Sunday 13 August 2017

Kembara Jepun : Tokyo

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mengikut kepada urutan hikayat pengembaraan aku ke Jepun, maka bersambung la perjalanan aku ke Bandar Tokyo pula, ibu negara bagi Jepun dan sangat kompleks dengan teknologinya. Untuk itu, aku luangkan selama lebih kurang 2 hari untuk menerokai Tokyo.

Dalam hikayat pengembaraan Jepun aku, Tokyo ini merupakan destinasi terakhir selepas Osaka dan Kyoto, di samping escape sekejap ke Fuji, dan seterusnya naik flight pulang ke Malaysia. Berikut aku sertakan tentatif penuh pengembaraan kami di bumi Jepun secara menyeluruh. 
Itinerari Penuh Kembara Jepun : Osaka - Kyoto - Fuji - Tokyo

Ini pula catatan kembara aku di Osaka;
Kembara Jepun : Osaka

Dan kembara Kyoto;
Kembara Jepun : Kyoto

TOKYO.

1.0) Pendahuluan;

Sebenarnya, aku spend 3hari, 2 malam di Tokyo, tapi 1hari, aku escape sekejap ke Fuji dengan bergerak dari Shinjuku Terminal. Jadi, masa yang aku ada untuk merayap di Bandaraya Tokyo adalah lebih kurang 2hari. Tu pun dah penat. Tapi dalam entry ini, aku hanya akan fokus kepada Tokyo. Fuji, akan aku tulis dalam entry yang lain.

Kembara kami di Tokyo, semuanya depend pada tren. Jadi kemestian untuk aku beli Suica Card atau Pasmo Card. Function bende ni macam kad Touch n Go.

Cuaca sewaktu aku di sana adalah di hujung musim bunga. Tapi agak sejuk. Pakai jaket tu kira OK la. Tak pakai jaket pun OK je. Tak menggigil pun. Osaka dah panas terik, tapi Tokyo sejuk lagi. Huhuhu.


2.0) Review peribadi;

Bandaraya Tokyo sangat sinonim dengan kemodenan dan kecanggihan teknologi nya. Maka , kebanyakkan tarikan yang ada di sini juga adalah lebih kepada teknologi dan elektronik. Nature ni tak banyak la. Tinggalan sejarah juga tak banyak di sini. Ada la juga beberapa taman kat sini, yang macam nak layan nature kejap, tapi bagi aku, kurang menarik sangat la. Mungkin sebab dah tengok view taman banyak kali. 

Tapi tetap menarik dan mengujakan untuk menerokai bandaraya besar ni.


3.0) Perjalananku;

Aku menaiki bas dan tido dalam bas satu malam dari Kyoto ke Tokyo. Perjalanan aku tu mengambil masa selama 12 jam. Normal nya, dalam 8 jam sehaja. Tapi sebab ada trafic jammed, makan extand la sampai 4 jam lagi. Merengkuk aku dalam bas tu tunggu nak sampai ke Tokyo. Dah puas berdengkur dan tido dah pun ha, tak sampai-sampai jugak lagi. Aku sampai Tokyo dalam jam 10.00pagi di Terminal Shinjuku. Dengan muka tak mandi, aku takat cuci-cuci muka je kat tandas awal di terminal bus tu.
Baru turun dari bas di Shinjuku Terminal.

Seterusnya, aku pergi settlakn untuk redeem tiket bas ke Fuji keesokkan hari nya. Kemudian aku bergerak membeli Kad Suica. Sebenarnya, aku nak beli Pasmo Card, sebab Pasmo Card punya sistem yang akan pulangkan balik semua baki dalam kad bila nak balik Malaysia nanti. Berbanding Suica Card, yang akan kenekan charge bila ada baki dalam kad tu. Tapi sebab Shinjuku Terminal tu, aku cuma jumpa tempat nak beli Suica Card sahaja, maka aku layan kan je la.

AirBnB - Koenji

Selesai semua tu, aku bergerak nak check-in ke AirBnB beralamat di Suminoe. Tempat ni senang giler nak pergi sebab naik 1 tren sahaja, direct terus sampai ke stesen Koenji.
Kawasan kejiranan AirBnB aku.

