Tuesday 4 July 2017

Kembara Jepun : Osaka- Kyoto- Fuji- Tokyo (Itinerari Penuh)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, diberi peluang dan kesempatan untuk menerokai bumi Jepun. Sebagai rekod, ini merupakan kembara kedua aku keluar dari Malaysia. (Yang pertama adalah Vietnam). Dengan pengalaman kembara yg dulu ke Vietnam, boleh la kami survive di Jepun.
Dalam Flight. Baru nak bertolak.

Touch down di bumi Jepun. Super excited!!
1.0) Pendahuluan:
Jujurnya, aku terasa sangat puas dengan travel kali ni. Sebab kami bergerak sebagai pasukan dan aku pun merasa banyak study pasal travel kali ni. Maklum la, kitorang plan untuk travel ni setahun awal. Tapi yang betul-betul study nya, hanyalah dalam 3 bulan awal je la. Travel team aku semua pakat ambil bahagian dalam preparation. Dari study untuk intenarary, booking tix, booking airBnB dan booking tix bus.

Untuk entry kali ni, aku akan share aku punya intenarary lengkap dahulu, tapi cerita detail perjalanan aku tu, akan aku buat pada entry berasingan dan bakal aku link kan ke pagi sini semula. Sebabnya, macam banyak jugak dan panjang kalau aku menaip dalam 1 entry je. Rengsa plak orang nak membaca nya.

Untuk detail aktiviti aku di setiap bandar, boleh refer link di bawah ini;

1) Kembara Osaka.
2) Kembara Kyoto.
3) Kembara Tokyo.
4) Kembara Gunung Fuji

Di samping itu, aku juga akan share la sedikit pasal soalan lazim yang orang tanya berkenaan dengan travel ke Jepun ni.

2.0 Review Peribadi;
Amazing!!
Puas terokai dari segi nature, pembangunan hi-tech dan budaya. Pakej lengkap untuk diterokai. Dengan negara yang bersih, budaya berdisplin, tourist center yang bermaklumat dan cemerlang. walaupun complex tempat tu, tapi aku tak rasa akan sesat dan sentiasa rasa selamat je kat sana. Memang best. 
Bamboo Groove di Kyoto

Diingatkan, kembara aku ni adalah bersifat nomad ataupun backpack dengan ahli nya adalah 3 lelaki bujang yang masih bertenaga. Maka, kembara kami lebih simple, mudah dan kental. Namun kami masih mementingkan privacy dan keselesaan diri jugak la. Penat berjalan kat sana. First day aku kat sana, dah berjalan sejauh 20km. Melecek kaki. Mujur aku pakai kasut sukan je. 

Fushimi Inari

Kiyomizu Dera

Togetsukyo Bridge

Nijo Castle

3.0 Itenarary:
Sebelum tu, maklumat pengembaraan kami adalah seperti berikut;

Date: 20~25 May2017 (Dalam 6 hari)
Musim: Hujung Musim bunga. Osaka dan Kyoto dan mula panas sampai tak boleh pakai jaket.. Tapi Tokyo masih sejuk.
Currency:     Kiraan mudah; JPY100= MYR3.80. Bahasa mudah dia, Seringgit Jepun sama dengan 4Ringgit duit kita. Currency kita agak kecil waktu ni, seksa nak control bajet kat sana.
Rough Budget: MYR4000 - Termasuk flight tix, penginapan, transport, pakej/pass dan makan. TAPI TIADA souvenir dan shopping. Currency rendah, tak mampu nak shopping kat sana. Pengalaman sahaja yang menjadi buah tangan. 
Travel Style: Nomad or backpack. Banyak jalan dan naik train. Kami tamak dalam travel. Nak tengok macam-macam termasuk la Nature, Historical Place, Hi-tech, Window Shopping dan relax.
Team: 3 lelaki bujang yang senang masuk 1 bilik je dan boleh dipaksa berjalan rabak kaki.


Day 1 (20-May-2017)
Departure from KLIA2 pada jam 01.40am (waktu Malaysia)
Touch down di Kansai International Airport pada jam 9.30am (Waktu Jepun)
Dapatkan Osaka Amazing Pass di Information Centre di Airport tu dan terus bergerak ke Bandar Osaka. 

- Osaka Castle
- Santa Maria Cruise
- Tempozan Ferris Wheel
- Umeda Sky Building
- Namba dan Dotunburi

=====Bermalam di Osaka=====

Day 2 (21-May-2017)
Check-out dari penginapan AirBnB di Osaka dan menaiki Shinkansen ke Kyoto.

