Sunday 6 August 2017

Kembara Jepun : Kyoto

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, entry ini adalah sebahagian dari perjalanan kembara aku ke bumi Jepun dan Entry kali ini merupakan kisah perjalanan yang aku specifik kan pada sebuah bandar sahaja.

Berikut aku sertakan pautan link ke Entry lain.
Itinerary Penuh Travel Jepun

Bandar kali ini adalah : KYOTO.

1.0) Pendahuluan:

Perjalanan aku di Kyoto adalah pada hari ke-2 aku di bumi Jepun selepas Osaka dan aku habiskan selama 2 hari dari travellog aku untuk merayap di Kyoto. Di sini, banyak lawatan adalah menggunakan perkhidmatan bas tempatan iaitu Kyoto All-day pass. Tapi pass ini cuma valid selama sehari sahaja (bukan 24jam), jadi aku gunakan pass bas tersebut pada hari kedua.

Cuaca di Kyoto ketika itu macam dah nak musim panas. Jadi, agak kurang aku jumpa bunga sakura dan keadaan juga sedikit panas. Jadi tak perlu pun nak pakai sweater bagai. Pakai t-shirt sajorkh.



2.0) Review Peribadi:

Kyoto adalah sebuah bandar yang banyak menyimpan seni dan budaya masyrakat Jepun. daya tarikan perlancongan nya adalah lebih kepada keindahan alam semulajadi di sampaing tinggalan Shrine dan seni bina nya. Bandar ni kurang serabut sikit berbanding dengan Osaka dan Tokyo. Mungkin sebab suasana nya yang agak desa dalam pembangunan.


3.0) Perjalananku:

Setelah bermalam di Osaka pada hari sebelum nya, kami mula bergerak ke Kyoto. Kali ni aku pilih untuk naik keretapi Shinkansen yang disebut orang sebagai laju giler tu. Actually, tak perlu pun untuk ambil Shinkansen ke Kyoto. Sebab dekat je jarak 2 bandar ni. Naik tren biasa pun boleh. Tapi sebab aku nak merasa naik Shinkansen jugak. Dekat macam tu pun dah mahal giler, dalam MYR50 jugak la. Tu pasal kalau aku travel jauh, lagi parah la duit aku. 
Tempat beli tiket untuk Shinkasen. Excited.

Dan Shinkansen tu memang laju. Dalam 15minit je aku dah sampai ke Kyoto. Jarak normal Kyoto lebih kurang macam KL-Seremban, iaitu normalnya, dalam sejam jugak la travel biasa. Awesome!!
Ini la tren Shinkansen nyer. tapi aku tak sempat nak amek gambar kepala dia.

Sampai saja di Kyoto Station, kami terus ke Information Centre. Seperti biasa, Information center nya tidak mengecewakan. Apa tidak nya, mereka bukan sahaja provide maklumat tempat-tempat menarik untuk dilawati di Kyoto, malah, mereka siap ada cadangan urutan tempat menarik, siap dengan tempoh anggaran masa di samping nama bas dan station bas nya. Memang sangat membantu. 

Maka untuk itu, summary rancangan kami adalah seperti berikut;
Day 1:
Southen Kyoto - Fushimi Inari,
Arashiyama.

Day2:
Shrine - UNESCO heritage attraction.

Jadi mengikut kepada plan aku ni, All-day bus pass akan kami gunakan pada hari ke2 seawal pagi. Pada hari pertama, kami akan berjalan menggunakan train sahaja. So, bajet kami untuk tiket train kene prepare sikit la. 

Seperti biasa, kami mencari port untuk simpan backpack kami dulu di kawasan locker berbayar. Harga lebih kurang jugak macam kat Osaka, JPY700 untuk sekali pakai. Just bawak wifi serta bekalan makanan sahaja dalam beg. Destinasi pertama kami di Kyoto adalah: 

3.1) Fushimi Inari;

Ia adalah ribuan tiang warna oren yang didirikan. Jarak nya dekat je dengan Kyoto Station tu. Juz naik 1line tren dah selang beberapa stesen je pun, dah sampai. Turun-turun dari tren, dah sampai ke Pintu depan Fushimi Inari tu. Tak perlu nak sesat ke hape, memang jumpa nya la.

Tepi Jalan melintas dari stesen tren sahaja.

nak start berebut masuk dah.

