Monday 28 August 2017

Kembara Jepun : Gunung Fuji

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, aku buat entry yang berebza bagi setiap bandar yang aku kunjungi. Sebab untuk memudahkan fokus kepada sesebuah tempat.

Berikut aku sertakan pautan link ke Entry lain.
Itinerary Penuh Travel Jepun

Kembara aku kali ni adalah : FUJI!!

1.0) Pendahuluan

Kembara aku untuk menatap Fuji, hanyalah di sekitar pekan Kawaguchiko. Iaitu sebuah pekan di area kaki gunung Fuji, dan terdapat sebuah tasik kawaguchi, yang merupakan salah sebuah dari 5 tasik yang ada di sekeliling gunung Fuji. Pekan ni mempunyai jaringan yang lengkap termasuk la stesen tren dan bus. Pekan ni menjadi tumpuan pelancong sebab sesuai untuk tengok seketul gunung Fuji. Tapi kalau nak mendaki tu, tempat ni kira jauh lagi la nak sampai. 
Aku dan Fuji.

Walaupun, ia agak pekan style, tapi dia ada taman tema di sini yang meriah. Cuma bagi aku, prefer datang sini untuk menyaksikan view dan rehat sahaja sambil mengagumi ciptaan - Nya.

Aku hanya balik hari sahaja ke Kawaguchiko. Jadi aku hanya ada lebih kurang 7jam sahaja untuk merayap di Kawaguchiko. Maka, banyak jugak la tempat yang aku tak pergi, seperti padang bunga matahari tu, taman bunga lavender dan shrine kat sini.

2.0) Review Peribadi

Pengalaman menyaksikan sendiri gunung Fuji yang sinonim dengan Jepun sejak dari zaman kanak-kanak, memang buat aku rasa excited nak pergi. Bila nampak puncak nya pulak, lagi la rasa seronok. Dengan frost di puncak gunung nya. Tapi waktu aku pergi ni, agak kurang bernasib baik, sebab lama menunggu, baru nampak puncak Fuji. Tu pun nampak puncak je. Tak nampak penuh pun.. Huhu.

3.0) Perjalanan;

Perjalanan aku dari Shinjuku Terminal pada jam 8.00am. Gaya Jepun, memang jam 8.00am la bas bertolak, bukan nak baru nak bukak pintu bas yerk. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam sahaja sepatut nya, tapi sebab ada trafik jammed, menyebabkan kelewatan hampir 1jam. Perjalanan bas biasa je, membawa keluar dari bandaraya Tokyo, menghala ke kawasan pergunungan. 

Sedikit peringatan, tiket untuk ke Fuji ni aku beli 2minggu awal sebelum bertolak ke Jepun. Haaaa.. itu la penting nya planning Itinerary properly. Maka dah tahu nak ke mana. Sebab waktu aku beli tu pun, trip bus yang awal dah habis, maka aku kene ambil yang agak lewat sikit. Kesan nya, waktu kami berfoya-foya di Fuji berkurangan. Setelah beli tiket secara online awal-awal, hanya nak kene bawa printed tiket yang masih belum di bayar tu ke kaunter di Shinjuku Terminal. Dah pergi ke sana, baru bayar dan redeem tiket bus yang betul punya. 

Sebagai altenative, boleh juga ke Kawaguchiko dengan menaiki tren. Tapi kos nya adalah 2kali ganda berbanding naik bas. Tiket bas adalah lebih kurang JPY3500 (MYR140) untuk pergi balik. Kalau naik tren, JPY3500 tu baru cukup untuk sehala pergi je. Huhu.

Rasa excited bermula, apabila dah mula boleh nampak puncak Fuji, walaupun masih jauh lagi perjalanan. Waktu dalam bas ni, nampak dah je puncak nya, tapi bila sampai sana, nak kene tunggu pulak lagi. Huhu.

3.1) Kawaguchiko Station;

Aku sampai sana pun dah dekat jam 11am. Terus ke kaunter tiket di situ untuk beli Kawaguchiko Sightseeing Retro Pass. Lebih kurang macam tu la nama dia. Kosnya adalah dalam JPY1200 (MYR48). Tapi bila aku fikir balik, macam membazir la plak aku beli pass tu sebab: 

  1. Pass tu hanya ada untuk 2 hari. Padahal kitorang duk sana dalam 7 jam je. 
  2. Bukan banyak tempat pun aku pergi kat sana. Kalau takat beli tiket satu destinasi demi satu destinasi pun, rasa nya macam lagi murah kot. 

View pekan Kawaguchiko.

Belakang stesen ni je pun, dah boleh nampak Fuji. Kalau ada rezeki, nampak la. Huhu. Aku cuma nampak waktu nak balik Tokyo dah je. 
Nampak Fuji dari stesen.


3.2) Kawaguchiko Ropeway.

Dari stesen Kawaguchiko tu, aku naik bas yg straight je sampai ke Ropeway. Nak jalan kaki pun boleh je ke sini. Tapi dah beli pass kan, jadi aku pakai je la. Tempat ini adalah sebuah kereta kabel yang akan membawa aku naik ke puncak bukit dengan lokasi yang menarik. Satu side kat puncak tu, aku boleh nampak Fuji dengan jelas. Satu side pulak lagi, aku disajikan dengan view tasik Kawaguchi yang sangat luas dan cantik.
Entrance nak naik ropeway.

