Saturday 14 April 2018

Kembara Yogyakarta (Jogjakarta) : Itinerari 5 Hari.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Membuka tirai traveller untuk tahun 2018 dengan destinasi yang hampir dengan Malaysia, tapi flight dalam 2jam setengah jugak la nak sampai. Inilah ia, Jogjakarta!!


1.0) Pendahuluan.

Jogjakarta menyajikan pelbagai jenis pengalaman dengan tinggalan kepelbagaian diversity alam semulajadinya dan konservasi tinggalan sejarahnya. Disertakan dengan menilai tahap survivor masyarakat tempatan, pastinya memberi impak dalam ruangan memori.

Sebenarnya, banyak tempat yang dilawati ni baru sahaja diwujudkan dan discover dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum ni, Jogja lebih dikenali kerana Candi Prambanan dan Borobudur berbanding keindahan alam yang tidak terusik tu.


2.0) Travel Background:
Date:  10~14 March 2018.
Cuaca: Macam Malaysia jugak. Kebanyakkan tempat pelancongan adalah outdoor.
Currency: IDR1,000,000 = MYR292. Pengiraan harga mula dengan IDR1000.
Total Kos: MYR1500. Termasuk tiket flight beli awal 3bulan, hotel, supir (guide) entrance fee dan cenderahati.
Team: 3 Orang dewasa. Maka bajet banyak yg boleh devide by three.
Travel type; Study sendiri itinerary dan discuss dengan Supir. Di Jogja agak sukar kalau nak depend pada public transport. Baik pakai supir je sebab jarak nya yang agak jauh, lama dan kene redah jalan kampung.


3.0) Itinerary:

Day 1:
1.1) Gunung Merapi Tour;

Day 2:
2.1) Kebun Buah Mangunan.
2.2) Jurang Tembelan.
2.3) Seribu Batu Songgo Langit.
2.4) Pinus Pengger.
2.5) Hutan Pinus.
2.6) Goa Pindul.
2.7) Pantai Timang.

Day 3:
3.1) Taman Sari Water Castle
3.2) Kraton Sultan.
3.3) Candi Prambanan.
3.4) Candi Ratu Boko.

Day 4:
4.1) Candi Borobudur.
4.2) Gereja Ayam.
4.3) Kalibiru.

Day 5:
5.1) Merayap di Malioboro versi siang.

Balik Malaysia.


4.0) Kisah Perjalananku.

Day 1:
Touch down di Jogjakarta jam 12.00 tengah hari. Supir sudah sedia menanti di Airport Adisujipto. Terus ke arah Gunung Merapi Tour. Dalam 40 minit saja dari airport.
1.1) Merapi tour. Kene sewa jeep di sini. Harga sewaan berbeza mengikut jenis jeep dan package. Ambil masa dalam 2jam jugak tour nya. Aku pilih yang berharga IDR350k. Kira paling murah. Sekadar pergi ke beberapa tempat dan takde masuk sungai pun.

Bukan jeep ni yang aku sewa. Ni sekadar nak bergambar je.
Pakej aku ambil tu merangkumi beberapa tempat seperti Stonehedge, Rumah Tinggalan Merapi, Batu Alien dan Bunker. Tapi aku tak dapat ke Bunker tu sebab hujan. Dan sebab hujan jugak la aku merasa naik jeep redah lobak air siap basah-basah lagi. Tak ambil pakej masuk sungai pun, dah basah aku kene. Haha.
Stonehenge. Bersama travel team aku.
Dekat sikit dengan batu tu.

Rumah tinggalan kesan letusan Merapi.

Yang belakang aku tu adalah Merapi. Tapi tak nampak sebab hujan.

Hujan, terus balik check-in hotel dan rehat.