Tempat ni memang ikonik sebab biasa jugak la orang duk nampak tiang oren banyak-banyak tu. Dan tiang-tiang tu semua dibina mendaki ke atas bukit. Kat atas bukit tu macam ada tempat sembahyang mereka pulak. Bagi kami yang nak merayap banyak tempat lagi, kami panjat sampai separuh jalan je. Sebab rasa nya, sampai atas tu pun, lebih kurang je jugak view nya. Tiang colour oren tu jugak. Tapi, memang cantik view dan experience jalan kat situ. 
Berselfie dalam laluan tu. Ramai giler orang dalam tu.

Tapi orang kat situ, punya la ramai, nak melalui lorong dia tu pulak, memang agak sesak la. Then, memang susah la nak bergambar dengan tenang kat dalam tu. Orang duk penuh saja. Gigih aku cari shot yg agak lengang. Hahahaha. Kebanyakkan gambar yang aku dapat snap, setakat selfie je la.

Dapat pose sorang-sorang.


3.2) Saga-Arashiyama;

Selesai merayap di Fushimi Inari, kami sambung pulak ke Arshiyama. Lokasi 2 tempat ni kira macam hujung bandar Kyoto dengan hujung Kyoto lagi satu. Jadi, agak jauh jugak la. Sebab tu, dicadangkan oleh Information centre tu, untuk spend masa 1 hari melawat 2 kawasan ni sahaja. Dengan menaiki tren, lebih kurang dalam 40 minit jugak la untuk sampai ke Stesen Saga-Arashiyama tu.
Stesen Saga Arashiyama

Sampai ke Stesen Saga-Arashiyama tu, jauh jugak lagi nak menapak ke bamboo groove tu. Mujur nya orang sana sangat peramah. Senang je mereka tunjuk jalan nak ke tempat tu. Actually, sampai di stesen Saga-Arashiyama, ada satu tren yang dipanggil romantic train - sebuah tren design klasik yang jalan slow-slow untuk pengunjung menikmati view di sana. Tapi aku tak naik pun bende tu. Dah pergi 3 orang lelaki ni, tak kuasa la nak layan romantic bagai.
Penat menapak, makan aiskrem jap. Halal.


3.3) Togetsukyo Bridge;

Aku menapak dari stesen Saga-Arashiyama tu dalam 20 minit jugak, baru sampai ke jambatan tu. Kami pilih untuk melawat jambatan tu dulu, sebab ada macam festival kat sungai tu waktu kami sampai tu. Jadi, selepas merayap kat jambatan tu, baru la kami singgah tempat-tempat lain menuju ke ke stesen tren semula.
Selfie atas jambatan jap.

Belakang tu naik bukit. Ada shrine kat atas tu.

Actually, jambatan ni biasa je, takde la cantik mana pun. Tapi view dari jambatan tu yg awesome. Jambatan ni dibina merentasi sebuah sungai yang terletak di kaki bukit. Dengan banyak pokok rendang di pinggir sungai tu, memang cantik sangat view. Kalau google pun, boleh dapat pelbagai view di sungai tu pada waktu perlabagi musim. Dan semuanya cantik.
Sungai nya.

Kami berjalan merentasi Togetsukyo Bridge ke seberang sungai. Di seberang sungai tu, sebenar nya ada sebuah shrine yang terletak di atas bukit tu, bersama dengan taman monyet kat atas tu. Tapi kami rasa tak kuasa jugak nak melawat tempat tu. Mungkin sebab kat situ ada monyet, dan kat Malaysia pun banyak monyet. Malas plak tu nak panjat bukit tu. Keh keh keh.
Sungai yang direntas oleh Togetsukyo.


3.4) Hozugawa River Cruise;

Merentasi Togetsukyo Bridge membawa kami ke jeti sampan ni. Jadi kami pun naik la sampan tu. Kos lebih kurang dalam JPY1700 je untuk seorang, dan pengunjung akan dibawa bersiar sekitar sungai tu selama lebih kurang 30 minit. Jadi, antara cara termudah dan termalas untuk kami menikmati keindahan kawasan sungai ni. 
Dari dalam sampan.


Waktu kami datang tu, ada festival di atas sungai tu. Jadi, sampan kami ni membolehkan kami melihat festival tu dari jarak dekat. He he he.
Tengok orang dari dalam sampan.