Aku bernasib baik sebab owner AirBnB bagi check-in awal dalam jam 12.30 tgh hari. Biasanya, boleh check-in dalam jam 3.00petang je. Memandangkan, badan aku dah melekit tak mandi lebih 24jam ni, maka aku ambil peluang ni untuk rehat dan bersuci kejap. Selepas siap mandi semua tu baru la pengembaraan sebenar kami bermula.
Boleh la untuk kami bertiga duk dalam tu.

Host yang sangat membantu dalam bagi maklumat dan perjalanan nak ke rumah tu. Siap dengan direction bergambar untuk aku sampai. Kawasan yang aku duduk tu juga ada macam kemudahan seperti Lawson's. Tapi rupanya, host inform aku yang masyarakat Tokyo masih belum boleh terima mengenai AirBnB ini. Jadi ada beberapa pesanan yang dia beri supaya aku tak expose kan activiti dia ni kepada masyarakat setempat. Contohnya, kalau orang tanya pada kami, juz kata kami nak jumpa owner berkenaan dengan bisnes Kimono. Jangan sekali-kali sebut pasal AirBnB. Haa. Pasal sampah pun dia tak bagi kami handle. Hurmm.. Banyak nak kene faham sikit pasal bende nih.

Next, Summary perjalanan kami di Tokyo adalah seperti berikut;

Day 1: 
Central Tokyo.

Day 2:
Fuji.

Day 3:
Western and Southern (menghala ke Airport Haneda).

Kali ni aku tak perlu mencari locker bag dah, sebab barang-barang semua kami dah tinggalakn di AirBnB. Time ready nak merayap ni, actually dah agak lewat. Dalam lepas zuhur jugak la.

3.1) Kaminarimon Gate - Asakusa Street.

Kawasan ini lebih kurang macam Petaling Street. Banyak menjual cenderahati. Memang sesuai nak membli souvenir untuk orang kampung. Memang nampak murah berbanding tempat lain, tapi, murah dia tu still dalam range harga dan currency sana la jugak.
Gate besar kat tepi aku tu dengan tanglung besar nya.

Perjalanan aku ke sini, tak susah sangat pun. Sebab memang ada stesen tren yg dekat dengan tempat tu. Paling best aktiviti di sini, adalah sebab kat sini ada Green Tea Ice Cream yang halal. Yes, kat Jepun memang banyak kedai ais krem, tapi susah nak jumpa yang certified halal. Dari Kyoto, aku duk memendam rasa tengok kedau tepi jalan tu jual Ais krem, tapi tak berani nak try kerana stigma aku sendiri. Bila sampai kat area Asakusa tu, nampak kat kedai tu ada cop halal. Hahaha, terus beli 2 yer.
Hadap nak makan ais krem green tea. Halal.

Sambil jilat ais krem tu, kami pun berjalan merayap ke Kaminarimon Gate tu. Terkenal dengan tanglung besar dia tu. Kat situ ada shrine jugak. Tapi aku memang dah kurang berminat nak tengok shrine dah. Juz tengok dari jauh je la. 
View di dalam.


Macam Petaling Street.
Kat kawasan ni jugak, ada banyak orang buat service beca tarik Jepun. Ada la nampak orang laki pakai tight warna putih ready nak tarik beca kat depan Kaminarimon Gate tu. Tapi aku tak try la naik. Motif la sangat aku nak naik kan.. 
Lunch kami di kedai Kebab Turki ni. Halal.

Kami sempat lunch di sebuah kedai kebab yang hanya ada 3 seat untuk pelanggan nya. Maka, tak mampu la kami nak makan sambil layan rasa kebab tu. Sebab time aku makan tu, dah ada satu family tunggu kat luar pun. Huhu.


3.2) Tokyo Skytree.

Dari Kaminarimon Gate, aku berjalan ke Tokyo Skytree. Ingatkan dekat je bende tu. Sebab aku boleh nampak la Tokyo Sky Tree tu. Sekali bila jalan, ber'huhu' la kami. Mujur la hari tu, tak banyak sangat lagi jalan. Nak kene stretching kaki elok-elok.
Nampak Tokyo Skytree dari area Asakusa.

Sampai kat Tokyo Sky tree ni, nampak gah la dengan gaya menara yang tinggi di samping teknologi canggih nya kat situ, Design yang kemas untuk hiasa na tingakt bawah bangunan nya. Menara ni adalah menara yang tertinggi di Tokyo dan baru dibina. Asalnya aku ingt Tokyo Tower lagi awesome, rupanya, dah ada saingan baru kat situ.
Jauh lagi rupanya.
Tak naik, tapi tetap nak bergambar. hehehe.

Nak naik tower tu, kene bayar dalam JPY2000 (MYR80). Terus aku batalkan niat nak naik nya. Juz jalan-jalan kat tingkat bawah tu je la. Hahahaha.
3.3) Akihabara - Electric City.

Seterusnya, aku naik tren ke tempat ni. Sebuah tempat yang sangat sinonim dengan kedai barangan electric dan gajet nya. Memang banyak menjual barangan electrik je kat sini. Kira macam Lowyat yang jauh lagi awesome.Sini takde la tempat nak melawat sangat, lebih kepada shopping barangan electric dengan so-called, beli kat Japan. tu pasal meriah kat situ.
Meriah bill board nya.

Actually, kawan aku nak mencari jam G-shock. Tu pasal gigih merayap ke sini. Dan hasil dari survey kami, mendapati kedai yang menjual jam paling murah adalah di kedai "Bic Camera". Kedai lain tu ada jugak jual jam G-shock, tapi harga nya tak compatible dengan kedai Bic Camera tu.. 
Yang kat belakang aku tu adalah satu mall electronic dia kat sana. 

Walaupun tempat ni tidak menyajikan keindahan semula jadi, tapi tempat ni wajib pergi untuk tengok kemeriahan bill board di sepanjang kawasan ini. Tiba-tiba jadi seronok nak bergambar dengan BillBoard. Hahaha.
Orang masih ramai kat sana walaupun dah agak lewat.

Selesai merayap beli jam, aku pun balik ke AirBnB aku untuk berehat. Dan pastinya, aku nak kene balik awal sebab trip aku ke Fuji esok adalah agak awal pagi, dalam jam 8.00pagi aku dah kene ada kat Shinjuku Terminal. Malam tu pun, aku just makan Onigiri dan susu saja. 

========================== Day 2 - Trip to Mount Fuji============================


========================== Day 3 - Kembali merayap di Tokyo=====================


3.4) Shibuya Zebra Crossing

Hari ni adalah hari terakhir dalam kembara aku di bumi Jepun. Maka, dalam sendu nak balik, tetap rasa excited nak hirup udara Malaysia, dah rindu rumah dah gaya nya. Untuk hari ni, kami kaan travel ke arah selatan Tokyo, sekaligus menghala ke Haneda International Airport, di mana tempat untuk kami berlepas balik ke Malaysia. Memandangkan plan nya macam tu, maka aku terpaksa la memikul backpack aku sepanjang hari ni sampai la ke malam utk berlepas di Airport.
Jumpa Sumitomo.

Dari Shinjuku, kami singgah ke Shibuya sekejap. Kat situ, sebenar nya masih sama lagi dengan tarikan bandaraya nya. View bandar yang banyak. Tapi aku excited nak tengok zebra Crossing yang paling sibuk sekali tu. Ia jadi sibuk sebab orang boleh cross dari 5 arah kat crossing tu. Ini yang menyebabkan ia jadi sangat sibuk.
Selfie


Belakang aku tu la zebra crossing nya.
So, antara bende yang best kat situ adalah - selfie di tengah jalan. Muahahahaha.
Kedai Bic Camera.
Ramai orang kat situ.


3.5) Odaiba (Aqua City-Divercity- Rainbow Bridge)

Dari Shibuya, aku ke area Odaiba. Sebenarnya, kawasan ni ada beberapa tempat tempat menarik yang dibina dan dikumpulkan di kawasan yang sama jugak. 
Aquacity dekat je Fuji Building
Rehat jap.