- Fushimi Inari (Southern Kyoto)
- Arashiyama area (Western Kyoto)
- Togetsukyo Bridge
- Hozugawa River Cruise
- Bamboo Grove
- Seiryu-ji
- Daikaku-ji

=====Bermalam di Kyoto=====

Day 3 (22-May-2017)
Sambung explore Kyoto yang meriah dengan tinggalan sejarahnya.

- Nijo Castle
- Ginkakuji Temple
- Kinkakuji Temple
- Kiyomizudera Temple

=====Bermalam dalam Bas menuju ke Tokyo=====

Day 4 (23-May-2017)
Sampai di Shinjuku Terminal pada jam 10.00pagi. 12jam perjalanan bus dari Kyoto ke Tokyo. Biasa nya 8 jam dah sampai. Tapi sebab ada jammed, jadi lambat sampai. 

- Kaminarimon Gate - Asakusa Street.
- Tokyo Skytree.
- Akihabara - Electric City.

=====Bermalam di Tokyo=====

Day 5 (24-May-2017)
Kami beralih sebentar dengan travel balik hari ke Mount Fuji- Kawaguchiko. 

- Kawaguchiko Ropeway.
- Lake Kawaguchi Excursion Ship En Soleil
- Natural Living Central.

=====Bermalam di Tokyo semula=====

Day 6 (25-May-2017)
Sambung kembali merayap di Tokyo. Fokus ke bahagian selatan Tokyo menghala ke arah Haneda International Airport.

- Shibuya Zebra Crossing
- Odaiba (Aqua City-Divercity- Rainbow Bridge)

Bergerak ke Haneda International Airport untuk pulang ke Malaysia.
Departure from Haneda pada jam 2345pm (Waktu Jepun)
Touch down di KLIA2 pada jam 630am (waktu Malaysia)
Osaka Castle

4.0) Soalan lazim:
4.1- Berapa bajet habis?
Dalam MYR4000 yang merangkumi tiket flight, penginapan di AirBnB, pass masuk dan pakej, makanan dan transport. Travel kali ni kami memang tak banyak bershopping akibat daripada currency. So, kalau orang minta ole-ole tu, jujur aku cakap, memang aku tak dapat nak penuhi permintaan mereka. Abam belanja gambar saja. kah kah kah.

4.2- Berapa bandar kami pergi?
4 bandar dalam 6 hari tu. 
Osaka- 1hari
Kyoto- 2hari
Tokyo- 2hari
Fuji- 1hari. 
Perjalanan kami lebih kepada tempat-tempat yang sudah dikenali umum sebagai tempat tumpuan pelancong. 

4.3- Kami travel menggunakan JR pass atau tidak?
Tidak. 

Sedikit info pasal JR Pass- Pass ni tidak dijual di Jepun. Kalau nak beli pass ni, kene beli kat Malaysia awal-awal. Sampai sana cuma untuk redeem dan amek pass tu sahaja. Pass ni membolehkan anda menggunakan KEBANYAKKAN tren di seluruh Jepun tanpa limit. Tapi bukan semua tren boleh pakai pass ini. Sebagai perbandingan contoh kat Malaysia, pass ni boleh pakai kat tren Rapid je. Selain dari rangkaian Rapid seperti sistem tren B, tak boleh pakai. Kene beli tiket asing pulak.

Yang best nye pass tren dia banyak menghubungkan antara bandar-bandar besar. Seperti melalui bandar Osaka, Kyoto, Tokyo, Sapporo, dan lain-lain lagi dengan menaiki Shinkansen yang sangat laju tu. Laju macam mana? Perjalanan bas ambil masa 8jam, naik Shinkansen ambil masa 3jam.

Tapi kelemahan dia. Pakej nya adalah untuk 7 hari, 14 hari atau 21 hari. Dan harga bagi pakej paling jimat pun dah agak mahal iaitu MYR1200. Mahal kot. Kami pulak duk sana dalam 6hari je. 

Dan kebanyakkan travel di dalam bandar, lebih sesuai pakai Pass Lawatan Setempat yg dah termasuk dengan transportation seperti: Osaka Amazing Pass dan Kyoto All-day Bus Pass.

Di samping itu, itenarary yang kami buat juga membuatkan kami tak perlu berulang alik antara bandar-bandar tu. Sebab memang ada orang buat plan, yang datang ke Jepun ikut Osaka, dan balik pun ikut Osaka. Sebagai info, jarak Tokyo dan Osaka tu macam jarak dari JB- Penang. Jadi nak kene ulang alik dan menggunakan kos yang tinggi di situ. Maka, dalam situasi itu, memang sesuai la beli JR Pass tu. Tapi untuk kami, tak la kot.