Dalam kami duk bersampan ke hulu tu, boleh pulak ada rupanya sampan lain yang berniaga dia atas air tu. Maka, sampan peniaga ni, akan pergi attach ke semua sampan yg Hozugawa Cruise ni, untuk niaga. Ada banyak makanan yang dijual. Nampak almost macam seafood je. Tapi aku tetap tak berani nak try. Takat bergambar dari jarak dekat tu, berani lagi la.. Ha ha ha ha.
Seberang sungai.

Hozugawa River Cruise ni turunkan kami di jeti seberang sungai. Kira macam kami merentasi pulang ke sungai menaiki sampan tu la. Seterusnya kami menapak ke destinasi seterusnya.

3.5) Bamboo Groove;

Yes. Tempat wajib pergi kalau dah sampai ke Kyoto. Memang tak sah kalau tak merayap ke tempat ni, walaupun, ada je pokok buluh kat belakang rumah aku. Unik nya pokok buluh ni, mereka tanam dan jaga pokok buluh tu dah lebih beratus tahun, dan ia dijaga rapi dan agak jarak sesama pokok tu. Kalau rumpun kat kampung tu, biasa biar je merimbun dan kumpul. Tapi taman ni, cara jaga dia lain sikit. Tu pasal la kot pokok buluh kat sana tinggi giler. Memang sama tinggi dengan pokok kelapa la. Kalau kat Malaysia susah sikit la kot nak bela taman buluh macam ni. Asal raya je, kang hilang la buluh tu. 
Posing sekali kat situ.

View dia memang cantik kat sini. Orang pun ramai gak kat sini, Tapi aku tetap sempat bergambar. Keh keh keh. Bamboo Groove ni just sekadar macam satu laluan pejalan kaki yang agak panjang. Tapi mungkin sebab cantik dan unik pkok buluh semeriah itu, maka tempat tu jadi popular.
Kawan aku pun nak juga.

Dalam Bamboo Groove ni, ada sebuah taman. Tapi aku tak berminat jugak nak masuk. Sebab nak masuk tu kene bayar, dan aku google, tengok dalam tu xde la menarik sangat pun. Huhuhu. Jadi aku teruskan perjalanan ke tempat lain pulak. Dalam perjalanan nak eluar dari situ, ada la beberapa kali berselisih dengan gadis kimono, tapi rupanya, adalah kurang manis, untuk minta bergambar dengan mereka di situ. Sebab ia macam mengganggu privacy mereka. Jadi, aku tak amek gambar pun dengan gadis kimono tu semua. Huhu.
Macam dalam gambar yang ada dalam google tu. hehe

Keluar dari Bamboo Groove, aku menapak ke Shrine lain plak yang ada dalam peta Arashiyama. Kawasan Arashiyama ni besar jugak rupanya. Banyak tempat nak kene menapak Patut la ada service sewa basikal aku nampak waktu turun dari tren tadi. Penat kot. huhu. 

3.6) Seiryu-ji

Actually, kami bukan nak ke shrine ni sangat pun. Tapi sebab tempat ni berada dalam laluan kami, dah kami pun sekadar bergambar di pintu gerbang dia je. Masuk dalam sikit je, tengok kt dalam nya macam mana gaya. 
Minum air saiz jumbo dalam perjalanan ke sana.

Besar pntu gerbang dia.

Dalam perjalanan tu, aku tertarik la untuk beli air kt vending machine yang bersepah kat sana. Ada pulak aku jumpa air tin besar giler tu. Payah gak la aku nak pegang dan nak habiskan air tu. Sebab banyak kot aku nak minum. Air gas pulak tu. Dah la air kat sana sihat-sihat. Kurang gula semua. Pakat rasa payau kot. Kah kah kah.
View kat dalam dia sikit.


3.7) Daikaku-ji

Inilah shrine yang aku tuju sebenarnya. Tapi aku tak berapa suggest untuk pergi ke sini. Sebab dia agak jauh terasing dan tempat nya pun agak biasa bagi aku. Berjalan pun jauh kot. Penat gak la kaki aku mencari tempat ni.
Ada cosplay tengah shooting gak kat sini.


Ada tasik di tepi nih.

Kat sini ada macam tasik yang besar dan cantik. Kemudian ada macam struktur macam pagoda yang menjadi mercu tanda tempat ni.

3.8) Check-n ke AirBnB- Nijo.

Selesai merayap di Arashiyama, kami bergerak semula ke Kyoto Station, untuk ambil beg kami di locker. Kemudian kami ke AirBnB kami yang terletak di kawasan Nijo. Mujur jugak sebab kami dapat bermalam di Nijo tu sebab ia adalah antara kawasan yg dekat dengan tempat tumpuan pelancong di samping line train yang mudah dari Kyoto Station tu.
Dinner kat dalam rumah saja.

AirBnB yang kami dapat ni agak mahal sebenar nya. Tapi memang besar sikit la berbanding AirBnB lain. Dalam MYR500 utk satu malam di situ. Biasa nya dalam MYR200 je satu malam. Bilik air dia tetap kecil. Huhuhu. Tak paham aku apsal bilik mandi diorang wajib kene ada tub mandi. Sempit jadi nya dalam bilik air tu.

Cadangan asal, kami nak merayap ke kawasan Gion pada sebelah malam. Kawasan tu banyak awek pakai kimono pada waktu malam dan boleh bergambar dengan mereka tanpa rasa bersalah. Walaupun ada rumors kata, bahagian sana adalah tempat “liar” mereka.

Sayang nya, kudrat kami membataskan rancangan kami malam tu. Nak keluar makan pun tak larat dah malam tu. Inikan pulak nak menapak ke Gion, memang tak mampu la.. Malam tu, kami sekadar menjamu selera dengan beli makanan kat Lawson’s Mart sahaja. Kedai lebih kurang macam 7Eleven kat Malaysia la. Malam tu kami pakat makan beberapa Onigiri bersama susu dan pisang. Kumpul kudrat semua. Kaki dah start melecek yg jelas. Bermalam la kami dengan nyenyak nya.

====Day 2====

Untuk hari kedua, aku banyak kene readykan badan sebab kami akan overnight dalam bas malam ni. Maka agak lama jugak kami bakal tidak bermandi. Mental kene ready gak waktu ni. Tapi merayap tetap diteruskan di bumi Kyoto. Aku mulakan dengan ke Kyoto Station untuk mencari tempat nak naik bas pada sebelah malam nanti. Preparation la kiranya ni. Then, kami mencari tempat menyimpan bagasi kami dulu. Dan untuk perjalanan hari ini, kami akan gunakan pass All-day Buss kami.
Bas- Pengangkutan utama kami di hari kedua.


3.9) Nijo Castle

Dari Kyoto Station, aku terus ke Nijo Castle. Istana ini juga mempunyai binaan parit besar sekeliling nya. Tapi reka bentuk istana ni jauh lagi tua berbanding istana di Osaka tu. Rekaan istana ni memang sangat tradisional. Istana ni dibina padal tahun 1603. Jadi, memang zaman kesultanan dulu punya design. Istana ni duk penuh pakai kayu lagi untuk binaan nya.
Pintu gerbang je dah nampak awesome.

Cantik pintu gerbang nya.

Luar nya pula, ada taman yang cantik. Seronok bergambar kat luar tu. Besar plak tu. Istana sana memang ada taman dan laman yang besar tahap penat nak berjalan. Huhu.
Yang belakang tu baru istana nya.


Taman di sekitar istana.


Gambar taman lagi.

3.10) Ginkaku-ji

Dari Nijo Castle tu, aku bergerak ke Ginkaku-ji plak. Tempat ni nampak gaya macam shrine mereka jugak la dan menjadi antara tempat kunjungan pelancong paling ramai.
Belakang aku tu macam monumen utama kat situ.

Binaan pasir kat tengah laman tu.

Personally, aku rasa monument kat dalam tu biasa je. Aku lebih tertarik dengan taman dia. Rasa cantik sangat warna hijau nya. Besar jugak la aku nak merayap pusing taman dia tu. Mujur cantik.
Dari atas bukit nya yang kecil saja.

view dalam taman.

Dalam taman dia jugak.

3.11) Kinkaku-ji

Tempat ni pun lebih kurang macam shrine jugak. Alang- alang dah sampai dari jauh tu, masuk jugak la tengok apa kat dalam dia. Tapi sebab aku dah banyak masuk shrine, jadi , dah mula rasa biasa tengok view kat dalam sana. Juz nak mencari keunikkan setiap tempat tu.
Pintu masuk.

Ini lah monumen iconic utk tempat ni.

Kinkaku-ji cantik dia sebab warna kuning gold dia yang sangat striking. Nampak cantik la warna dia tu.
Haa.. yang ni lagi nampak striking kuning nya tu.

Ada tasik depan tu.


3.12) Kiyomizudera

Haa.. ini tempat terakhir yang aku pergi dalam merayap di Kyoto tu. Nak pergi ke shrine tu, agak menyeksakan jugak la. Sebab aku kene berjalan naik bukit. Dah macam hiking jugak la jauh dia nak kene berjalan tu. Kiri kanan pulak, banyak je kedai yang duk jual ais krem green tea tu.. tapi sebab macam tak yakin nak makan sebarangan ni, tahan kan je la diri. Sekadar mampu meneguk air je time ni. Huhu.
Haa.. ni pun dekat lagi 500m nak kene hiking naik.

Baru sampai entrance dia.

Rasa nya aku nak kene hiking dalam 30 minit jugak la, baru nampak menara shrine ni. Tapi sayang nye sebab waktu aku dating tu, Kiyomizudera tu sedang dalam process renovation. 90% of main building nya dilitupi oleh kayu renovation. Nak bergambar pun jadi macam kureng sikit la.
Yang kene tutup dengan kayu tu la main building nya.

Pandangan dalam main buidling nya.

Taman di sekitar nya.

Uniknya kiyomizudera ni, adalah kerana seni bina nya yang dibina di tepi bukit, dan dari satu sudut, nampak shrine ni macam tergantung melekat pada bukit. Tu pasal nampak cantik,kalau dapat view yang menampakkan warna merah nyer tu. Walaupun tengah renovate, orang tetap ramai jugak kat dalam tu.. Huhuhu.
menara di dalam kawasan tu.

Building lain nya pulak.

Habis merayap di Kiyomizudera ni, kami pun dah penat. Dah la tiap kali naik bas, kene banyak berdiri. Segan plak rasa nak berebut duduk dalam bas tu. Dah la pergi negara orang, takkan la plak nak gigih berebut kerusi. Entah-entah orang local sana memang reserve seat tu utk orang tua je.  Huhu. Dari Shrine terakhir tu, kami bergerak balik ke Kyoto Station semula sebab nak bergerak ke Tokyo naik bas dah malam tu. Untuk malam tu, kami sekali lagi melantak makanan di Lawson’s sahaja. Makan beberapa ketul Onigiri dan buah-buahan berserta minuman kat sana.

Dalam jam 9.00malam waktu tempatan, kami berangkat menaiki bas ke Tokyo. Tentatively, bas ini akan mengambil masa selama 8jam untuk sampai ke Tokyo. Jadi, malam tu, kami bermalam dalam bas je la. Jimat duit hotel kan.. Heheh. Kalau naik Shinkansen, memang la dalam 3jam je dah sampai. Tapi nak kene cari tempat rehat la pulak.
Gambar ni diambil waktu kami survey tempat nak naik bas awal nya. Belakang tu la Kyoto Station.


4.0) Kesimpulan:

Aku suka berjalan di Kyoto ni. Kurang serabut sikit. Tapi aku mula rasa badan tak sihat bila sampai ke Tokyo. Mungkin sebab perubahan cuaca yang ketara kot.. Mujur kawan aku ada bawah penadol dan ubat demam. Boleh la lagi aku merayap.

Actually, memang banyak lagi tempat boleh dilawati di Kyoto tu, seperti Manga Museum dan Kyoto Tower. Shrine pun banyak lagi yang berstatus Unesco. Tapi aku tak larat dah. Ada shrine seperti Nanzenji Temple, Keage Incline, Heian Shrine, Yasaka Shrine dan sebagai nya. Kalau ada masa dan kudrat yang lebih, boleh la spend lebih merayap di Kyoto.

Terima Kasih

-Firdaus-


1 comment:

  1. Harrah's Reno Casino & Hotel - MapyRO
    View a list of all Harrah's Reno Casino & Hotel hotels in 구리 출장안마 Reno, NV. Find 진주 출장안마 reviews and discounts 과천 출장샵 for AAA/AARP 태백 출장안마 members, 서울특별 출장샵 seniors,

    ReplyDelete