Aku habiskan masa agak lama jugak di puncak tu sebab mengharapkan keajaiban boleh nampak puncak Fuji. Nampak nya nasib tak menyebelahi aku waktu tu. Dari mula aku sampai puncak, sampai turun, kejap je nampak puncak nya. Tu pun dalam 5 minit saja. Huhuhu.
Side yang menampakkan tasik.

Side yang sepatutnya, nampak Fuji.

Di bahagian bawah stesen ni, ada orang jual souvenir dan buah strawberi. Aku cuma tempting dengan buah strawberry tu. Merah menyala warna nya. 
Ada kawasan macam tempat hiking. Kalau rajin la..


3.2) Lake Kawaguchi Excursion Ship En Soleil

Jalan kaki sahaja dari tempat Ropeway tu, terus sampai ke jeti untuk naik cruise ni. Tiket nya pun, aku dah beli waktu naikkereta kable tu, sebab dia macam ada pakej, beli sekali. So, sebab aku dah memang confirm nak naik cruise ni, so aku beli je la sekali. 
Di pinggir tasik, berdekatan dengan jeti.

Aktiviti kat sini lebih kurang macam cruise menerokai tasik Kawaguchi yang luas. Kat sini, memang aktiviti nya layan view sahaja. Dapat melihat keindahan alam bumi Fuji dari perspektif berbeza. Dari tasik, memandang ke puncak bukit. Tengok pekan nya. Macam tu je la. 
View dari atas cruise.
View lagi

View jugak lagi
Seronok dan tenang je rasa.
Ada macam tempat nak bergambar atas cruise tu.

3.3) Alladin Indo Restaurant

Ini adalah tempat kami melantak sebentar. Dari carian aku di HalalNavi, kedai ini merupakan satu-satunya kedai makanan halal yang ada di kawasan Fuji tu. Maka kalau rasa nak stay lama kat sana, make sure ada bekalan makanan yang banyak. Kedai ni terletak bertentangan dengan Lawson's Mart. Seberang jalan je.
Restaurant yang warna orange kat belakang kawan aku tu.

Kedai makan ni, menyajikan makanan India. Jujurnya, tak berapa kene dengan selera aku. Tapi, aku kene terima hakikat, yang aku tak bawak bekalan makanan ke sana, dan ini je kedai yang ada. Huhu.
Ada duit dari pelbagai negara ditampal di dinding belakang kami tu. Ada RM5 dari Malaysia.


3.4) Natural Living Centre.

Dari kedai makan tadi, aku boleh naik bas nyer terus ke stesen bas last sekali.. Aku tak ingat nombor berapa stesen ni. Tapi antara stesen yang paling ramai turun la. Masuk ke tempat ni adalah percuma. Sepanjang perjalanan tu, aku memang ada nampak beberapa tempat lagi yang macam menjadi tarikan di sini, tapi macam kene bayar je.. Then, memikirkan yang aku hanya ada 7 jam sahaja di Fuji, jadi aku pilih destinasi yang simple je.
Nampak pun puncak Fuji.

Di Natural Living Centre ni, aku dikurniakan nikmat untuk melihat Fuji. Awesome!! Walaupun hanya mampu lihat puncak nya sahaja dan, bukan nya dapat tengok top to toe Fuji tu, itu pun sudah mengujakan warga Malaysia yang jauh travel ke Fuji nih. 
Lanskap di sana.
Fuji lagi.

Natural Living Centre ni kira macam boleh nampak direct ke gunung Fuji, di samping tu, ada beberapa landskap kreatif di sini, dengan bunga warna purple nya, menambahkan keindahan pemandangan di tempat ni.
Fuji dan lanskap.
Fuji semakin jelas.

Selesai melawat Natural Living Centre ni, kami pun ke stesen Kawaguchiko semula dan bersiap sedia untuk pulang ke Tokyo. Perjalanan balik ke AirBnB di Tokyo malam tu agak lancar. Trafic jammed dah tak teruk sangat, tapi sebab aku dah agak penat, maka sekadar membeli makanan di Lawson's Mart sahaja sebagai menu dinner.
4.0) Kesimpulan;

Sebenarnya, ada macam-macam lagi keindahan yang boleh dilawati di kawasan Fuji ni. Antaranya adalah Fuji Shibazakuren Festival. Festival ni hanya ada pada musim bunga. Waktu nak pergi tu, aku dah survey dan tengok live update kat sana. Disebabkan aku di sana ketika penghujung musim bunga, suasana kat sana dah agak kureng. Bunga pun dah banyak habis. Lagipun, nak ke festival tu, aku kene naik bas lain yang lbh kurang sejam lagi perjalanan. Maka daily travel dari Tokyo ni, kurang sesuai untuk ke festival tu. 

Selain itu, ada juga Arakura Sengen Shrine iaitu tempat yang view nya, selalu keluar kat Google tu, view nampak Fuji, sambil nampak menara pagoda shrine. Ni la tempat nya. 

Di sana juga ada Saiko, Iyashi no sato Nemba, perkampungan ninja katanya. Boleh berkostum di sana.

Maka aktiviti di Fuji, memang sangat sinonim dengan aktiviti relax dan enjoy natural.

Sekian, Terima Kasih.
Firdaus H.

4 comments:

  1. booking bus online guna website ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk perjalanan dari Tokyo ke Fuji, saya book tiket secara online di website ini.
      tapi tak bayar lagi. Bawa slip booking ke terminal baru, bayar dan redeem actual tiket nya.

      www.highwaybus.com.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete