Sunday, 6 August 2017

Kembara Jepun : Kyoto

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, entry ini adalah sebahagian dari perjalanan kembara aku ke bumi Jepun dan Entry kali ini merupakan kisah perjalanan yang aku specifik kan pada sebuah bandar sahaja.

Berikut aku sertakan pautan link ke Entry lain.
Itinerary Penuh Travel Jepun

Bandar kali ini adalah : KYOTO.

1.0) Pendahuluan:

Perjalanan aku di Kyoto adalah pada hari ke-2 aku di bumi Jepun selepas Osaka dan aku habiskan selama 2 hari dari travellog aku untuk merayap di Kyoto. Di sini, banyak lawatan adalah menggunakan perkhidmatan bas tempatan iaitu Kyoto All-day pass. Tapi pass ini cuma valid selama sehari sahaja (bukan 24jam), jadi aku gunakan pass bas tersebut pada hari kedua.

Cuaca di Kyoto ketika itu macam dah nak musim panas. Jadi, agak kurang aku jumpa bunga sakura dan keadaan juga sedikit panas. Jadi tak perlu pun nak pakai sweater bagai. Pakai t-shirt sajorkh.



2.0) Review Peribadi:

Kyoto adalah sebuah bandar yang banyak menyimpan seni dan budaya masyrakat Jepun. daya tarikan perlancongan nya adalah lebih kepada keindahan alam semulajadi di sampaing tinggalan Shrine dan seni bina nya. Bandar ni kurang serabut sikit berbanding dengan Osaka dan Tokyo. Mungkin sebab suasana nya yang agak desa dalam pembangunan.


3.0) Perjalananku:

Setelah bermalam di Osaka pada hari sebelum nya, kami mula bergerak ke Kyoto. Kali ni aku pilih untuk naik keretapi Shinkansen yang disebut orang sebagai laju giler tu. Actually, tak perlu pun untuk ambil Shinkansen ke Kyoto. Sebab dekat je jarak 2 bandar ni. Naik tren biasa pun boleh. Tapi sebab aku nak merasa naik Shinkansen jugak. Dekat macam tu pun dah mahal giler, dalam MYR50 jugak la. Tu pasal kalau aku travel jauh, lagi parah la duit aku. 
Tempat beli tiket untuk Shinkasen. Excited.

Dan Shinkansen tu memang laju. Dalam 15minit je aku dah sampai ke Kyoto. Jarak normal Kyoto lebih kurang macam KL-Seremban, iaitu normalnya, dalam sejam jugak la travel biasa. Awesome!!
Ini la tren Shinkansen nyer. tapi aku tak sempat nak amek gambar kepala dia.

Sampai saja di Kyoto Station, kami terus ke Information Centre. Seperti biasa, Information center nya tidak mengecewakan. Apa tidak nya, mereka bukan sahaja provide maklumat tempat-tempat menarik untuk dilawati di Kyoto, malah, mereka siap ada cadangan urutan tempat menarik, siap dengan tempoh anggaran masa di samping nama bas dan station bas nya. Memang sangat membantu. 

Maka untuk itu, summary rancangan kami adalah seperti berikut;
Day 1:
Southen Kyoto - Fushimi Inari,
Arashiyama.

Day2:
Shrine - UNESCO heritage attraction.

Jadi mengikut kepada plan aku ni, All-day bus pass akan kami gunakan pada hari ke2 seawal pagi. Pada hari pertama, kami akan berjalan menggunakan train sahaja. So, bajet kami untuk tiket train kene prepare sikit la. 

Seperti biasa, kami mencari port untuk simpan backpack kami dulu di kawasan locker berbayar. Harga lebih kurang jugak macam kat Osaka, JPY700 untuk sekali pakai. Just bawak wifi serta bekalan makanan sahaja dalam beg. Destinasi pertama kami di Kyoto adalah: 

3.1) Fushimi Inari;

Ia adalah ribuan tiang warna oren yang didirikan. Jarak nya dekat je dengan Kyoto Station tu. Juz naik 1line tren dah selang beberapa stesen je pun, dah sampai. Turun-turun dari tren, dah sampai ke Pintu depan Fushimi Inari tu. Tak perlu nak sesat ke hape, memang jumpa nya la.

Tepi Jalan melintas dari stesen tren sahaja.

nak start berebut masuk dah.

Tempat ni memang ikonik sebab biasa jugak la orang duk nampak tiang oren banyak-banyak tu. Dan tiang-tiang tu semua dibina mendaki ke atas bukit. Kat atas bukit tu macam ada tempat sembahyang mereka pulak. Bagi kami yang nak merayap banyak tempat lagi, kami panjat sampai separuh jalan je. Sebab rasa nya, sampai atas tu pun, lebih kurang je jugak view nya. Tiang colour oren tu jugak. Tapi, memang cantik view dan experience jalan kat situ. 
Berselfie dalam laluan tu. Ramai giler orang dalam tu.

Tapi orang kat situ, punya la ramai, nak melalui lorong dia tu pulak, memang agak sesak la. Then, memang susah la nak bergambar dengan tenang kat dalam tu. Orang duk penuh saja. Gigih aku cari shot yg agak lengang. Hahahaha. Kebanyakkan gambar yang aku dapat snap, setakat selfie je la.

Dapat pose sorang-sorang.


3.2) Saga-Arashiyama;

Selesai merayap di Fushimi Inari, kami sambung pulak ke Arshiyama. Lokasi 2 tempat ni kira macam hujung bandar Kyoto dengan hujung Kyoto lagi satu. Jadi, agak jauh jugak la. Sebab tu, dicadangkan oleh Information centre tu, untuk spend masa 1 hari melawat 2 kawasan ni sahaja. Dengan menaiki tren, lebih kurang dalam 40 minit jugak la untuk sampai ke Stesen Saga-Arashiyama tu.
Stesen Saga Arashiyama

Sampai ke Stesen Saga-Arashiyama tu, jauh jugak lagi nak menapak ke bamboo groove tu. Mujur nya orang sana sangat peramah. Senang je mereka tunjuk jalan nak ke tempat tu. Actually, sampai di stesen Saga-Arashiyama, ada satu tren yang dipanggil romantic train - sebuah tren design klasik yang jalan slow-slow untuk pengunjung menikmati view di sana. Tapi aku tak naik pun bende tu. Dah pergi 3 orang lelaki ni, tak kuasa la nak layan romantic bagai.
Penat menapak, makan aiskrem jap. Halal.


3.3) Togetsukyo Bridge;

Aku menapak dari stesen Saga-Arashiyama tu dalam 20 minit jugak, baru sampai ke jambatan tu. Kami pilih untuk melawat jambatan tu dulu, sebab ada macam festival kat sungai tu waktu kami sampai tu. Jadi, selepas merayap kat jambatan tu, baru la kami singgah tempat-tempat lain menuju ke ke stesen tren semula.
Selfie atas jambatan jap.

Belakang tu naik bukit. Ada shrine kat atas tu.

Actually, jambatan ni biasa je, takde la cantik mana pun. Tapi view dari jambatan tu yg awesome. Jambatan ni dibina merentasi sebuah sungai yang terletak di kaki bukit. Dengan banyak pokok rendang di pinggir sungai tu, memang cantik sangat view. Kalau google pun, boleh dapat pelbagai view di sungai tu pada waktu perlabagi musim. Dan semuanya cantik.
Sungai nya.

Kami berjalan merentasi Togetsukyo Bridge ke seberang sungai. Di seberang sungai tu, sebenar nya ada sebuah shrine yang terletak di atas bukit tu, bersama dengan taman monyet kat atas tu. Tapi kami rasa tak kuasa jugak nak melawat tempat tu. Mungkin sebab kat situ ada monyet, dan kat Malaysia pun banyak monyet. Malas plak tu nak panjat bukit tu. Keh keh keh.
Sungai yang direntas oleh Togetsukyo.


3.4) Hozugawa River Cruise;

Merentasi Togetsukyo Bridge membawa kami ke jeti sampan ni. Jadi kami pun naik la sampan tu. Kos lebih kurang dalam JPY1700 je untuk seorang, dan pengunjung akan dibawa bersiar sekitar sungai tu selama lebih kurang 30 minit. Jadi, antara cara termudah dan termalas untuk kami menikmati keindahan kawasan sungai ni. 
Dari dalam sampan.


Waktu kami datang tu, ada festival di atas sungai tu. Jadi, sampan kami ni membolehkan kami melihat festival tu dari jarak dekat. He he he.
Tengok orang dari dalam sampan.


Dalam kami duk bersampan ke hulu tu, boleh pulak ada rupanya sampan lain yang berniaga dia atas air tu. Maka, sampan peniaga ni, akan pergi attach ke semua sampan yg Hozugawa Cruise ni, untuk niaga. Ada banyak makanan yang dijual. Nampak almost macam seafood je. Tapi aku tetap tak berani nak try. Takat bergambar dari jarak dekat tu, berani lagi la.. Ha ha ha ha.
Seberang sungai.

Hozugawa River Cruise ni turunkan kami di jeti seberang sungai. Kira macam kami merentasi pulang ke sungai menaiki sampan tu la. Seterusnya kami menapak ke destinasi seterusnya.

3.5) Bamboo Groove;

Yes. Tempat wajib pergi kalau dah sampai ke Kyoto. Memang tak sah kalau tak merayap ke tempat ni, walaupun, ada je pokok buluh kat belakang rumah aku. Unik nya pokok buluh ni, mereka tanam dan jaga pokok buluh tu dah lebih beratus tahun, dan ia dijaga rapi dan agak jarak sesama pokok tu. Kalau rumpun kat kampung tu, biasa biar je merimbun dan kumpul. Tapi taman ni, cara jaga dia lain sikit. Tu pasal la kot pokok buluh kat sana tinggi giler. Memang sama tinggi dengan pokok kelapa la. Kalau kat Malaysia susah sikit la kot nak bela taman buluh macam ni. Asal raya je, kang hilang la buluh tu. 
Posing sekali kat situ.

View dia memang cantik kat sini. Orang pun ramai gak kat sini, Tapi aku tetap sempat bergambar. Keh keh keh. Bamboo Groove ni just sekadar macam satu laluan pejalan kaki yang agak panjang. Tapi mungkin sebab cantik dan unik pkok buluh semeriah itu, maka tempat tu jadi popular.
Kawan aku pun nak juga.

Dalam Bamboo Groove ni, ada sebuah taman. Tapi aku tak berminat jugak nak masuk. Sebab nak masuk tu kene bayar, dan aku google, tengok dalam tu xde la menarik sangat pun. Huhuhu. Jadi aku teruskan perjalanan ke tempat lain pulak. Dalam perjalanan nak eluar dari situ, ada la beberapa kali berselisih dengan gadis kimono, tapi rupanya, adalah kurang manis, untuk minta bergambar dengan mereka di situ. Sebab ia macam mengganggu privacy mereka. Jadi, aku tak amek gambar pun dengan gadis kimono tu semua. Huhu.
Macam dalam gambar yang ada dalam google tu. hehe

Keluar dari Bamboo Groove, aku menapak ke Shrine lain plak yang ada dalam peta Arashiyama. Kawasan Arashiyama ni besar jugak rupanya. Banyak tempat nak kene menapak Patut la ada service sewa basikal aku nampak waktu turun dari tren tadi. Penat kot. huhu. 

3.6) Seiryu-ji

Actually, kami bukan nak ke shrine ni sangat pun. Tapi sebab tempat ni berada dalam laluan kami, dah kami pun sekadar bergambar di pintu gerbang dia je. Masuk dalam sikit je, tengok kt dalam nya macam mana gaya. 
Minum air saiz jumbo dalam perjalanan ke sana.

Besar pntu gerbang dia.

Dalam perjalanan tu, aku tertarik la untuk beli air kt vending machine yang bersepah kat sana. Ada pulak aku jumpa air tin besar giler tu. Payah gak la aku nak pegang dan nak habiskan air tu. Sebab banyak kot aku nak minum. Air gas pulak tu. Dah la air kat sana sihat-sihat. Kurang gula semua. Pakat rasa payau kot. Kah kah kah.
View kat dalam dia sikit.


3.7) Daikaku-ji

Inilah shrine yang aku tuju sebenarnya. Tapi aku tak berapa suggest untuk pergi ke sini. Sebab dia agak jauh terasing dan tempat nya pun agak biasa bagi aku. Berjalan pun jauh kot. Penat gak la kaki aku mencari tempat ni.
Ada cosplay tengah shooting gak kat sini.


Ada tasik di tepi nih.

Kat sini ada macam tasik yang besar dan cantik. Kemudian ada macam struktur macam pagoda yang menjadi mercu tanda tempat ni.

3.8) Check-n ke AirBnB- Nijo.

Selesai merayap di Arashiyama, kami bergerak semula ke Kyoto Station, untuk ambil beg kami di locker. Kemudian kami ke AirBnB kami yang terletak di kawasan Nijo. Mujur jugak sebab kami dapat bermalam di Nijo tu sebab ia adalah antara kawasan yg dekat dengan tempat tumpuan pelancong di samping line train yang mudah dari Kyoto Station tu.
Dinner kat dalam rumah saja.

AirBnB yang kami dapat ni agak mahal sebenar nya. Tapi memang besar sikit la berbanding AirBnB lain. Dalam MYR500 utk satu malam di situ. Biasa nya dalam MYR200 je satu malam. Bilik air dia tetap kecil. Huhuhu. Tak paham aku apsal bilik mandi diorang wajib kene ada tub mandi. Sempit jadi nya dalam bilik air tu.

Cadangan asal, kami nak merayap ke kawasan Gion pada sebelah malam. Kawasan tu banyak awek pakai kimono pada waktu malam dan boleh bergambar dengan mereka tanpa rasa bersalah. Walaupun ada rumors kata, bahagian sana adalah tempat “liar” mereka.

Sayang nya, kudrat kami membataskan rancangan kami malam tu. Nak keluar makan pun tak larat dah malam tu. Inikan pulak nak menapak ke Gion, memang tak mampu la.. Malam tu, kami sekadar menjamu selera dengan beli makanan kat Lawson’s Mart sahaja. Kedai lebih kurang macam 7Eleven kat Malaysia la. Malam tu kami pakat makan beberapa Onigiri bersama susu dan pisang. Kumpul kudrat semua. Kaki dah start melecek yg jelas. Bermalam la kami dengan nyenyak nya.

====Day 2====

Untuk hari kedua, aku banyak kene readykan badan sebab kami akan overnight dalam bas malam ni. Maka agak lama jugak kami bakal tidak bermandi. Mental kene ready gak waktu ni. Tapi merayap tetap diteruskan di bumi Kyoto. Aku mulakan dengan ke Kyoto Station untuk mencari tempat nak naik bas pada sebelah malam nanti. Preparation la kiranya ni. Then, kami mencari tempat menyimpan bagasi kami dulu. Dan untuk perjalanan hari ini, kami akan gunakan pass All-day Buss kami.
Bas- Pengangkutan utama kami di hari kedua.


3.9) Nijo Castle

Dari Kyoto Station, aku terus ke Nijo Castle. Istana ini juga mempunyai binaan parit besar sekeliling nya. Tapi reka bentuk istana ni jauh lagi tua berbanding istana di Osaka tu. Rekaan istana ni memang sangat tradisional. Istana ni dibina padal tahun 1603. Jadi, memang zaman kesultanan dulu punya design. Istana ni duk penuh pakai kayu lagi untuk binaan nya.
Pintu gerbang je dah nampak awesome.

Cantik pintu gerbang nya.

Luar nya pula, ada taman yang cantik. Seronok bergambar kat luar tu. Besar plak tu. Istana sana memang ada taman dan laman yang besar tahap penat nak berjalan. Huhu.
Yang belakang tu baru istana nya.


Taman di sekitar istana.


Gambar taman lagi.

3.10) Ginkaku-ji

Dari Nijo Castle tu, aku bergerak ke Ginkaku-ji plak. Tempat ni nampak gaya macam shrine mereka jugak la dan menjadi antara tempat kunjungan pelancong paling ramai.
Belakang aku tu macam monumen utama kat situ.

Binaan pasir kat tengah laman tu.

Personally, aku rasa monument kat dalam tu biasa je. Aku lebih tertarik dengan taman dia. Rasa cantik sangat warna hijau nya. Besar jugak la aku nak merayap pusing taman dia tu. Mujur cantik.
Dari atas bukit nya yang kecil saja.

view dalam taman.

Dalam taman dia jugak.

3.11) Kinkaku-ji

Tempat ni pun lebih kurang macam shrine jugak. Alang- alang dah sampai dari jauh tu, masuk jugak la tengok apa kat dalam dia. Tapi sebab aku dah banyak masuk shrine, jadi , dah mula rasa biasa tengok view kat dalam sana. Juz nak mencari keunikkan setiap tempat tu.
Pintu masuk.

Ini lah monumen iconic utk tempat ni.

Kinkaku-ji cantik dia sebab warna kuning gold dia yang sangat striking. Nampak cantik la warna dia tu.
Haa.. yang ni lagi nampak striking kuning nya tu.

Ada tasik depan tu.


3.12) Kiyomizudera

Haa.. ini tempat terakhir yang aku pergi dalam merayap di Kyoto tu. Nak pergi ke shrine tu, agak menyeksakan jugak la. Sebab aku kene berjalan naik bukit. Dah macam hiking jugak la jauh dia nak kene berjalan tu. Kiri kanan pulak, banyak je kedai yang duk jual ais krem green tea tu.. tapi sebab macam tak yakin nak makan sebarangan ni, tahan kan je la diri. Sekadar mampu meneguk air je time ni. Huhu.
Haa.. ni pun dekat lagi 500m nak kene hiking naik.

Baru sampai entrance dia.

Rasa nya aku nak kene hiking dalam 30 minit jugak la, baru nampak menara shrine ni. Tapi sayang nye sebab waktu aku dating tu, Kiyomizudera tu sedang dalam process renovation. 90% of main building nya dilitupi oleh kayu renovation. Nak bergambar pun jadi macam kureng sikit la.
Yang kene tutup dengan kayu tu la main building nya.

Pandangan dalam main buidling nya.

Taman di sekitar nya.

Uniknya kiyomizudera ni, adalah kerana seni bina nya yang dibina di tepi bukit, dan dari satu sudut, nampak shrine ni macam tergantung melekat pada bukit. Tu pasal nampak cantik,kalau dapat view yang menampakkan warna merah nyer tu. Walaupun tengah renovate, orang tetap ramai jugak kat dalam tu.. Huhuhu.
menara di dalam kawasan tu.

Building lain nya pulak.

Habis merayap di Kiyomizudera ni, kami pun dah penat. Dah la tiap kali naik bas, kene banyak berdiri. Segan plak rasa nak berebut duduk dalam bas tu. Dah la pergi negara orang, takkan la plak nak gigih berebut kerusi. Entah-entah orang local sana memang reserve seat tu utk orang tua je.  Huhu. Dari Shrine terakhir tu, kami bergerak balik ke Kyoto Station semula sebab nak bergerak ke Tokyo naik bas dah malam tu. Untuk malam tu, kami sekali lagi melantak makanan di Lawson’s sahaja. Makan beberapa ketul Onigiri dan buah-buahan berserta minuman kat sana.

Dalam jam 9.00malam waktu tempatan, kami berangkat menaiki bas ke Tokyo. Tentatively, bas ini akan mengambil masa selama 8jam untuk sampai ke Tokyo. Jadi, malam tu, kami bermalam dalam bas je la. Jimat duit hotel kan.. Heheh. Kalau naik Shinkansen, memang la dalam 3jam je dah sampai. Tapi nak kene cari tempat rehat la pulak.
Gambar ni diambil waktu kami survey tempat nak naik bas awal nya. Belakang tu la Kyoto Station.


4.0) Kesimpulan:

Aku suka berjalan di Kyoto ni. Kurang serabut sikit. Tapi aku mula rasa badan tak sihat bila sampai ke Tokyo. Mungkin sebab perubahan cuaca yang ketara kot.. Mujur kawan aku ada bawah penadol dan ubat demam. Boleh la lagi aku merayap.

Actually, memang banyak lagi tempat boleh dilawati di Kyoto tu, seperti Manga Museum dan Kyoto Tower. Shrine pun banyak lagi yang berstatus Unesco. Tapi aku tak larat dah. Ada shrine seperti Nanzenji Temple, Keage Incline, Heian Shrine, Yasaka Shrine dan sebagai nya. Kalau ada masa dan kudrat yang lebih, boleh la spend lebih merayap di Kyoto.

Terima Kasih

-Firdaus-


Sunday, 23 July 2017

Kembara Jepun : Osaka

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang;

Seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku akan membuat huraian perjalanan detail untuk setiap bandar yang aku kunjungi. Kalau nak aku buat huraian dalam satu entry, pasti nya akan jadi panjang giler. Jadi lebih sesuai aku buat part by part. 

Untuk Entry penuh Kembara Jepun aku, boleh refer pada LINK INI.

Dan kali ni, OSAKA!!!!!

1.0) Pendahuluan:

Perjalanan kami ke Jepun adalah melalui Osaka. Di mana kami touch down di Kansai International Airport. Jadi kami plan menghabiskan selama 1 hari sahaja di Osaka sebelum explore bahagian lain di Jepun.


2.0 Review Peribadi;

Bandar Osaka ni secara mudah boleh digambarkan sebagai bandar perlabuhan. Kreatifnya, mereka mengubah landskap bandar ini dari sekadar bandar perlabuhan kepada sebuah bandar perlancongan yang meriah dengan pelbagai daya tarikan. Kebanyakkan daya tarikan di Osaka adalah jenis binaan baru bandar. Bukan jenis historical atau pun natural. Tapi seronok jugak la untuk diterokai. Sehari je dah dikira memadai untuk merayap di Osaka. 

Ada beberapa tempat di sekitanyer nya juga yang menarik untuk dilawati seperti di Nara yang terkenal dengan taman rusa nya dan juga Kobe. Tapi kami kurang berminat nak ke sana. Antara faktor nya adalah sebab sehari  di Osaka dah cukup untuk buat kaki melecek, serta Osaka Amazing Pass tak cover ke sana. Di samping itu, attraction yg ada di 2 bandar berhampiran tu, lebih kurang je jugak dengan Osaka.

Kalau bagi mereka yang berkesempatan dan trip memang boleh spend 2 hari kat Osaka, sesuai la jugak nak ke Nara dan Kobe.

3.0 Perjalananku:

Aku sampai di Kansai International Airport dalam jam 9am. Siap dengan keluar dari flight semua dah la tu. Aku dah bersarapan dalam flight lagi. Sampai-sampai sana kira dalam keadaan bertenaga la tu. Lagipun, aku baru first time jejak Jepun, jenuh pulak nak cari makanan halal kat sana. Jadi baik aku makan dalam flight Air Asia yg dah memang serve halal food kat atas tu.

Waktu di imegresen, kami diminta untuk isi borang dengan full address tempat penginapan. Walaupun penginapan kami adalah di AirBnB.
Menuju ke information Centre di Kansai Airport

Dalam jam 10.00am macam tu, baru la kami betul2 settle, dan bergerak ke Information Centre. Niat kami nak membeli Osaka Amazing Pass. Ini adalah pass yg sangat disyorkan kalau travel ke bumi Osaka. Dengan Pass ni, pelancong mendapat akses terus ke lebih 40 tarikan di Osaka. Kosnya dalam JPY2300 (MYR92). Hebat nya pass ni sebab cover untuk tiket train jugak. Jadi once dah beli pass tu, memang tak perlu fikir dah pasal nak berjalan kat sana. Semua dah masuk sekali, kecuali makan. 

Tapi pass ini hanya valid dalam tempoh sehari sahaja. Bukan tempoh 24jam. Kalau start pakai pass tu dah petang, memang rugi la. Di samping itu, Pass ini hanya valid setelah berada di Osaka. Pass ini tak cover perjalanan dari Kansai International Airport tu ke Bandar Osaka. Dah lama kami beratur, baru ada tourism staff tu bagi tahu, yang setakat Osaka Amazing pass, kami boleh beli di stesen Tren di pintu masuk nak ke terminal Train. Yang orang beratur panjang dan lama tu, sebab orang nak redeem JR pass mereka. Huhuhu.

Then, kami meneruskan perjalanan kami menaiki Nankai Line dari Airport straight ke Osaka. Di Osaka ni, terminal utama dia dikenali sebagai Namba Station. Maka, kalau nak pilih AirBnB, make sure senang akses nya nak ke Namba Station. Sampai di Namba Station, kami serang Information Center nya dulu. Niat nya sebab kami nak dapatkan map/peta untuk jaringan train di Osaka. Terus termenung tengok jaringan train dia. Huhuhu. Di samping itu, kami juga nak dapatkan peta Bandar Osaka dan cadangan sequence of attraction yang sesuai untuk kami lawati di Osaka. Sebenarnya penting untuk traveller tahu sequence yang sesuai untuk melawat tempat menarik di sesuatu tempat. Taknak la penat pergi-balik nak cari tempat. 

Sebelum merayap. Kami simpan beg kami di Stesen Namba tu. Ada peti untuk simpan beg dan luggage besar kt stesen tu. Beg kami sorang-sorang dah dekat 5kg. Kalau nak pikul sepanjang jalan, memang bengkok la belakang kami. Aku sekadar bawak portable wifi dan sedikit makanan dalam beg kecil aku. Kos simpanan waktu kami pergi adalah sekitar JPY700 (MYR28) untuk locker paling besar iaitu muat la untuk sumbat 3beg backpack.



3.1) Jadi destinasi pertama kami adalah - Osaka Castle!!

Ia adalah istana yg sangat gah berdiri di tengah bandar. Seni bina istana ni pun memang macam dalam cerita Ninja Boy tu la. Dengan tembok tinggi dan di kelilingi air parit lebar. Kawasan istana ni besar. Banyak kami habiskan masa untuk tengok berjalan kat kawasan istana tu. Masuk ke dalam istana ni, kami pakai Osaka Amazing Pass. So, just jalan je la masuk. 
Inilah Osaka Castle yang disebut-sebut tu.

Di kawasan pintu gerbang nya, ada sebuah tempat macam dojo kot, tempat orang practice dan lawan pedang kayu Jepun tu. Meriah gak tempat tu dengan jeritan diorang. hehe.
Di pinggir pagar nak masuk.

Kawasan laman istana tu memang besar. Tapi Istana nya kecil je la. Tapi tinggi tingkat nyer. Dan kami pilih untuk naik tangga je ke puncak istana tu. Sebab beratur panjang.. 
Pintu masuk ke Castle.
Antara tempat menarik untuk bergambar. Sempat lagi Amin posing kat situ.

Aku dah start panas tu. Mula bukak jaket dah.


Dah sampai ke atas. Pemandangan di dek atas tu.

Sedikit gambar dalaman Istana nya.

Di tepi istana tu, ada service river cruise di sekitar istana tu. Tapi sayang, sebab schedule untuk boat tu agak lambat lagi. Dalam nak kene tunggu lagi sejam setengah. Dan kami rasa macam lama sangat untuk menunggu dan bakal melewatkan aktvti kami ke tempat lain. Jadi kami pun tak naik la bot tu. Kami bergerak ke destinasi la in pulak, dengan menapak ke stesen tren untuk ke destinasi yang berikut nya. Mujur la tiket tren semuanya included dalam Osaka Amazing Pass. Tak perlu nak fikir pasal kos setiap tren kami. hehe.
Bergerak meninggalkan istana. Ini antara pemandangan bandar Osaka. Banyak basikal.

Terserempak dengan anime famous di Malaysia yang digunakan untuk promosikan Osaka Castle.


3.2) Santa Maria Cruise.

Actually, cruise ni terletak di satu bahagian perlabuhan di Osaka yng dipanggil sebagai Tempozan. Kat area Tempozan ni, ada macam bende menarik yg diterokai. Cuma agak jauh jugak la perjalanan kami dari Osaka Castle tu nak ke Tampozan ni. Tapi once sampai sini, memang banyak attraction yang ada.

Agak penat jugak la nak cari jeti untuk Cruise ni. Siap kami kene game dengan sepasukan pemain Pokemon Go lagi kat sana. Siap berlari bagai, ingatkan diorang pun rushing nak ke jeti cruise tu.. Rupanya duk kejar pokemon. Penat kami join diorang berlari ramai-ramai. Kah kah kah.

Kami naik Santa Maria Cruise jam 4.00pm. Mujur sangat sebb kami tak perlu menunggu lama pun. 
Jeti nak nak cruise.
Yang belakang aku tu adalah kapal nya. Tengah beratur nih.

Santa Maria Cruise ni membawa kami berpusing di pinggi laut di sekitar Pelabuhan Osaka nih dalam tempoh masa lebih kurang 40minit. Relax je la kat atas tu sambil layan angin laut. Cuaca waktu tu sedikit terik, mujur angin kuat dari laut, lega sikit. Sambil tu, seronok tengok ikan sebesar peha aku ni duk melompat dari permukaan air. Banyak plak tu, dalam 40 minit atas cruise tu, aku rasa dekat 50 kali jugak la aku duk nampak ikan melompat. 
View semasa berlayar.
Atas kapal.

Waktu atas kapal tu, kami tengok-tengok jugak la tempat-tempat lain kat situ. Nampak je Tempozan Ferris Wheel, nampak Osaka Universal Studio. Masjid pun ada nampak gak waktu tu, tapi tak tau camne nak ke sana sebab lokasi dia macam kene seberang laluan laut tu. Banyak gak la tempat yang dilihat time naik cruise nih.

3.3) Tempozan Ferris Wheel,

Sebelah je dengan jeti untuk Santa Maria Cruise tu. Turun dari cruise, terus ke sini. Bende ni pun naik pakai Osaka Amazing Pass. Kabin untuk Ferris Wheel ni, ada 2 jenis kot. Satu yang biasa, satu lagi, yang lantai transparent. Naik sama je. Takde kene tambah harga pun. Tapi kalau yang lantai transparent tu, kene tunggu lama sikit sebab kabin tu tak banyak. Seorang kawan aku ni ada masalah gayat. Jadi tak sesuai la kalau aku bawak dia naik yg lantai transparent tu. Pitam plak dia nanti kat atas tu ha.. dah satu hal plak lagi. Jadi kami naik yang kabin biasa je la. 
Haa. dah nampak ferris wheel nya.
Aku tengah excited, kaawan aku pulak dah start nervous.

Bende ni memang tinggi. Sayup je tengok ke bawah. huhuhu.
Dah semakin tinggi ia berpusing.

Sayup je view nyer.
Welcome to Osaka.

Bende Ferris Wheel ni, macam terletak di atas sebuah stesen bas, dan bersambung terus dengan sebuah mall. Jadi, Selepas turun dari wheel tu, boleh la kami tengok2 jap kat dalam mall tu. Ada sebuah kedai makanan halal kat dalam tu. Menu arabic. Tapi kami tak rasa nak makan malam lagi time tu. Sebab awal lagi. Jadi kami merayap ke destinasi terakhir kami dulu.
Dalam Tempozan market place.

Posing dulu sebelum meninggalkan kawasan Tempozan.


3.4) Umeda Sky Building.

Aku meneruskan perjalanan ke Umeda Sky Building pulak. Kalau tengok pada rel tren, macam dekat je dengan salah satu tren yang utama. Tapi rupanya, kene menapak dalam 1.5km jugak la dari stesen tren tu ke Umeda Sky Building. Dari jauh dah nampak sayup. Untuk sampai ke Umeda Sky Building tu, kami berehat sebentar di sebuah mall, yang menyediakan tangga besar mengadap sunset. Maka, ramai la masyarakat tempatan yang layan view sunset kat tangga tu. Aku pun join posing la kan. Keh keh keh.
Mall tempat orang layan sunset.


Setelah menapak merentasi jalan besar yang memang jauh, kami pun sampai ke Umeda Sky Building. Aku rasa bangunan ini antara attraction yang wajib pergi kalau dah sampai ke Osaka. Dan kami sampai sana pada waktu malam. Layan view Osaka waktu malam la pulak.
View Umeda dari bawah. Yang atas belakng tu la kami nak naik.
Terdampar kejap.


View from the top.

Tapi oleh kerana stamina kami yang dah hampir mencapai limit, kami sekadar layan view light-light je mampu. Time ni, record aku menunjukkan sudah hampir 18,000 langkah aku jalan. Hahaha.
Cantik gak view waktu malam nih.


3.5) Ramen Honolulu;

Ini adalah kedai makanan Halal yang terletak di celahan bandaraya Osaka. Dan kami memilih untuk manjakan diri malam tu dengan juadah makanan tempatan yang halal. Dan kali ini, HalalNavi memang membantu kami mencari kedai makanan ni. Depan kedai ni siap tulis "Halal". Cuma jangan expect tinggi sangat la. Sebab kedai ni kecik je. Dalam tu ada 10 tempat duduk je. Nak sampai ke kedai makan ni, rasanya aku kene menapak dalam 1.2km dari stesen Namba. Aku ingatkan dekat, dah la stamina sudah hampir sampai ke limit. Tabahkan kaki aku melangkah time tu. 
kawasan persekitaran kedai makan tu.


Kos santapan aku malam tu adalah JPY1300 (MYR50), memang lebih kurang kos makan kat kedai hipster dah, walaupun juadah nya, adalah macam kat kedai makan biasa diorang je. Currency kannnnn.... makan ramen je tu.. Bayar makanan kat mesin macam vending machine. Dapat resit, baru bagi ke tukang masak dia. Hehehe.
View dalam kedai. Ada beberapa student Malaysia kat belakang tu.

Nampak la tukang masak potong ayam depan aku je. Sebab dapur dia memang kecil je pun, tapi tetap mampu memasak Ramen yang kaya dengan rasa serta rempah tempatan. Siap dengan 3 ketul ayam besar tu. Berbeluh dan kenyang aku nak habiskan semanggu Ramen sedap tu.
Inilah Ramen yang aku order.

3.6) AirBnB - di Suminoe-ku

Setelah hampir habis kudrat aku perah demi kepuasan diri, kami terdampar la di rumah sewa yang aku dah booking 2bulan awal. Rumah Jepun ni memang kecil. Dinding pun nipis je. Agak sesak sebenarnya untuk kami bertiga. Tapi kemudahan yang ada di rumah ni, kira mencukupi la. Siap dengan tandas, dapur memasak, air-cond dan juga microwave. As mentioned before, aku memang memerlukan microwave sebab nak masak nasi Brahim sebagai sarapan di sana.
Ini je ruang dia. Macam bilik jugak, tapi ada peti surat.

Kos penginapan kami di rumah adalah MYR200 (JPY5000) semalam. MYR200 tu nanti kami boleh devide sesama kami. Tapi tu la, akibat currency, ini je la rumah yang mampu kami cari dalam bajet kami. 
Kawasan kejiranan rumah sewa kami.

Takpe, janji malam tu, kami tetap mampu tido nyenyak memikirkan cabaran hari esok yang pasti mengujakan.


Conclusion:

Osaka ni meriah jugak dengan pelbagai daya tarikan. Tapi rasa nya, cukup la kot sekadar 1 hari sahaja di sana. Negara tu besar dan pelbagai lagi daya tarikan menanti yang aku tak rasa boleh jumpa di Malaysia.

Sekian, terima kasih.
Firdaus H





Tuesday, 4 July 2017

Kembara Jepun : Osaka- Kyoto- Fuji- Tokyo (Itinerari Penuh)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, diberi peluang dan kesempatan untuk menerokai bumi Jepun. Sebagai rekod, ini merupakan kembara kedua aku keluar dari Malaysia. (Yang pertama adalah Vietnam). Dengan pengalaman kembara yg dulu ke Vietnam, boleh la kami survive di Jepun.
Dalam Flight. Baru nak bertolak.

Touch down di bumi Jepun. Super excited!!
1.0) Pendahuluan:
Jujurnya, aku terasa sangat puas dengan travel kali ni. Sebab kami bergerak sebagai pasukan dan aku pun merasa banyak study pasal travel kali ni. Maklum la, kitorang plan untuk travel ni setahun awal. Tapi yang betul-betul study nya, hanyalah dalam 3 bulan awal je la. Travel team aku semua pakat ambil bahagian dalam preparation. Dari study untuk intenarary, booking tix, booking airBnB dan booking tix bus.

Untuk entry kali ni, aku akan share aku punya intenarary lengkap dahulu, tapi cerita detail perjalanan aku tu, akan aku buat pada entry berasingan dan bakal aku link kan ke pagi sini semula. Sebabnya, macam banyak jugak dan panjang kalau aku menaip dalam 1 entry je. Rengsa plak orang nak membaca nya.

Untuk detail aktiviti aku di setiap bandar, boleh refer link di bawah ini;

1) Kembara Osaka.
2) Kembara Kyoto.
3) Kembara Tokyo.
4) Kembara Gunung Fuji

Di samping itu, aku juga akan share la sedikit pasal soalan lazim yang orang tanya berkenaan dengan travel ke Jepun ni.

2.0 Review Peribadi;
Amazing!!
Puas terokai dari segi nature, pembangunan hi-tech dan budaya. Pakej lengkap untuk diterokai. Dengan negara yang bersih, budaya berdisplin, tourist center yang bermaklumat dan cemerlang. walaupun complex tempat tu, tapi aku tak rasa akan sesat dan sentiasa rasa selamat je kat sana. Memang best. 
Bamboo Groove di Kyoto

Diingatkan, kembara aku ni adalah bersifat nomad ataupun backpack dengan ahli nya adalah 3 lelaki bujang yang masih bertenaga. Maka, kembara kami lebih simple, mudah dan kental. Namun kami masih mementingkan privacy dan keselesaan diri jugak la. Penat berjalan kat sana. First day aku kat sana, dah berjalan sejauh 20km. Melecek kaki. Mujur aku pakai kasut sukan je. 

Fushimi Inari

Kiyomizu Dera

Togetsukyo Bridge

Nijo Castle

3.0 Itenarary:
Sebelum tu, maklumat pengembaraan kami adalah seperti berikut;

Date: 20~25 May2017 (Dalam 6 hari)
Musim: Hujung Musim bunga. Osaka dan Kyoto dan mula panas sampai tak boleh pakai jaket.. Tapi Tokyo masih sejuk.
Currency:     Kiraan mudah; JPY100= MYR3.80. Bahasa mudah dia, Seringgit Jepun sama dengan 4Ringgit duit kita. Currency kita agak kecil waktu ni, seksa nak control bajet kat sana.
Rough Budget: MYR4000 - Termasuk flight tix, penginapan, transport, pakej/pass dan makan. TAPI TIADA souvenir dan shopping. Currency rendah, tak mampu nak shopping kat sana. Pengalaman sahaja yang menjadi buah tangan. 
Travel Style: Nomad or backpack. Banyak jalan dan naik train. Kami tamak dalam travel. Nak tengok macam-macam termasuk la Nature, Historical Place, Hi-tech, Window Shopping dan relax.
Team: 3 lelaki bujang yang senang masuk 1 bilik je dan boleh dipaksa berjalan rabak kaki.


Day 1 (20-May-2017)
Departure from KLIA2 pada jam 01.40am (waktu Malaysia)
Touch down di Kansai International Airport pada jam 9.30am (Waktu Jepun)
Dapatkan Osaka Amazing Pass di Information Centre di Airport tu dan terus bergerak ke Bandar Osaka. 

- Osaka Castle
- Santa Maria Cruise
- Tempozan Ferris Wheel
- Umeda Sky Building
- Namba dan Dotunburi

=====Bermalam di Osaka=====

Day 2 (21-May-2017)
Check-out dari penginapan AirBnB di Osaka dan menaiki Shinkansen ke Kyoto.

- Fushimi Inari (Southern Kyoto)
- Arashiyama area (Western Kyoto)
- Togetsukyo Bridge
- Hozugawa River Cruise
- Bamboo Grove
- Seiryu-ji
- Daikaku-ji

=====Bermalam di Kyoto=====

Day 3 (22-May-2017)
Sambung explore Kyoto yang meriah dengan tinggalan sejarahnya.

- Nijo Castle
- Ginkakuji Temple
- Kinkakuji Temple
- Kiyomizudera Temple

=====Bermalam dalam Bas menuju ke Tokyo=====

Day 4 (23-May-2017)
Sampai di Shinjuku Terminal pada jam 10.00pagi. 12jam perjalanan bus dari Kyoto ke Tokyo. Biasa nya 8 jam dah sampai. Tapi sebab ada jammed, jadi lambat sampai. 

- Kaminarimon Gate - Asakusa Street.
- Tokyo Skytree.
- Akihabara - Electric City.

=====Bermalam di Tokyo=====

Day 5 (24-May-2017)
Kami beralih sebentar dengan travel balik hari ke Mount Fuji- Kawaguchiko. 

- Kawaguchiko Ropeway.
- Lake Kawaguchi Excursion Ship En Soleil
- Natural Living Central.

=====Bermalam di Tokyo semula=====

Day 6 (25-May-2017)
Sambung kembali merayap di Tokyo. Fokus ke bahagian selatan Tokyo menghala ke arah Haneda International Airport.

- Shibuya Zebra Crossing
- Odaiba (Aqua City-Divercity- Rainbow Bridge)

Bergerak ke Haneda International Airport untuk pulang ke Malaysia.
Departure from Haneda pada jam 2345pm (Waktu Jepun)
Touch down di KLIA2 pada jam 630am (waktu Malaysia)
Osaka Castle

4.0) Soalan lazim:
4.1- Berapa bajet habis?
Dalam MYR4000 yang merangkumi tiket flight, penginapan di AirBnB, pass masuk dan pakej, makanan dan transport. Travel kali ni kami memang tak banyak bershopping akibat daripada currency. So, kalau orang minta ole-ole tu, jujur aku cakap, memang aku tak dapat nak penuhi permintaan mereka. Abam belanja gambar saja. kah kah kah.

4.2- Berapa bandar kami pergi?
4 bandar dalam 6 hari tu. 
Osaka- 1hari
Kyoto- 2hari
Tokyo- 2hari
Fuji- 1hari. 
Perjalanan kami lebih kepada tempat-tempat yang sudah dikenali umum sebagai tempat tumpuan pelancong. 

4.3- Kami travel menggunakan JR pass atau tidak?
Tidak. 

Sedikit info pasal JR Pass- Pass ni tidak dijual di Jepun. Kalau nak beli pass ni, kene beli kat Malaysia awal-awal. Sampai sana cuma untuk redeem dan amek pass tu sahaja. Pass ni membolehkan anda menggunakan KEBANYAKKAN tren di seluruh Jepun tanpa limit. Tapi bukan semua tren boleh pakai pass ini. Sebagai perbandingan contoh kat Malaysia, pass ni boleh pakai kat tren Rapid je. Selain dari rangkaian Rapid seperti sistem tren B, tak boleh pakai. Kene beli tiket asing pulak.

Yang best nye pass tren dia banyak menghubungkan antara bandar-bandar besar. Seperti melalui bandar Osaka, Kyoto, Tokyo, Sapporo, dan lain-lain lagi dengan menaiki Shinkansen yang sangat laju tu. Laju macam mana? Perjalanan bas ambil masa 8jam, naik Shinkansen ambil masa 3jam.

Tapi kelemahan dia. Pakej nya adalah untuk 7 hari, 14 hari atau 21 hari. Dan harga bagi pakej paling jimat pun dah agak mahal iaitu MYR1200. Mahal kot. Kami pulak duk sana dalam 6hari je. 

Dan kebanyakkan travel di dalam bandar, lebih sesuai pakai Pass Lawatan Setempat yg dah termasuk dengan transportation seperti: Osaka Amazing Pass dan Kyoto All-day Bus Pass.

Di samping itu, itenarary yang kami buat juga membuatkan kami tak perlu berulang alik antara bandar-bandar tu. Sebab memang ada orang buat plan, yang datang ke Jepun ikut Osaka, dan balik pun ikut Osaka. Sebagai info, jarak Tokyo dan Osaka tu macam jarak dari JB- Penang. Jadi nak kene ulang alik dan menggunakan kos yang tinggi di situ. Maka, dalam situasi itu, memang sesuai la beli JR Pass tu. Tapi untuk kami, tak la kot.

Jadi dengan itenarary yang kami buat, kami calculate, kami tak perlukan bajet sampai MYR1200 pun utk pengangkutan. Jadi kami nak jimat kat situ la. Lagipun, ada 1 malam tu, kami tidur dalam bas dan dapat jimat bajet untuk penginapan 1 malam. Kalau kami pakai JR pass, tak dapat la tido dalam bas. Maka kami kene la prepare duit untuk penginapan pulak. 

4.4- Senang cari makanan halal?
Gunakan app - HalalNavi.
Nak kata susah tu, takde la sangat. Nak kata senang pun tak jugak. Yang pasti, dengan App HalalNavi ni, aktiviti mencari kedai makan halal menjadi mudah. Boleh nampak la kedai yang di suggest untuk makan. Tapi leceh nya, nak kene menapak cari kedai makan tu. Tak semua kedai dekat dengan stesen train. Ada yang kene menapak jauh jugak la.

Then, tabiat kami, mesti nak makan jugak mewah-mewah at least sekali selama ada kat sana. Jadi dalam 6 hari kat sana, ada la 2 kali kami makan mewah sikit. Actually, mewah nya pun, light-light je kat sana. Sekali hadap, bajet dalam JPY1500( bersamaan MYR49). Harga dah macam sekali makan kat kedai hipster kot. Huhu.

Budaya orang Jepun ni, mereka tak begitu makan babi. Mereka lebih kepada makanan Laut sebagai resepi mereka. Sebab tu, ada yang kata, kalau berani, boleh je try banyak makanan Jepun ni. Tapi tekak aku tak cukup confident nak main telan je selagi aku tak nampak simbol halal kat depan kedai tu. Air je yang aku confident minum. Kami juga banyak makan Onigiri yang dijual di kedai Lawson's Mart ataupun Family Mart. Puas kami tanya orang kat kedai tu, apa maksud tulisan pada Onigiri tu. Sebab nak pastikan, hanya ikan dan telur saja. Ayam dan daging, kami tak boleh makan. Satu Onigiri tu harga nya dalam JPY130. Bersamaan MYR4.50. Maka sebab tu la aku kene banyak bajet untuk makan kat sana. Then ada jugak kami rebus telur je sebagai lunch. Beli pisang dsb. 

Sarapan pulak, aku bawak makanan dari Malaysia. Nasi Brahim's. Boleh jumpa nasi dalam kotak tu di Giant. Berat sekotak dalam 250g, dengan harga RM12. Jadi kene bajet dari awal la bag aku sebab nak sumbat bende tu. Siap bahagikan antara kami untuk kurangkan berat beg. hehehe. Nasi tu cuma nak kene koyak sikit dan campak ke dalam Microwave. Tu pasal waktu cari rumah AirBnB, kene check ada ke tak microwave.

4.5- Penginapan macam mana?
Hotel di Jepun memang mahal. Ditambah lagi dengan nilai currency, menyebabkan agak sukar untuk mendapatkan hotel dengan kos yg jimat. Jadi altenatif terbaik di sana adalah AirBnB. Konsep dia macam homestay, tapi kita boleh book menggunakan app di smartphone. So, aku download app tu dan mula memilih rumah yang sesuai dengan citarasa aku.

Range yang aku plan adalam dalam MYR200 ke bawah. Menyamai lebih kurang dalam JPY5000. Macam perumpamaan mudah yang aku bagi tu, kira macam cari rumah dengan harga 50 ringgit duit Jepun. Apa je boleh aku expect kan.

Rumah kat Jepun rasa nya memang kecil je pun. Just sebesar sebuah bilik sahaja, susun la 3 tilam kat tengah ruang tu. Ngam ngam je space nyer. Kalau nak makan, kene la lipat dulu tilam tu. Dinding nya pun agak nipis. Kalau rumah sebelah bukan pintu tu, rasa macam buka pintu kami dah pun. Tapi kami tetap memilih rumah yang ada bilik air sendiri.
Lipat tilam dulu sebab nak makan.

AirBnB di Jepun juga mempunyai banyak rules. Kene detail baca rules yang diberi. Common rules seperti tak boleh buat bising. Dah la rumah dinding nipis, kalau bising nanti, kacau jiran tetangga. Sampah pun nak kene jaga. Mereka tak benarkan kita untuk buang sampah oleh sebab rules pasal sampah yang agak complicated di sana. Jadi, apa yang kita boleh tolong, adalah mengasingkan sampah awal-awal.

Dalam memilih rumah di AirBnB, kene study untuk peta tren mereka juga. Sebab nak senang travel dan mencari. Kalau line tren yang nak kene tukar banyak kali, nanti agak leceh pulak.

4.6- Internet Connection?
Sewa portable wifi dari Malaysia. Wifi tu hanya aktif di Jepun saja. Maka sepanjang kami menapak tu, kami masih boleh online di sana. Sebab banyak bende nak research dan memerlukan wifi seperti nak mencari kedai halal dan sebagai nya.

Boleh booking portable wifi di pautan di bawah ni;
http://www.wiyo.my/

4.6- Kenapa itenarary macam tak visit banyak tempat?
Kene tapis la tempat-tempat nak visit kat sana. Dah la kene berjalan pantas dan jauh. Kalau nak pergi semua tempat, memang rabak la kaki. memang tak cukup la 6 hari tu.

Di samping itu, kami juga buat beberapa study dan tengok some of the places ada persamaan. Contoh nya, shrine di Kyoto. Memang setiap shrine tu ada keunikan tersendiri, tapi shrine jugak la. Tengok dah dekat 5  shrine, so yang lain pun boleh agak la lebih kurang jugak. So, kami prefer untuk explore bende yang lain pulak.

Aku memang dah tapis awal tempat yang macam boleh jumpa jugak kt Malaysia seperti Universal Studio di Osaka dan tempat macam Aquaria tu dan beberapa tower lain seperti Kyoto Tower dan Tokyo Skytree. Setakat pergi jalan kat bawah dan nampak dari jauh je la. Naik bende tu pun kene bayar gak lagi tu. Bukan masuk free yerk.

Di Tokyo pulak, kebanyakkan tempat adalah lebih kepada Hi-tech. Jadi nya, nak visit apa sangat. Semua lebih kurang je la. Yang kami banyak berjalan tu sebab nak mencari jam G-shock. Murah kot kat sana. Hehe.
Fuji kat belakang aku tu.
Asakusa Street

Shibuya Zebra Crossing

Seperti dijanjikan, aku akan update lagi dalam entry yang berbeza untuk pengembaraan aku bagi setiap bandar yang aku lawati.

Semoga entry permulaan ini akan banyak membantu dan berinformasi.

Terima kasih.
-Firdaus-