Sunday 11 February 2018

Kembara Hatyai : Itinerari Travel Solo.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, kali ni aku diberi peluang dan kesempatan untuk merayap ke Bandar Hatyai, Thailand. Ini menjadi negara ketiga aku lawati dalam tahun 2017, selepas Jepun dan Taiwan.


1.0) Pendahuluan:

Hatyai adalah jiran kita, tapi terasa jauh nya dari kita. Secara geografi, Hatyai hanya lah 40minit pemanduan dari sempadan Malaysia (Padang Besar mahupun Bukit Kayu Hitam), tapi mempunyai budaya yang berbeza dengan Malaysia, termasuk la bahasa dan gaya hidup. Ramai jugak orang sana yang tak reti cakap Bahasa Melayu. Tapi mujur ramai orang Islam kat sana. Mudah la untuk makan di sana.
Di sempadan Siam. Welcome to Songkhla kata nya.

Hatyai menyediakan pelbagai kepuasan kepada pelancong. Sama ada untuk tarikan budaya Thai dan keagamaan nya, atau pun keindahan alam semulajadi serta biodiversity nya. Tak lupa juga dengan keenakan makanan mereka yang mengujakan.

Actually, travel ke sana secara solo, adalah agak leceh kalau nak version pelancong. Sebab banyak tempat nak kene sewa kereta whole day atau ambil tuktuk. Dan kalau travel solo, agak leceh la nak sewa satu kereta kat sana. So, kalau pergi dalam tiga orang, sesuai dan senang la nak booking sebuah kereta untuk merayap di sana.

2.0) Travel Background:

Date: 28-Dec-2017 hingga 31-Dec-2017 (3hari 3malam)
Cuaca: Lebih kurang macam Malaysia je. Panas dan hujan renyai-renyai.
Currency: RM1.20 = 10Baht.
Nilai Makanan Ruji bersamaan dengan THB10.
Budget: Dalam RM700. Termasuk tiket bas , ETS, hotel, tour guide, naik motor entrance fee dan makan serta sedikit cenderahati.
Travel type: Solo travel. Ni first time aku buat travel solo. Hahaha..

3.0) Itinerari dan perjalananku:

Musafir bermula (28-Dec-17> Khamis)
Bas berlepas dari TBS jam 11.59malam.

Hari Pertama (29-Dec-17> Jumaat)
Sampai sempadan Bukit Kayu Hitam dalam jam 8.00pagi. Mengadap segala urusan imigresen dan merentas sempadan. Naik van ke Hatyai.
1) Lee Garden Area.
2) Hatyai Central Festival.
3) Asean Night Market.

Hari Kedua (30-Dec-17 > Sabtu)
1) Cham Puak Elephant Camp
2) Hatyai 3D and Magic Museum.
3) Hatyai Municipal Park
4) Samila beach.
5) Masjid Songkhla.
6) Khlong Hae Floating Market.

Hari Ketiga (31-Dec-17> Ahad)
Bertolak ke Hatyai Railway Station.
Naik Classic train mereka ke Padang Besar.
Naik ETS ke KL Sental.


4.0) Perjalananku.

Berbekalkan tiket bas yang aku beli online, aku bergerak ke TBS. Agak silap jugak. Sebab bila aku check semula, ada je bas yang bertolak dari Shah Alam. Lagi senang aku nak gerak.
Bas aku dijadualkan bergerak dalam jam 11.59malam, khamis malam jumaat.

Hari Pertama (29-Dec-17 > Jumaat)

Oleh kerana aku naik bas untuk ke sana, maka aku sampai la ke Imigresen Bukit Kayu Hitam dalam jam 8.00pagi. Bas aku dah siapkan resit ketibaan Thailand dan diedarkan semasa dalam bas. Imigresen Malaysia tak begitu serabut sangat. Bas yang aku naik tu pun masih parking tunggu lagi di sekitar Imigresen tu.
Ini adalah di Imigresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam. Ramai jugak la orang.

Selesai Imigresen Malaysia, aku naik semula bas aku untuk bergerak beberapa puluh meter ke Imegresen Thailand. Kat situ baru la aku turun bersama beg aku dari bas.
Sedikit view dalam bas.
Waktu aku pergi ni, dah ada rules Bas Express dari Malaysia hanya hantar sampai Imegresen sahaja, walaupun time beli tiket dia mention akan hantar sampai ke Hatyai.

Selesa jugak la bas ni. Siap ada provide selimut lagi.

Time ni dah ramai orang tunggu kat Imigresen Thailand tu. Nombor siap dah beratus-ratus. Memang beza situasi sesak nya kalau compare antara imigresen airport dengan Imigresen bas/darat ni. Pengalaman tu.. Haha.
Ini adalah Imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam. Beberapa puluh meter je dari Imigresen Malaysia.
Selepas merentas Imegresen, aku macam blur jap. Sebab tempat tu juz macam kosong je. Ada la bangunan- bangunan kedai. Tempat tu la Danok. Haha. Bandar pertama yang betul-betul di sempadan belah Thailand.

Then aku tumpang ada satu group ni naik van Siam yang besar tu untuk ke Hatyai. Bandar Hatyai adalah dalam 30minit dari pekan Danok tu. Bukan cross sempadan terus sampai Bandar Hatyai. Aku bayar dalam THB100. Ada bacaan yang kata kalau nak murah, kene jalan sikit sampai ke depan 7-11. Tapi sebab aku solo, nak collect kumpul orang naik satu van ni, bukan senang. So, aku naik je la van tu.

4.1) Lee Garden Area.
Kesilapan kedua aku adalah aku book hotel yang tak begitu sesuai. Senang cakap, hotel aku book tu bukan terletak di City-centre.

Kalau di Hatyai, pusat aktiviti adalah di kawasan hotel Lee Garden. Kawasan tu senang nak mencari makanan halal yang banyak dan service pun mudah nak dapat untuk tuk-tuk dan sebagai nya. Nak mencari kedai shopping souvenir pun senang. Malahan, pada waktu malam, akan ada macam pasar malam di kawasan tu. Memang senang la kalau duk kat area tu. Maka aku decide untuk turun di Lee Garden dan merayap sekitar kawasan tu dulu.
Di hadapan Hotel Lee Garden. Merayap sebentar sorang-sorang.

Hotel aku jaraknya dalam 1km dari Lee Garden tu. Aku pulak gatal nak rasa street view Hatyai, jadi nak jalan kaki je dari Lee Garden tu ke Hotel aku. Hambek kau.. nak kene jalan kaki dalam 40minit gak la baru sampai. Sebelum tu aku makan tengah hari dulu di kawasan Lee Garden. Sementara senang nak jumpa kedai Halal ni kan..
Ada pemandangan di jalanan Lee Garden.

Check in hotel aku - The Great Hotel (Jiranacon Road)
Aku tak recommend untuk ambil hotel ni. Huhu. Dah la takleh bayar hotel pakai kredit kad. Kene pakai cash. Baht je pulak tu. Habis lari bajet cash aku ke sana. Aku prefer pakai Kredit Kad, jadi aku tak perlu bawak cash yang banyak. Aku book hotel ni di Booking.com.
Hotel tempat penginapan aku.


4.2) Hatyai Central Festival.
Selesai rehat kejap dan mandi, aku turun untuk ke Hatyai Central Festival tu. Untuk travel kali ni, aku tak beli pun simkad sana. Jadi aku takde capaian internet di luar hotel. Huhu. Puas la aku screen shot semua tempat yang aku nak pergi. Senang aku cerita ke orang sana mana aku nak pergi. Haha.
Hatyai Central Festival. 
Aku ambil app Grab untuk ke sana dengan menggunakan wifi hotel. Selamat gak la sampai. Harga pun lebih kurang je dalam THB95.