Jadi dengan itenarary yang kami buat, kami calculate, kami tak perlukan bajet sampai MYR1200 pun utk pengangkutan. Jadi kami nak jimat kat situ la. Lagipun, ada 1 malam tu, kami tidur dalam bas dan dapat jimat bajet untuk penginapan 1 malam. Kalau kami pakai JR pass, tak dapat la tido dalam bas. Maka kami kene la prepare duit untuk penginapan pulak. 

4.4- Senang cari makanan halal?
Gunakan app - HalalNavi.
Nak kata susah tu, takde la sangat. Nak kata senang pun tak jugak. Yang pasti, dengan App HalalNavi ni, aktiviti mencari kedai makan halal menjadi mudah. Boleh nampak la kedai yang di suggest untuk makan. Tapi leceh nya, nak kene menapak cari kedai makan tu. Tak semua kedai dekat dengan stesen train. Ada yang kene menapak jauh jugak la.

Then, tabiat kami, mesti nak makan jugak mewah-mewah at least sekali selama ada kat sana. Jadi dalam 6 hari kat sana, ada la 2 kali kami makan mewah sikit. Actually, mewah nya pun, light-light je kat sana. Sekali hadap, bajet dalam JPY1500( bersamaan MYR49). Harga dah macam sekali makan kat kedai hipster kot. Huhu.

Budaya orang Jepun ni, mereka tak begitu makan babi. Mereka lebih kepada makanan Laut sebagai resepi mereka. Sebab tu, ada yang kata, kalau berani, boleh je try banyak makanan Jepun ni. Tapi tekak aku tak cukup confident nak main telan je selagi aku tak nampak simbol halal kat depan kedai tu. Air je yang aku confident minum. Kami juga banyak makan Onigiri yang dijual di kedai Lawson's Mart ataupun Family Mart. Puas kami tanya orang kat kedai tu, apa maksud tulisan pada Onigiri tu. Sebab nak pastikan, hanya ikan dan telur saja. Ayam dan daging, kami tak boleh makan. Satu Onigiri tu harga nya dalam JPY130. Bersamaan MYR4.50. Maka sebab tu la aku kene banyak bajet untuk makan kat sana. Then ada jugak kami rebus telur je sebagai lunch. Beli pisang dsb. 

Sarapan pulak, aku bawak makanan dari Malaysia. Nasi Brahim's. Boleh jumpa nasi dalam kotak tu di Giant. Berat sekotak dalam 250g, dengan harga RM12. Jadi kene bajet dari awal la bag aku sebab nak sumbat bende tu. Siap bahagikan antara kami untuk kurangkan berat beg. hehehe. Nasi tu cuma nak kene koyak sikit dan campak ke dalam Microwave. Tu pasal waktu cari rumah AirBnB, kene check ada ke tak microwave.

4.5- Penginapan macam mana?
Hotel di Jepun memang mahal. Ditambah lagi dengan nilai currency, menyebabkan agak sukar untuk mendapatkan hotel dengan kos yg jimat. Jadi altenatif terbaik di sana adalah AirBnB. Konsep dia macam homestay, tapi kita boleh book menggunakan app di smartphone. So, aku download app tu dan mula memilih rumah yang sesuai dengan citarasa aku.

Range yang aku plan adalam dalam MYR200 ke bawah. Menyamai lebih kurang dalam JPY5000. Macam perumpamaan mudah yang aku bagi tu, kira macam cari rumah dengan harga 50 ringgit duit Jepun. Apa je boleh aku expect kan.

Rumah kat Jepun rasa nya memang kecil je pun. Just sebesar sebuah bilik sahaja, susun la 3 tilam kat tengah ruang tu. Ngam ngam je space nyer. Kalau nak makan, kene la lipat dulu tilam tu. Dinding nya pun agak nipis. Kalau rumah sebelah bukan pintu tu, rasa macam buka pintu kami dah pun. Tapi kami tetap memilih rumah yang ada bilik air sendiri.
Lipat tilam dulu sebab nak makan.

AirBnB di Jepun juga mempunyai banyak rules. Kene detail baca rules yang diberi. Common rules seperti tak boleh buat bising. Dah la rumah dinding nipis, kalau bising nanti, kacau jiran tetangga. Sampah pun nak kene jaga. Mereka tak benarkan kita untuk buang sampah oleh sebab rules pasal sampah yang agak complicated di sana. Jadi, apa yang kita boleh tolong, adalah mengasingkan sampah awal-awal.

Dalam memilih rumah di AirBnB, kene study untuk peta tren mereka juga. Sebab nak senang travel dan mencari. Kalau line tren yang nak kene tukar banyak kali, nanti agak leceh pulak.

4.6- Internet Connection?
Sewa portable wifi dari Malaysia. Wifi tu hanya aktif di Jepun saja. Maka sepanjang kami menapak tu, kami masih boleh online di sana. Sebab banyak bende nak research dan memerlukan wifi seperti nak mencari kedai halal dan sebagai nya.

Boleh booking portable wifi di pautan di bawah ni;
http://www.wiyo.my/

4.6- Kenapa itenarary macam tak visit banyak tempat?
Kene tapis la tempat-tempat nak visit kat sana. Dah la kene berjalan pantas dan jauh. Kalau nak pergi semua tempat, memang rabak la kaki. memang tak cukup la 6 hari tu.

Di samping itu, kami juga buat beberapa study dan tengok some of the places ada persamaan. Contoh nya, shrine di Kyoto. Memang setiap shrine tu ada keunikan tersendiri, tapi shrine jugak la. Tengok dah dekat 5  shrine, so yang lain pun boleh agak la lebih kurang jugak. So, kami prefer untuk explore bende yang lain pulak.

Aku memang dah tapis awal tempat yang macam boleh jumpa jugak kt Malaysia seperti Universal Studio di Osaka dan tempat macam Aquaria tu dan beberapa tower lain seperti Kyoto Tower dan Tokyo Skytree. Setakat pergi jalan kat bawah dan nampak dari jauh je la. Naik bende tu pun kene bayar gak lagi tu. Bukan masuk free yerk.

Di Tokyo pulak, kebanyakkan tempat adalah lebih kepada Hi-tech. Jadi nya, nak visit apa sangat. Semua lebih kurang je la. Yang kami banyak berjalan tu sebab nak mencari jam G-shock. Murah kot kat sana. Hehe.
Fuji kat belakang aku tu.
Asakusa Street

Shibuya Zebra Crossing

Seperti dijanjikan, aku akan update lagi dalam entry yang berbeza untuk pengembaraan aku bagi setiap bandar yang aku lawati.

Semoga entry permulaan ini akan banyak membantu dan berinformasi.

Terima kasih.
-Firdaus-




11 comments:

  1. Hi, boleh tahu tiket bus nak ke Mt Fuji tu beli kat mana?

    ReplyDelete
  2. Hi, ticket bus ke Fuji, saya beli di link ini. : www.highwaybus.com.

    Last time, beli dalam seminggu awal. Jadi tak dapat nak pilih tiket awal sangat ke Fuji. Balik ke Tokyo pun agak awal. Dalam jam 5.00petang.

    ReplyDelete
  3. wow 20km sehari? kami maximum jalan 13km pun dah rasa macam tak tahu kaki ni dah hilang ke mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. tu pasal first day kat Osaka tu, memang teruk melecek dah kaki ni. Pakai kasut sukan pun boleh injured jugak. Semuanya sebab jarak tempat-tempat nya yang jauh dan mencari kedai makan Halal. Huhu. Tapi puas hati.

      Delete
  4. 1st time saya g tokyo, hari2 jalan lebih kurang 20k step bersamaan 16km..rasanya klu duk sana sebulan n jalan lbh kurang jalan mcm tu hari2, confirm boleh jd model...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Memang banyak berjalan je la kat sana. Dalam merayap sambil mengeluh penat tu, check, dah tambah lagi 1000 steps berjalan.

      Delete
  5. Berapa harga tiket shinkansen dari Osaka ke Kyoto?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, Tak ingat la berapa harga nya. Akibat currency, nilai nya dalam MYR50 jugak la. Osaka ke Kyoto tu dekat je. Dalam 15minit je. Nak naik tren biasa pun boleh..

      Delete
  6. Salam tuan..dari osaka ke tokyo tu naik bas..beli tiket kat mana?dan harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam tuan, Saya bergerak dari Kyoto ke Tokyo. Menggunakan perkhidmatan Willer Bus. Bas biasa je tu dengan 4seat per row. Boleh survey route lain di web mereka. Harap membantu.
      http://willerexpress.com.

      Delete
  7. Boleh sy dptkan no hp awk.sy nk whatsapp utk tnya detail psl backpackers ke jepun.TQ in adv

    ReplyDelete