1.2) Hotel Malioboro Garden. 
Pusat perlancongan di Jogjakarta adalah di Malioboro Street. Maka, mudah utk ke sebarang jenis akses. Memang sesak dengan aktiviti orang buat street performance kat situ. Hotel ni jenis celah-celah lorong kecil. Kereta pun tak muat masuk. Sesuai untuk yang jenis backpack. Yang pasti hotel ni sesuai siap dengan sarapan disediakan.
Hotel aku yang kaler merah-hijau tu. Celahan lorong saja.
Jalan nak ke hotel aku.

Kawasan Malioboro ni, malam nya memang hidup. Banyak Lesehan (warung) yang ada dan mudah untuk nak makan di waktu lewat malam. Kedai jual sourvenier jugak banyak di sini.
Malioboro di waktu malam.

Day 2
Focus ke arah bahagian selatan.
2.1) Kebun Buah Mangunan.
Sejam perjalanan dari Bandar Jogjakarta. Katanya, tempat ni cantik pada waktu matahari terbit. Maka, bertolak dari Hotel dalam jam 4.00pagi. Sebelum subuh dah gerak keluar. Tapi bagi aku, takde la special sangat view sunrise kat sini. Cuma menarik sebab banyak kabus pada awal pagi.
Kebun Buah Mangunan

2.2) Jurang Tembelan.
Dalam 10minit je dari Kebun buah. Tempat ni wajib pergi. Cantik dan boleh bergambar di atas gaung. Ada beberapa spot untuk bergambar, seperti naik kapal terbang dan hujung tanduk. 
Gayat gak la.
Cantik view nya.
Cantik pulak ada pelangi bulat tu.


2.3) Seribu Batu Songgo Langit.
Juga kawasan berdekatan jugak. Menarik untuk disinggahi. Nak bawa budak kecil pun sesuai ke sini.
Pintu nak masuk nya.
Rumah akar apa ntah namanya.

Malah dalam kawasan ni ada beberapa menarik utk bergambar seperti rumah Hobbit dan Rumah akar Pokok. Then, rajin pulak mereka letak ayat-ayat deep kat sesuatu tempat tu, yang tambah lagi rasa nak bergambar kat sana.
Deep plak ayat kat buaian nih.
Jambatan Jomblo katanya.

2.4) Pinus Pengger.
Kawasan berdekatan jugak. Tapi takde la special sangat untuk dilawati sebab tempat-tempat hari ni pun dah banyak dapat view yang hampir sama. View bukit menghadap hutan lembah. Cuma ada beberapa replika ikonik di tempat ni untuk bergambar la.
Ikon tempat ni.
Ikon lain.
Gayat jugak la


2.5) Hutan Pinus.
Cantik dan wajib dilawati. Pengalaman indah hutan ini seperti ke Arashiyama Bamboo Grove versi pokok pinus. Memang cantik. Memang puas bergambar kat sini. Walaupum view nya hanya pokok pinus tu sahaja, tapi rasa cantik dia tu, tak puas bergambar walaupun bende sama.
Cantik hutan ni dijaga.

haa.. nampak tak hutan pinus nya..

2.6) Goa Pindul.
Tempat ni agak jauh dari kelompok destinasi lain. Dalam 40minit dari hutan pinus. Di sini, ada naik tayar pelampung masuk gua dan river crossing pakai pelampung. View dalam gua tu cantik, tapi takde la adventure sangat bende ni.
Dalam gua.
Orang lain tengok aku lompat dengan jealous.
Kat sungai luar pun takde la adventure sangat. Di sini, aku request service photographer sebab takut hp sendiri basah. Jadi, memang berbaloi la dia amek gambar banyak masuk gua tu.
Air keruh. Time river tubing pulak.

Kalau rasa tak berminat, boleh skip je terus, sebab nak kene sampai awal ke Pantai Timang tu. 

2.7) Pantai Timang.
Dalam 1jam jugak lagi untuk sampai dari Goa Pindul ke Pantai Timang ni. Dengan kene naik jeep atau Ojek (motor) lagi baru la sampai ke Pantai Timang. Agak mencabar nak sampai ke Pantai ni. Dan sini, seharusnya kene naik gondola merentas laut membiru dengan ombak ganas di bawah tu..
Naik gondola yang ditarik secara manual.

Struktur muka bumi pulau kecil nya tu.
View dari pulau nya tu.

Sewa jeep ke situ dengan kadar IDR350k. Naik gondola tu pula IDR200k. Naik laluan tengok view pantai tu, kene bayar IDR20k. Macam-macam nak kene bayar. Situ je dah dekat MYR200. Huhu. Tu tak ambil pakej makan lobster tu. Kalau ambil jugak, lagi rabak la bajet nyer. Kene bajet elok-elok sikit kat sini. Tapi jangan la kedekut sangat.
Layan Sunset kat pulau kecil dia tu jap.

Selesai, balik ke hotel. Balik ambil masa 2jam baru sampai. Hari ke-2 agak memenatkan. Memang tidur je dalam perjalanan tu. 

Day 3:
Supir aku cadangkan untuk aktiviti yang lebih santai. Sebab penat dah dengan aktiviti hari kedua yang memerlukan aku bangun awal pagi. Hari ketiga ni boleh bangun lewat dan merayap di sekitar bandar Jogjakarta sahaja.
3.1) Taman Sari Water Castle.
Tempat ni adalah macam kolam mandi dan kolam ni terletak di tengah kawasan perumahan kampung. Jenuh jugak la nak mencari kolam mandi tu. Rumah-rumah tu pulak semuanya rapat- rapat, memang awalnya macam tak jangka tempat yang cantik tu ada wujud kat situ. Macam treasure hunt pun ada rasa nya.
Kolam belakang aku tu la ikon nya.
tangga silang-silang.

Di Taman Sari, ada beberapa tempat ikonik yang tak sangka rupanyer wujud dicelahan penempatan kat situ. Ada kolam mandi yang besar dan jugak tangga silang-silang tu.

3.2) Kraton Sultan.
Bahasa mudah dia, lebih kepada macam Istana sultan. Dekat je Kraton Sultan ni dengan Taman Sari. Actually, aku merayap ke semua tempat ni dengan menaiki beca. Ada orang kat situ tawarkan service untuk merayap ke beberapa tempat dengan menaiki beca nya dengan harga IDR10k termasuk lah Taman Sari dan juga Kraton Sultan ni. Sempat la aku menyingah ke kedai Batik dan lukisan sebelum ke Kraton ni.
Merayap ke tempat batik.
Di depan pintu masuk ke Kraton.
Tempat  ni macam muzium diraja pun ada gak. Ditunjukkan la sejarah kesultanan mereka. Disamping itu, ada juga permainan alat muzik tradisional mereka yang macam gong dan bonang tu. Tak sure apa nama sebenar alat muzik tu.

3.3) Candi Prambanan.
Dalam 30minit perjalanan dari Kraton. Ini dah ke arah timur Jogjakarta. Kawasan candi ni agak besar dan panas. Sebab candi tu semua berada di open area. Aku pulak sampai sana waktu tengah hari. Maka memang garing la jadi nya aku kene bakar. Huhu.
Jauh lagi nak menapak ni.
Candi paling besar.

Rupanya, kat kawasan tu, mengandungi beberapa candi lagi. Prambanan tu dah satu kawasan, dengan dalam 10 candi kot kat situ. Paling besar rasa nya Candi Siwa. Keluar dari kelompok candi tu, ada pulak candi lain yang nak kene jalan jauh sikit. Candi Semur dan beberapa lagi. Ada banyak candi lain. Memang penat la kalau nak tengok setiap satu candi kat situ.
Aku yang warna biru kat tengah tu.
Besar candi nya.
Situ je dah banyak candi nya.

Panas pulak tu. Dalam perjalanan nak keluar dari Candi tu, ada banyak kedai jual sourvenier. Aku rasa macam harga kat situ murah berbanding aku jumpa kat Malioboro. Boleh la start shopping dah. Muahahaha.

3.4) Kraton Ratu Boko.
Yang glamer tempat ni adalah time sunset. Sebab nya matahari akan berada betul-betul dalam kotak struktur Kraton ni. Nampak memang cantik la.. Tapi kalau dah bersepah orang berasak kat situ, nak bergmbar cantik amende nyer kan.. Aku sekadar lepak je kat sini sambil tengok matahari terbenam.
Time sampai ni, masih lengang.
Waktu sunset, matahari akan ada dalam kotak tengah tu.

Sambil tu aku jalan merayap jugak la kawasan yang luas tu. Ada struktur tinggalan batu-batu tu semua je la.
Duduk tepi je la. Orang dah ramai time sunset nih.

Selesai. Balik Hotel.

Day 4:
Aktiviti lebih ke kawasan Barat Jogjakarta.
4.1) Candi Borobudur.
Perjalanan dalam 1jam dari hotel. Jarak sejam jugak dari Gunung Merapi. Entrance fee IDR350k atau USD25 rate untuk foreigner. Supir aku cadangakan untuk pergi awal pagi sebab mengelakkan suasana panas terik di sana.
Ni dah sampai kat puncak tempat tu.

Tapi tempat tu dah macam mall kat atas tu. Banyak sekolah buat lawatan sambil ke sana. Maka, memang banyak la budak-budak sekolah merayap kat atas tu. Memang sedikit rasa tak selesa gak la ke sana. Nak bergambar memang susah. Aku ni mujur sebab sampai awal, beberapa ketika sebelum tempat tu jadi meriah.
Seketul besar tu Candi nya.
Ukiran dinding pada candi tu.

Candi Borobudur ni ada satu je tapi memang besar. Banyak patung-patung Buddha kat situ.

4.2) Gereja Ayam.
15minit dari Borobudur. Nak sampai tu agak mencabar jugak sebab nak kene jalan kaki. Kalau nak naik jeep pun boleh, tapi pasti nya ada cas tambahan. Entrance fee dalam IDR30k.
Gereja ni bentuk ayam.

Tempat ni turut femes sebagai satu tempat shooting untuk filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Bergambar di bahagia mahkota ayam tu.
Tingkat bawah tanah. Ada banyak bilik doa.
Tempat ni takde la gereja sangat. Lebih kepada rumah doa. Siap ada musolla lagi kat Gereja ni.

4.3) Kalibiru.
Jauh dari semua tempat. Kene consider betul-betul untuk pergi tempat ni. Hampir 1jam setengah dari Gereja Ayam. Dan di kawasan Kalibiru tu, memang ada tempat tu je. Takde tempat pelancongan lain sekitar nya waktu aku pergi.



Di sini ada beberapa tempat spot untuk bergambar. Nak naik ke situ, dah kene bayar, nak amek gambar harga lain pakai camera DSLR mereka. Then, transfer gambar tu semua ke handphone. Kalau kira-kira balik, agak costy jugak la. Mujur gambar cantik.

Selesai. Balik hotel. 2jam dari Kalibiru ke Malioboro.

Day 5:
Merayap di sekitar Malioboro di siang hari dan bersiap untuk ke Airport balik Malaysia.


5.0) Kesimpulan.
Seronok berjalan ke Jogjakarta ni. Pasti nya perlbagai pengalaman dan view indah yang aku rasa. Namun sesuai untuk pergi ramai-ramai la kot, sebab nak transport kat sana lebih sesuai pakai Supir (Tour Guide). Aku menggunakan khidmat Pak Agung naik Innova merayap kat sana. Dia sourceful, tapi sebab aku ni kurang mesra dan tak pandai berbahasa Indonesia, agak membataskan perbualan kami.

Maklumat guide adalah seperti dalam gambar ni. IDR800k untuk 5hari.


Sekian, terima kasih.
-Firdaus-





No comments:

Post a Comment