Tempat ni adalah Shopping Mall terbesar di Hatyai. Memang besar la. Tapi ia adalah mall la. Takde la rasa macam special sangat. Sebab kat KL pun banyak dah kan Mall ni. Juz nak tengok mall kat tempat orang pulak macam mana la. Tapi first time aku experience, nak masuk mall, kene scan macam kat airport tu. Hahaha.

4.3) Asean Night Market.
Dari Central Festival, aku naik motor je. Aku nak naik tuk-tuk, tapi sebab aku sorang je, dia suggest untuk aku naik motor je senang. OK. merepit la aku di bandar Hatyai tanpa pakai helmet pun. Cas dalam THB40 je.
Naik motor menuju ke Asean Night Market dari Central Festival.

Asean Night Market ni lebih kurang macam uptown. Besar dan banyak jual barang macam kat uptown tu la. Yang best nya sebab kat tingkat atas nya ada kedai makan yang sangat meriah dengan kepelbagaian makanan. Memang aku amek pulut mangga kat situ. Ikut nafsu makan aku, memang banyak aku nak sambar, tapi kene control jugak la kan. hahah.. Murah pulak tu.

Dalam lebih kurang jam 6.00pm waktu tempatan, ada dinyanyikan lagu or national anthem kot. Semua rakyat tempatan akan berdiri time lagu dimainkan melalui pelbagai corong speaker. Aku yg pelancong ni pun jadi macam segan nak teruskan shopping time tu.

Selesai melantak, aku pun balik la ke Hotel. Mujur aku dah ambil Bisnes kad hotel aku tu. Senang nak tunjuk kat orang sana. Seterusnya rehat dan tidor.
Juadah di malam hari ni Asean Night Market.

Kedai Ice Blended Buah dia. Murah kot. Memang aku beli banyak.

Air je yang aku beli banyak.
Maka hari pertama aku adalah lebih kepada merayap di kawasan Bandar sahaja. Dekat situ je dulu. untuk hari kedua baru la aku bercadang nak keluar jauh sikit dari bandar.

Hari Kedua (30-Dec-17 > Sabtu)

Aku takde booking supir ke guide apa lagi untuk merayap jauh ni. sebaiknya, memang kene sewa guide sebab banyak tempat nak kene merayap ni. Plan asal aku, nak ke Lee Garden pagi tu, dan kat sana baru cari mana-mana van atau group yang buat tour merayap sekitar Hatyai.

Alhamdulillah, urusan aku sangat-sangat-sangat-sangat dipermudahkan.
Ada 2 orang lelaki Malaysian kat depan hotel aku tu tengah tunggu kereta guide mereka. Destinasi mereka nak pergi tu semua sama macam aku nak dan memang ada satu lagi seat utk aku. Dan mereka peramah.
Ini lah teman baru kenal yang memudahkan perjalanan travel solo aku. Yang pakai topi tu guide.

Jadi aku join mereka nih.

Siap pergi sarapan dulu pagi tu.
Kos untuk satu kereta guide adalam THB1500. So, kitorang bahagi 3. Kemudian, di sana macam ada amalan bagi extra tips. Jadi aku lebihkan dalam THB100.

4.4) Cham Puak Elephant Camp

Dalam setengah jam jugak dari hotel aku duduk tu dan agak keluar sikit dari bandar Hatyai. Di sini, ada aktiviti untuk menunggang gajah. Ya, aku naik gajah kat sini. Ada pelbagai aktiviti lagi kat situ, macam naik RTV dan memanah.
Entrance Chang Puak Camp.

Tapi aku cuma berminat dengan naik gajah tu je. Tu pun dah harga THB500.

Then, nak beli gambar frame tahi gajah tu pun harga dalam THB200 pulak lagi.
Awesome!!!

Tapi memang wishlist aku la nak naik Gajah tu. Best. dia jalan slow-slow masuk ke dalam sungai. Hahaha.

4.5) Hatyai 3D and Magic Museum.

Tempat ni satu laluan je dengan Cham Puak Elephant Camp dan Municipal Park. Boleh je pilih nak pergi mana satu dulu. Dekat je plak tu.

Keunikan nya lebih kepada gambar 3D dan ada magic show kat situ. Spend lebih kurang dalam sejam ke 2jam jugak la kat situ sebab yang magic show tu.

4.6) Hatyai Municipal Park.

Tempat ni ada bukit tinggi dengan patung Buddha besar. Tempat ni macam tempat ibadat rasa nya. Sebab guide kitorang mention, ada siap buat ritual mandi dan sequence utk orang sana punya nak berdoa.

Tempat ni juga menjanjikan pemandangan bandar Hatyai yang indah dari side lebih tinggi. Nampak seluruh bandar tu sampai ke Masjid Songkhla.
Guide aku drive bawa sampai ke atas. Jadi tak perlu nak panjat tangga sangat.

Kat sini juga ada Ropeway, naik ke satu lagi temple Buddha 4 Faced. Boleh la nak berjalan tengok tempat kat sana tu camne. Ramai orang sana tengah berdoa.
Ropeway tu la yang akan bawa ke temple lain pulak kat sana.

4.7) Samila Beach.

Ini tempat yang agak jauh dari Bandar Hatyai. Perjalanan dalam 40minit gak la. Sempat la aku berdengkur dalam kereta tu. Uniknya orang sini, mereka mengangkat kisah lagenda tempatan untuk dijadikan tarikan ke sana. Contohnya, hikayat ikan duyung di tepi pantai. Then mereka bina statue ikan duyung kat tepi pantai tu.
Ini lah view di Samila Beach. 

Ada kisah berkenaan dengan Anjing, kucing dan tikus yang melarikan kristal dan terkorban lalu menjadi pulau. Mereka bina la patung kucing besar kat situ.

Pantai sini, cantik gak la.
Aku sempat makan lunch lagi. Ada kedai halal kat situ. Cuma aku tak bergambar dengan ikan duyung kat situ. Beratur orang nak ergambar dengan mermaid tu.
Kat belakang aku tu boleh nampak sign board besar Songkhla City.

4.8) Masjid Songkhla.

Menawan sungguh senibina masjid ni. Besar dan siap dengan kolam panjang di depan nya. Dia buat macam Taj Mahal punya kolam panjang kat depan dia. Tapi aku heran sebab masjid tu macam tak banyak Car Park. huhu.

Sempat la aku Join solat Jemaah Asar kat situ serta solat jama'. Travel syariah compliance yerk. Dalam masjid dia memang besar.
View di dalam masjid

4.9) Khlong Hae Floating market.

Ini tempat wajib untuk dilawati kalau dah ke Hatyai ni. Guide aku dah siap pesan awal-awal, katanya kat situ, tak cukup nak lepak sejam. Paling kurang pun 2 jam. Dan memang betul, aku duk merayap kat sana dalam 2jam. haha.
Ini la Floating Market yang disebut-sebut tu.

Di sini, ada suasana pasar yang sangat menarik utk bergambar sambil melihat keunikan orang berniaga atas sampan tu. Makanan yang serve kat sini pun meriah. Takat jalan survey tengok makanan pun dah ambil masa dalam 20minit. Tu tak masuk nak pusing balik dan recall balik apa yang berkenan. Then, boleh la makan kat tepi tu je. Bersepah la orang bergambar kat depan sampan tu.. Serabut pulak aku tengok. Haha.
Juadah makan malam.

Merasa la aku makan puyuh dan otak-otak dalam buluh. time ni memang cash THB aku nak kering dah. tu pasal aku takleh nak merayap shopping makan sakan tu.. Huhu.

Kat bahagian atas nya pulak, ada juga kedai yang macam uptown. Hatyai ni memang meriah dengan pasar nya la.

Selesai  Floating market tu, aku bergerak balik ke hotel. Penat dah. Malam tu sekadar duk hotel sambil edit gambar untuk diupload ke FB je. hahah.


Hari Ketiga (31-Dec-17 > Ahad)

Untuk hari ni lebih kepada perjalanan aku nak balik ke Shah Alam. Merasai sedikit kelainan, aku pilih untuk naik train pulak. Aku keluar check-out seawal jam 7.00pagi. Kemudian aku naik motor ke Railway Station. Sangat dicadangkan untuk screenshot dulu gambar Railway Station tu supaya senang nak explain kepada pemandu sana. Aku nak explain Railway station pun ambil masa 10 minit.
Membonceng motor lagi. Kali ni penunggang dia perempuan pulak. Hehe.

Di Railway station, aku beli tiket train untuk ke Padang Besar. Kalau naik train, kene ke Padang Besar. Kalau naik bas, kene ke Bukit Kayu Hitam.

Orang kata ini adalah train klasik. Yang jenis old school punya tu dengan tingkap boleh bukak luas-luas kene angin. Kipas pun dia pakai yg kat syiling tu lagi. Sengaja mereka biarkan ia begitu. Mungkin demi nilai estetika nya.
Dalam train nak ke Padang Besar. 

Perjalanan nya juga menarik. Kerana aku melihat dari sudut kampung Thailand di sana. Semua nya macam gaya hidup dalam filem Ong Bak. Huhu. Train ni siap ada laluan yg cross jalan utama penduduk. Sebab tu la train ni tak kerap macam Komuter.

Train ni hanya ada 2 kali sehari. Katanya jam 7.00~ 7.30 pagi dan juga jam 12.00tengah hari waktu tempatan. Tambang nya hanya THB50. Perjalanan dalam 40minit ke Padang Besar.

Memang agak awal untuk pemegang tiket ETS jam 4.00 macam aku ni. Tapi aku malas nak serabut dan rasa kalut time di Imigresen masuk Malaysia nanti. Kesan semasa di Bukit Kayu Hitam masih segar di ingatan aku.

Sementara menunggu ETS aku jam 4.00 tu, merayap la aku ke Arked Niaga Padang Besar. Jalan kaki je dari stesen kereta api tu. Jauh jugak la nak menapak. Sarapan kat sana. Tengok-tengok baju jersi ragbi dan sebangai nya.
Bergambar dengan ETS pulak. 

Jam 4.00petang, aku naik ETS-Plantinum Class. Aku beli tiket ni on-line sebelum bertolak ke Hatyai lagi. So, juz layan je la. Best gak ETS ni. Selesa, ada plug untuk cas hp, ada bagi makanan dalam train. Siap dengan kemudahan tandas dan cafe. 5jam kemudian aku sampai KL sentral. Then, naik komuter balik Shah Alam.

5.0) Kesimpulan;
OK la pengalaman untuk travel solo ke Hatyai. Dekat dan mudah. Makanan Halal pun senang cari. Tapi kene make sure niat tu betul.

Sekian, terima kasih.
-Firdaus-




26 comments:

  1. Salam bro. Macam mana nak travel guna motor ? Pakai apps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam bro. Tak berapa pasti la kalau travel pakai motor ni macam mana. Tapi ada terbaca kene bawak beberapa document seperti geran motor dsb nya untuk cross border bawak motor sekali.

      Untuk app, pakai GPS je la kot. Saya travel hari tu pakai train dengan bas je tu.

      Delete
  2. bestnyerrr...pengalaman saudara then trip solo plak tu....sy bercadang bulan 12 ni...insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah diberi kesempatan. Sesuai la kalau setakat travel solo nak ke Hatyai. Dekat dan mudah.

    InshaAllah.. semoga dipermudahkan urusan utk ke sana juga.