Antaranya adalah;
- Aquacity- mall.
- Divercity - Mall juga.
- Rainbow Bridge. - Jambatan ni boleh tengok je. takleh berenti bergambar atas tu.
- Gundam Statue - tapi sayang, time aku pergi tu, statue tu baru je dialihkan untuk diganti dengan gundam yang lagi besar.
- Fuji Building - Kalau perasan, bangunan ni ada dalam cerita Digimon 1st generation. Waktu zaman Taichi melawan Devilmon sambil mencari kanak-kanak terpilih ke-8.



Tu ha rainbow bridge.
Di depan tu ada satu dataran yang panjang, maka ramai-ramai la orang bergambar kat depan tu, sebab dari situ, sambil tengok ke arah Rainbow Bridge direct depan aku. Tapi sebab siang, takde la nampak rainbow nya. 
Beberapa attraction di kawasan Odaiba.


Aku lunch kat sini dulu. Dalam Aquacity tu ada kedai makanan halal yang menyajikan Soba, salah satu makanan tradisi Jepun. Kepit mee soba dia, then celup ke dalam kuah kicap nya, baru angkat dan makan. Dah habis aku makan, baru tau cara betul makan bende tu.

Kedai makan Halal tu.
Ini la juadah aku.

3.6) Haneda International Airport.


Lepas lama melepak dan menghayati pemandangan terkahir di Jepun, aku bergerak ke Haneda International Airport. Prepare untuk balik dah pun. Hati pun dah mula macam meninggalkan Jepun. So, takde la kami nak sangat merayap dah petang-petang camtu.
Doa apa ntah orang tulis kat belakang tu.

Kat Airport tu ada surau. Jadi kami tunggu la kat situ dari Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak kat surau tu je.
Missing home.

Airport tu cantik jugak. Ada la beberapa scene yang menarik untuk pengunjung bergambar. 
I coming home.
Jam11.45 malam, aku bertolak balik ke Malaysia. Subuh esok tu aku sampai ke KLIA2 dalam keadaan hujan lebat. Patut la bergegar je flight malam tu. Tapi yang paling awesome dalam flight tu adalah, pilot dia bagi Salam setiap kali nak bercakap. Mungkin ia nampak kecil je, tapi rasa macam best giler, bila naik international flight, dan dengar pilot bagi Salam. 


4.0) Kesimpulan.

Maka berakhirlah kembara aku di bumi Jepun yang penuh dengan kenangan manis. Antara kesemua bandar-bandar yang aku terokai, aku rasa , paling best kat Kyoto kot.. Tapi walau best camne pun, tetap jugak aku rindu kan Malaysia. 

Now I understand when people said - Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih seronok di negeri sendiri.

Sekian, terima kasih.






4 comments:

  1. ASSALAM,

    TIKET NAK KE FUJI ADA WAKTU2 DIA KE?
    BOLEH TAK BELI TIKET BUS KE FUJI DIRECT KAT SHINJUKU TERMINAL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Trip saya ni tahun lepas, mungkn dah banyak yang berubah.

      Untuk tiket ke Fuji, ada waktu-waktu dia. Style Jepun, memang ada schedule dia. Dicadangkan beli online sebab boleh beli awal. Waktu saya beli dulu, seminggu awal, dah banyak trip bas yang penuh. Bila choose time, tak lepas nak proceed, rupanya sebab tiket dah habis.

      Selepas booking kat web online (https://japanbusonline.com), Print resit book online tu, bawa ke terminal di Shinjuku Terminal untuk bayar dan redeem actual tiket.

      Harap membantu.

      Delete
  2. salam,
    bas dari kyoto ke tokyo tu beli dekat website mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam tuan, Saya bergerak dari Kyoto ke Tokyo menggunakan perkhidmatan Willer Bus. Bas biasa je tu dengan 4seat per row. Boleh survey route lain di web mereka. Harap membantu.

      http://willerexpress.com.

      Delete