuk ke Silk Farm. Selepas tu terus gerak ke Airport.

5.1) Silk Farm
Pengunjung ditayangkan dengan aktiviti penghasilan sutera dari proses tanam tumbuhan untuk makan ulat bulu tu, sampai la ulat tu direbus untuk mendapatkan sutera nya, sampai la sutera tu dicantumkan menjadi sehelai kain, dan menjadi cenderahati. 
Besar juga rupanya ulat sutera ni.

Konsep tempat ni sama macam Senteur d’Angkor. Ada orang akan datang entertain pengunjung tanpa mengira warna kulit. Dia akan terangkan setiap aktiviti di situ, kemudian, mereka tak paksa pun untuk membeli barangan product mereka. Tapi kalau dah dapat layanan macam tu, memang aku consider jugak la untuk membei something.

Kemudian, aku terus menuju ke airport dan berlepas pulang ke Malaysia. 


5.0) Kesimpulan:

Perjalanan di Bumi Siem Reap lebih mengujakan bagi pencinta arkeologi, tapi tidak la begitu mengecewakan. Bende-bende lain pun OK jugak. Tapi tu la.. Urus niaga di sana banyak pakai USD. Menyebabkan aku rasa macam agak mahal la.


No comments:

Post a Comment