    ReplyDelete
  4. nk tanya yg bas dr malaysia ke sana mmg berhenti dkt sempadan je ye? bukan trus ke hatyai bus station? mana2 bas pun cmtu ke ikut bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, semua bas hantar sampai ke Imigresen Thailand saja. Hasil bacaan saya di FB backpackers pun mentioned macam tu jugak. Sebab ada rules dari Thailand pasal bas tu. Bukan sebab company bus punya rules.

      Delete
    2. Tak perlu risau pun sebab banyak je van siam kat tepi imigresen tu. Orang pun ramai kat situ, boleh join-join je orang kat situ. Yang penting, dah ada alamat Hotel atau destinasi untuk ditunjukkan kepada driver van tu.

      Delete
  5. Salam. Nk tanye, masa naik gajah tu, kasut/baju basah x kne air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak basah pun. Gajah jalan slow-slow je. Takde terpercik apa pun. Air yang dia masuk tu pun, kepala gajah tak tenggelam. Takat nak rasa cuak tu cukup la..

      Delete
  6. Salam.. macam mana dr hatyai nak ke danok ye? better naik transport ape utk lebih jimat (2 atau 3org)? dari mana nak dapat mini van tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf tak berapa dapat membantu. Sebab hari tu saya balik dari Hatyai, pergi ke Padang Besar dengan menaiki train. Rasanya, macam boleh ke stesen bas di Bandar Hatyai untuk dapatkan van.

      Delete
  7. thanks bro for information....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. No big deal. Harap information membantu.

      Delete
  8. Nice bro, aku pun selalu travel solo..dah follow blog ko hehe, harap boleh follow blog aku gak www.mytravelcerita.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih... InshaAllah..

      Delete
  9. As salam
    Nak ke tempat naik gajah and masjid tu x boleh naik grab ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je pakai Grab. 2 tempat tu masih kawasan berdekatan jugak. Cuma waktu ni, saya takde capaian internet. Dan penggunaan tour guide sewa kereta sendiri sangat memudahkan pergerakan.

      Delete
  10. assalamualaikum.. nak tanya, macam mana nak dapatkan tour guide utk ke municipal park sana tu? kalau nak guna grab or tuktuk ke area sana and balik ok ke eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Rezeki saya waktu ke sana, jumpa ada group ni yang sangat memudahkan perjalanan saya. Tour Guide mudah didapati di sekitar Lee Garden tu. Cuma kene memilih antara yg buat service tuk tuk dan private car tu.

      Boleh je nak guna service grab utk ke Municipal park tu. Takde masalah. Tapi leceh nya sebab nak merayap ke beberapa tempat lain di sekitar tu je pulak.

      Delete
  11. Assalamualaikum..... camne nk dpt teksi moto tue..... ade guna apa2 aps ke mcm uber??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Motor yang saya naik tu terletak berdekatan dengan lokasi nak naik tuk-tuk je. Actually, saya nak naik tuk-tuk, tapi sebab saya seorang je, dia suruh naik motor je.

      Mungkin boleh request kat tempat motor bersusun tepi kawasan tuk-tuk tu.

      Delete
  12. salam.. saya akan solo travel ke hatyai april ni.. naik ets pergi balik.. cumanya tiket ets saya dr padang besar ke kl jam 1115 pagi.. sempat ke ye dari hatyai pagi tu nak kejar ets ni.. tetiba risau pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya, sempat je nak sampai tu. Kalau naik train dari Hatyai tu, ambil masa dalam sejam je. Maksudnya, kalau ambil train pagi tu, dah boleh sampai Padang Besar dalam jam 9.30pagi. Pusing-pusing hal imigresen semua, elok tanpa rushing pun utk tiket ETS tu.

      Selamat Bercuti!!

      Delete
  13. Hi,
    Thanks for the info. Macam nak jejak sana bulan doblas ni :)

    ReplyDelete
  14. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel & travel insurance. Kalau berminat boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete