Showing posts with label Utara. Show all posts
Showing posts with label Utara. Show all posts

Saturday, 13 October 2018

Roadtrip: Itinerari Singgah Menuju ke Penang.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Merasakan perjalanan itu lebih bernialai untuk dinikmati berbanding destinasi akhirnya, maka boleh la mencuba untuk membuat road trip yang santai ke Utara.


1.0) Pendahuluan

Sebenarnya perjalanan roadtrip dah lama aku buat, tapi merasakan ada beberapa teman yang bertanya kepada aku, tentang itinerary yang best menghala ke utara. Jenis yang nak pergi ke Penang, tapi sambil tu menyinggah ke beberapa destinasi sepanjang jalan. Bukan sekadar nak pergi dan sampai Penang saja.

Fikir balik pun, banyak je tempat menarik sepanjang jalan tu yang boleh disinggahi. On the way je pun kata orang. Maka, aku share la balik tempat-tempat yang aku merayap waktu perjalanan roadtrip ni hari tu.


2.0) Background Perjalanan.

Period: 4hari 3 malam. 
Bajet: RM500 Seorang Sebab banyak devide dengan kawan aku.
Method: Naik kereta Proton Saga FLX SE.

3.0) Itinerary:

Hari Pertama:
Musafir bermula hari Khamis pagi. 
1) Sungai Klah Hot Spring.
2) Gua Tempurung, Gopeng.
3) Lata Kijang, Tapah.
4) Tasik Cermin, Ipoh.
5) Food Hunting makan Ketam Lembut, Kuala Gula.

=== Bermalam di Parit Buntar ===

Hari kedua.

6) Tree top Walk, Sungai Sedim, Kulim
7) Candi Lembah Bujang, Merbok.
8) Turun semula, naik Feri menuju ke Pulau Pinang.
9) Dinner di Padang Kota.

=== Bermalam di Georgetown ===

Hari ketiga

10) Bukit Bendera
11) Merayap di Georgetown. Street Art. Komtar.
12) Jeti Lumut.

=== Bermalam di Lumut ===

Hari keempat

13) Menara Teluk Intan, 
14) Ziarah kawan waktu study di UMP dulu.
Balik menuju ke Shah Alam.


4.0) Perjalananku:

Seperti yang aku katakan di awal tadi, trip ni dah lama aku buat, jadi untuk aku ceritakan perjalanan aku tu, agak susah la sikit. Dah lupa banyak dah. Sekadar boleh dijadikan sebagai panduan la sikit untuk merancang road trip macam ni juagk.

Perjalanan bermula pada hari Khamis. Aku memang apply cuti selama 2 hari sebab nak kene arrange cuti. Tak nak la dah hujung tahun baru nak sibuk habiskan cuti. So, total perjalanan dalam 4 hari tu dikira cukup termasuk dengan menziarahi kawan-kawan. Ni antara advantage kalau travel roadtrip local. Sebab boleh selitkan agenda untuk menziarahi kawan- kawan yang berada dalam laluan roadtrip nih.

Bergerak dari Shah Alam dalam jam 9 pagi camtu la.. lepas siap sarapan dan agak-agak jammed dah mula reda untuk aku drive keluar dari Klang Valley ni.

Hari Pertama
1.1) Sungai Klah Hot Spring.

Tempat ni menjadi destinasi pertama memandangkan lokasi nya pun antara yang paling dekat dari KL menuju ke utara. Best nya sebab aku pergi ni adalah seminggu lepas public holiday yang panjang. Maka keadaan di sini adalah sangat lengang. Kosong. Rasa macam aku sewa satu waterpark tu plak.


Memang seronok aku berendam macam rumah sendiri plak. 



1.2) Gua Tempurung. 

Seterusnya, aku singgah di Gua Tempurung ni plak. Tapi aku tak ambil pakej yang merayap lama-lama dalam gua tu. Dengan pakai selipar je, nak masuk gua tu memang tak sesuai la. Sekadar maklumat, ada beberapa pakej untuk masuk ke gua ni. paling singkat, dalam 30 minit saja. Paling lama pula, 4jam. 

Kalau yang 30minit tu, sekadar jalan light saja tengok rupa dalam gua tu. Untuk pakej yang 4jam tu, pengunjung akan dibawa masuk lebih ke dalam. Sampai merayap ke bahagian gua batu kapur berdebu dan juga gua bawah yang ada air menitik yang dinding dia macam marmar tu. Siap ada aktiviti macam sliding dan berendam dalam air lagi. 

Gua ni memang besar. Muat la kalau nak bina sekolah dalam tu pun. 


1.3)  Lata Kijang.

Di sini, aku sekadar jalan-jalan je.. tak mandi pun sebab dah puas mandi di Sungai Klah tadi. Sempat la aku hiking light-light sampai ke jambatan gantung nya. 


View di sini cantik jugak la. Bahagian bawah nya sesuai la untuk aktivit riadah keluarga. 


1.4) Tasik Cermin, Ipoh.

Tasik ni dah terletak dalam kawasan bandar Ipoh. Tempat nya cantik dan kerap menjadi pilihan pembikin filem. Sebab keindahan nya yang tak terusik dan agak hidden.

Sebenarnya, banyak lagi tempat untuk dilawati di Ipoh, tapi sebab aku yang kurang berminat untuk spend banyak masa di Ipoh untuk road trip kali ni. Next time inshaAllah.


1.5) Kuala Gula.

Tempat ni agak jauh dari Ipoh. Dah menghala ke kawasan Perak, nak masuk ke Kedah dah pun. Berdekatan dengan Parit Buntar. Jadi memang jauh jugak la perjalanan dari Ipoh tu. Keunikkan di sini adalah antara kawasan penternakan Ketam Lembut yang popular. Ketam lembut tu adalah ketam yang kulit dan cengkerang dia lembut boleh makan, kulit dia tu lembut sampai rasa macam gigih kertas je. tak kerasa macam cengkerang yang biasa kita jumpa tu.. Jadi boleh makan seekor terus telan. 


Di Kuala Gula ni ada restoran terapung untuk makan ketam lembut ni.

Seterusnya aku bergerak ke Parit Buntar. Dalam setengah jam perjalanan saja. Di kawasan Kuala Gula tu, hotel nya agak mahal. Jadi aku cari la ke kawasan Parit Buntar. Makanan pun lagi senang nak dapat kat sana.

Maka tidur bermalam la aku di Parit Buntar. Hotel semua aku walk-in saja. Sebab memang dari awal, tak confirm aku akan bermalam di mana. Tu pasal aku tak book hotel dari awal tu. Bajet untuk hotel aku letak bawah RM100. Hotel biasa-biasa takde sarapan pun OK je..


Hari kedua.

2.1) Selepas sarapan di sekitar Bandar Parit Buntar, aku meneruskan perjalanan ke Kulim. Jarak nya dalam 2jam jugak la perjalanan dari Parit Buntar. Uniknya tempat ni sebab ada tree top walk. 

Bagi aku, sungai nya macam something amazing la. Rasa relax sangat bila aku berendam dalam sungai tu. Nampak air nya macam tenang, tapi bila masuk ke dalam air tu, sebenarnya air di situ deras. Deras yang tak boleh nak lepas budak-budak macam tu je. 

Solat jumaat di kampung sekitar Sungai Sedim.


2.2) Candi Lembah Bujang.

Kalau dalam buku sejarah, direkodkan Lembah Bujang ni sebagai antara kawasan tamadun awal di Asia Tenggara, maka kali ni aku sendiri menjejakkan kaki ke tempat ni. Walaupun takde la candi yang besar macam Borobudur ataupun Angkor Wat, tapi merasa jugak la aku melawat tempat yang aku tengok bertahun-tahun dalam buku sejarah dulu. 

Yang pasti, tempat ni memang terjaga. Sesuai la nak berjalan dan merasa ahli serjarah sekejap di sini.


Maka Lembah Bujang ini merupakan destinasi paling utara untuk roadtrip aku kali ni. Aku turun semula menghala ke Pulau Pinang mencari destinasi lain pula untuk dilawati secara santai di sana.

Aku sampai Penang dah agak lewat petang. Aku masuk ke pulau dengan menggunakan Feri. saja layan angin senja tepi feri. Mengkiut kepada keadaan, dah agak lewat, jadi aku sekadar terus mencari hotel di sekitar Georgetown untuk berehat malam ni. Perjalanan untuk hari kedua, tak banyak tempat yang aku pergi, tapi banyak masa habis ke perjalanan sebab jarak nya yang dah agak jauh antara satu tempat tu.


2.3) Padang Kota.

Malam tu aku keluar sekejap untuk makan di kawasan Padang Kota. Tempat ni well known untuk makan Pasembur. Lepas makan, terus lelap. Esok dah plan nak merayap di sekitar Georgetown.

 
Hari ketiga.

3.1) Bukit Bendera.

Pagi-pagi lagi terus bergerak ke Bukit Bendera ni. Mujur waktu aku sampai tu orang tak ramai lagi denagn pelancong dan jugak dengan rombongan sekolah. Mengikut jadual, aku merayap di Georgetown ni pada hari sabtu. Maka memang expect orang ramai la jugak di kawasan sana. 

Di samping merasai pengalaman menaiki kereta api baru nya naik ke atas tu, terdapat juga beberapa kedai makanan ABC dan buah yang sedap di atas tu. Dengan sejuk-sejuk pagi lagi aku dah hadap ABC sebagai sarapan. 


3.2) Street Art, Georgetown.

Turun dari bukit bendera, aku terus menuju ke area Fort Cornwallis. Senang cerita area tengah Georgetown. Aku pilih untuk berjalan kaki merayap. Lagipun, kawasan tu memang lagi senang jalan kaki je. Sebab ada banyak street yang meriah dengan Art tu, tak boleh masuk dengan kereta. Kalau boleh masuk dengan kereta pun, parking limited giler. Jadi aku pun parking kereta aku di sebuah kawasan Car Park dekat dengan Fort Cornwallis tu.. 

Maka merayap la aku mencari street art di sekitar kawasan tu.. tengah-tengah panas litlit tu plak aku berjalan kaki tu. 




3.3) Lumut, Perak.

Selesai puas merayap di Penang, aku mula bergerak untuk balik ke Shah Alam. Maka aku menyusun perjalanan aku untuk balik tapi cuba lebihkan melalui jalan dalam lagi. Aku menuju ke Lumut, area jeti untuk ke Pulau Pangkor tu.

Keluar dari Penang, aku melalui Jambatan kedua Pinang pula. Panjang sungguh la jambatan ni. Lama jugak la aku merasai pemandangan atas laut tu. Menarik.

Aku sampai dah agak lewat di Lumut pada malam tu. Jadi aku sekadar check-in hotel dan merayap light-light je di sekitar jeti Lumut tu.. ada la nampak beberapa kedai makan yang masih beroperasi dan style Uptown tu ada jugak di sana. 


Hari keempat.

Untuk hari ni aku sebenarnya dah reserve sebab nak jumpa dengan kawan kau yang dah lama tak jumpa sejak dari zaman UMP dulu. Ini la antara advantage berjalan style roadtrip ni. Senang nak selit-selit ziarah kawan. Tambah pulak kalau kawan tu stay di kawasan yang ada tempat menarik. Lagi seronok la kan.

Sembang je la yang banyak waktu ni.


4.2) Menara Condong Teluk Intan.

Sebelum bergerak balik menamatkan kembara roadtrip ni, aku singgah la ke tempat ikonik untuk kawasan Teluk Intan ni. Dah sampai tu, memang aku siap masuk ke dalam menara tu sekali la. Simple je menara ni, tapi ikonik.

Habis merayap ni, aku pun terus bergerak balik ke Shah Alam. Keesokkan nya aku nak kene kerja. Jadi baik aku sampai awal. Boleh la rehat-rehat sikit badan ni selepas travel merayap beberapa hari. 


Kesimpulan;

Gaya roadtrip ni mempunyai keseronokkan nya yang tersendiri. Malahan, dapat la jugak menerokai negara sendiri. Bila study balik, rupanya banyak je tempat menarik yang ada di sepanjang jalan tu. Kalau nak singgah semua, memang tak sempat la. 

Jadi, pergila merayap.


Friday, 17 June 2016

Kembara: Tree Top Walk, Sungai Sedim.

Hobi berlibur aku turut membawa aku menjelajah ke kawasan perlancongan bersifat air terjun dan sungai.

Pengembaraan ke Sungai Sedim ni sebenarnya adalah sebahagian dari Siri Jelajah Trans-Utara aku. Menerokai tempat-tempat menarik di sekitar Utara Semenanjung Malaysia bermula dari Sungkai sampai la ke Merbok. Yang tu, bakal aku huraikan jugak nanti.  Semua nya hanya lah travel bajet sahaja dan sebagai escape trip only.
Land mark tempat orang ambil gambar.

1.0) Pendahuluan;
Sungai Sedim terletak dalam kawasan Kulim, memakan masa perjalanan dalam 2 jam dari Parit Buntar. Dan memang agak jauh ke dalam kawasan perkampungan jugak la nak sampai ke kawasan ni. Tempat ni mempunyai beberapa lagi kawasan untuk  pelbagai aktiviti Bukit Bintang untuk Hiking, Sungai Sedim itu sendiri untuk bermandi manda dan Tree Top Walk untuk berposing gambar.

Struktur jambatan tu memang selamat.


2.0) Review Peribadi
Cantik. Terasa perjalan jauh mencari tempat yang agak pedalaman ni adalah suatu kepuasan bila sampai ke sana. Ada macam-macam aktiviti bersifat alam semulajadi kat sini. Lepas habis bergambar kt Tree Top Walk, boleh turun ke sungai pulak. Dekat- dekat je semua tempat tu. Juz untuk hiking je la jauh sikit. Dah nama pun hiking kan. Sesuai la kene jalan jauh sikit. Homestay pun banyak kat area sepanjang jalan nak masuk ke tempat tu.

Untuk Sungai Sedim , arus nya agak kuat dengan struktur batu yang longgar dan licin. Agak berbahaya untuk kanak-kanak mandi tanpa pengawasan. Orang dewasa mandi pun agak bahaya. Kene berhati-hati pilih tempat nya.
tempat bermandi manda. Tapi air dia tu dalam jugak.
Tidak mengejutkan kalau pengunjung akan alpa dan tak menjangka keadaan mencabar sungai tu kerana suasana tempatnya  yg nyaman akibat daripada rimbunan pokok di tebing sungai tu. Air sungai dia pun sejuk. Dapat port berendam, memadai la dapat parking kepala sambil tengok langit yg tak berapa nak panas sangat tu.

Untuk Tree Top Walk pula, sememang nya menjanjikan view yang melegakan. Kene naik bukit sikit dalam 200m sahaja dari tempat mandi sungai tu. Dikatakan, laluan ini adalah antara yg terpanjang di Malaysia. Tapi tidak la tinggi sangat laluan dia tu. Dalam 30kaki sahaja. Kagum jugak tengok sebab laluan ini dibina dalam keadaan sedaya upaya mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan struktur asal hutan tu.
Agak tinggi jugak la laluan nyer.
Dah nama pun posing bergambar kan.
Sesuai la untuk bergambar atas jambatan tu.
So, kat sini, memang bergambar je la puas-puas.
Jambatan dia ni memang agak jauh.
Dan untuk trip kali ni, aku tak buat hiking pun. Malas. Sebab matlamat aku memang takat nak rehat minda sahaja.

3.0) Tentatif;
Actually, tempat ni tak perlukan tentatif sangat pun. Memadai pandai agak sampai sana dalam jam berapa dan berseronok la tengok tempat tu sambil bergambar.
Cantik
Dalam trip ni, aku ada menyinggah ke Masjid berdekatan untuk solat Jumaat. Yang aku rasa unik nyer, sebab kat masjid tu dipenuhi oleh golongan "atuk" dan "cucu" saja. Golongan "bapak" macam tak ramai. Mungkin sebab banyak keluar bekerja di luar kawasan kampung tu kot.

Dan area Kulim dan Kedah tu, Masjid dia memang dibina di tepi tanah perkuburan. Dekat 10 masjid aku jumpa, semua buat style macam tu. Perjalanan masuk pun menepuhi pelbagai jenis. Kejap kawasan pekan, kejap kawasan ladang getah, kejap kawasan hutan.

Seronok la jugak tengok budaya orang Kulim ini dalam perjalanan dari Parit Buntar nak ke Sungai Sedim ni. Diorang punya loghat Kedah memang pekat la.

4.0) Kesimpuan/ Catatan ini.
Tempat ni seronok. Sesuai untuk aktivit remaja mahupun keluarga. Cuma mungkin sebab perjalanan yg agak jauh, menyebabkan orang berfikir sikit.

Sekian, terima kasih.
-Firdaus-